Friday, June 7, 2013

Serangga Perosak 4

SERANGGA PEROSAK
Nama Biasa : Ulat Jalur
Nama Inggeris : Cabbage Webworm
Nama Saintifik : Hellula Undalis (F)
Famili : Pyralidae
Order : Lepidoptera

TANAMAN
Sayuran Krusifer (Kubis)

BAHAGIAN YANG DISERANG
Daun 

KEROSAKAN
Larva Peringkat awal menyerang tanaman secara berkumpulan. Bahagian dalam helaian daun dimakan menyebabkan daun menjadi lut sina, Larva dewasa mengorek dan memakan tunas atau pucuk Kobis > Akibatnya kobis mempunyai banyak pucuk baru.

BIOLOGI SERANGGA

Telur
Rama-rama dewasa bertelur sebiji-sebiji dicelah daun. Telur menetas dalam masa 3-4 hari

Larva
Pada peringkat awal, larva berwarna hijau dan larva dewasa berwarna perang dengan lima jalur perang gelap memanjang di bahagian belakangnya. Kelapanya berwarna perang kemerah-merahan. Tempoh tumbesaran dalam tempoh ini ialah antara 11 hari


Pupa
Pupa bewarna keperangan coklat, terdapat didalam tanah berhampiran pangkal pokok yang diserang. Jangka masa peringkat pupa ialah 6-9 hari.

Rama-rama Dewasa
Kepak hadapan bewarna kekuningan bercampur perang dengan carik-carik perang melintang ditengahnya. Hujung kepak berwarna gelap. Kepak bahagian belakangnya berwarna kekuningan dengan warna kehitaman di bahagian hujung. Lebar bukaan sayap rama-rama dewasa ialah 20 mm. 


KITARAN HIDUP
20-24 hari.

KAWALAN
Pucuk tanaman dirawat dengan racun kimia pada peringkat awal pertumbuhan kubis, kawalan racun kimia ini hanya digunakan apabila perlu sahaja. 
Racun kimia yang boleh digunakan sebagai rujukan ialah avermectin (7hst), profenofos (10 hst), cypermethrin (5 hst), diflubenzuron (5 hst), trichlorfon (7 hst), tebufenozide (7 hst) dan permethrin (5hst). Walaubagaimana pun anda wajar bertanyakan tentang maklumat racun keluaran baru di pasaran, kerana kemungkinan terdapat racun yang diberikan sudah tiada di pasaran.

MAKLUMAT TAMBAHAN
Kehadiran makhluk perosak ini dianggap berbahaya. Setiap larva yang menyerang pokok kubis, akantanaman banyak mengeluarkan pucuk baru, menjadikan helaian baru pusuk kubis terkopak dengan banyak.

No comments:

Post a Comment

Sila tingalkan komen anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...