Sunday, June 9, 2013

Serangga Perosak 5

SERANGGA PEROSAK
Nama Biasa : Ulat Pangkas
Nama Inggeris : Cutworm
Nama Saintifik : Agrotis Ypsilon (Hufn.)
Famili : Noctuidae
Order : Lepidoptera

TANAMAN
Tomato, sayuran Krusifer, kangkong, terung dan cili

BAHAGIAN YANG DISERANG
Batang tanaman

KEROSAKAN
Larva keluar dari tempat persembunyian dari dalam tanahpada waktu malam dan mengerat pangkal batang anak benih. Kadangkala larva menarik keratan ank benih tersebut kedalam lubangnya. Larva ini juga berupaya merosakkan akar tanamandan menjadi makhluk perosak ancaman kepada anak benih. Walaubagaimanapun, biasanyaperatusan anak benih yang mati diakibatkan serangan serangga ini rendah dan boleh disulam semula pada peringkat awal tanaman.

BIOLOGI SERANGGA

Telur
Telur serangga boleh dijumpai pada bahagian daun dan rumpai disekitar kawasan ladang. Ianya mengambil masa 3 hari untuk menetas

Larva
Pada peringkat awal, larva hanya memakan daun tanaman. Ianya berwarna kehijauan. Ada yang berwarna kelabu besi denga deretan bintik-bintik hitam pada badannya. Terdapat jalur kekuningan ditepi badannya. Pada bahagian badannya mempunyai bulu halus atau setae yang jelas. Tempoh peringkat larva ialah 25 hari.  



Pupa
Pupa terbentuk didalam tanah, berwarna perang kemerahan, diselaputi tanah. jangka masa peringkat pupa ialah 8 hari.  

Rama-rama Dewasa
Kepak hadapan bewarna perang berdebu dengan garisan yang berombak dan beberapa bentuk segi tiga. Kepak belakang berwarna putih dengan tepian hujungnya berwarna keperangan.  



KITARAN HIDUP
36 hari.

KAWALAN
kawasan tanaman hendakleh bersih dari pembiakan rumpai. Rumpai juga menjadi tempat yang digemari untuk bertelurdan menjadi sumber makannan kepada larva yang masih muda. Ladang yang bersih tanpa rumpai dapat mnegekang pembiakan dari serangga ini. 
Rawatan tanah boleh dilakukandengan menggunakan racun kimia seperti prothiopos dan chlorpyrifos yang disiram di atas batas sebelum benih di tanam tau disemai. 
Sembur racun serangga seperti profenofo (10 hst), cyfluthrin (7hst), beta-cyfluthrin (7 hst) dan delthamethrin (5 hst) apabila perlu.
Pucuk tanaman dirawat dengan racun kimia pada peringkat awal pertumbuhan kubis, kawalan racun kimia ini hanya digunakan apabila perlu sahaja. 

MAKLUMAT TAMBAHAN
Larva rama-rama menjadi faktor utama kerosakan kebanyakkan anak benih tanaman atau sayuran. ia boleh mengorek buah-buahan yang berada berdekatan dengan tanah. 



Friday, June 7, 2013

Serangga Perosak 4

SERANGGA PEROSAK
Nama Biasa : Ulat Jalur
Nama Inggeris : Cabbage Webworm
Nama Saintifik : Hellula Undalis (F)
Famili : Pyralidae
Order : Lepidoptera

TANAMAN
Sayuran Krusifer (Kubis)

BAHAGIAN YANG DISERANG
Daun 

KEROSAKAN
Larva Peringkat awal menyerang tanaman secara berkumpulan. Bahagian dalam helaian daun dimakan menyebabkan daun menjadi lut sina, Larva dewasa mengorek dan memakan tunas atau pucuk Kobis > Akibatnya kobis mempunyai banyak pucuk baru.

BIOLOGI SERANGGA

Telur
Rama-rama dewasa bertelur sebiji-sebiji dicelah daun. Telur menetas dalam masa 3-4 hari

Larva
Pada peringkat awal, larva berwarna hijau dan larva dewasa berwarna perang dengan lima jalur perang gelap memanjang di bahagian belakangnya. Kelapanya berwarna perang kemerah-merahan. Tempoh tumbesaran dalam tempoh ini ialah antara 11 hari


Pupa
Pupa bewarna keperangan coklat, terdapat didalam tanah berhampiran pangkal pokok yang diserang. Jangka masa peringkat pupa ialah 6-9 hari.

Rama-rama Dewasa
Kepak hadapan bewarna kekuningan bercampur perang dengan carik-carik perang melintang ditengahnya. Hujung kepak berwarna gelap. Kepak bahagian belakangnya berwarna kekuningan dengan warna kehitaman di bahagian hujung. Lebar bukaan sayap rama-rama dewasa ialah 20 mm. 


KITARAN HIDUP
20-24 hari.

KAWALAN
Pucuk tanaman dirawat dengan racun kimia pada peringkat awal pertumbuhan kubis, kawalan racun kimia ini hanya digunakan apabila perlu sahaja. 
Racun kimia yang boleh digunakan sebagai rujukan ialah avermectin (7hst), profenofos (10 hst), cypermethrin (5 hst), diflubenzuron (5 hst), trichlorfon (7 hst), tebufenozide (7 hst) dan permethrin (5hst). Walaubagaimana pun anda wajar bertanyakan tentang maklumat racun keluaran baru di pasaran, kerana kemungkinan terdapat racun yang diberikan sudah tiada di pasaran.

MAKLUMAT TAMBAHAN
Kehadiran makhluk perosak ini dianggap berbahaya. Setiap larva yang menyerang pokok kubis, akantanaman banyak mengeluarkan pucuk baru, menjadikan helaian baru pusuk kubis terkopak dengan banyak.

Serangga Perosak 3

SERANGGA PEROSAK
Nama Biasa : Ulat Pemakan Daun
Nama Inggeris : Leaf Eater
Nama Saintifik : Psara Submarginalis Swinh
Famili : Pyralidae
Order : Lepidoptera

TANAMAN
Sayuran Krusifer dan Keledek

BAHAGIAN YANG DISERANG
Daun 

KEROSAKAN
Larva memakan bahagian atas dan bawah epidermis daun. Daun menjadi lut sinar. kadang kala tinggal rangka atau tulang daun sahaja.

BIOLOGI SERANGGA

Telur
Rama-rama dewasa bertelur dibahagian atas dan bawah daun. Telur serangga ini lembut, bewarna kuning kehijauan dan berkedudukan bertindih antara satu sama lain dalam kumpulan. Ia menetasdalam masa2-3 hari

Larva
Badan larva berwarna kuning kehijauan dan kepalanya gelap keperangan. Tempoh tumbesaran dalam tempoh ini ialah antara 15-17 hari


Pupa
Pupa bewarna keperangan pudar didalam kolam sutera yang terdapat dalam daun yang bergulung. Jangka masa peringkat pupa ialah 5-9 hari.

Rama-rama Dewasa
Kepak hadapan dan belakang bewarna kekuningan dan bertompok perang. Pada sepanjang tepi kepak terdapat juga jalur berwarna perang

KITARAN HIDUP
24-30 hari.

KAWALAN
Menyembur dengan racun serangga apabila perlu. Di antara racun serangga yang boleh digunakan ialah deltametrin (5 hst.), sypermethrin (5 hst), cyfluthrin (7 hst), beta-cyfluthrin (7 hst), tebufenozide (7 hst) dan profenofos (10 hst), Walaubagaimana pun anda wajar bertanyakan tentang maklumat racun keluaran baru di pasaran, kerana kemungkinan terdapat racun yang diberikan sudah tiada di pasaran.

Sunday, June 2, 2013

Perhidmatan Bancuhan Baja Semburan


Assalamualaikum dan salam Sejahtera

Alhamdulilah selepas 3 tahun melancarkan perhidmatan bancuhan baja semburan kepada mana-mana syarikat atau individu yang berminat mengeluarkan produk baja semburan pelbagai guna mereka sendiri di pasaran pertanian yang luas, pelagai syarikat bumiputra dan individu telah tampil memberi kepercayaan kepada kami untuk menjadi pengilang sah kepada syarikat mereka.

Kami juga telah menerima beberapa temahan dan perjanjian baru dari berbagai syarikat bumi putra mahupun individu yang berminat, dan kini produk mereka telahpun berada di pasaran Malaysia bahkan ke Brunai dan Indonesia.

Dengan ini kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang telah memberi kepercayaan kepada syarikat kami untuk mengguruskan perhidmatan bancuhan baja semburan untuk syarikat mereka selama hampir 3 tahun ini.

Bagi yang belum dan sudah menjadi pengeluar produk baja semburan foliar dan ingin menjadikan kami sebagai pengilang untuk bancuhan produk pertanian anda, di bawah kami sediakan sebut harga kepada perhidmatan kami:

1 liter = RM 10.00
4 liter = RM 40.00
Minimum order 100 botol (4 liter) / Bulan
Maximum order 400 botol (4 liter) / Bulan

Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian :

Mustafa Omar - 013-4306191
Mohd Saiful - 010-370 4814
inangmesra_ent@yahoo.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...