Thursday, October 21, 2010

Serangga Perosak


SERANGGA PEROSAK
Nama Biasa : Rama-rama Intan
Nama Inggeris : Diamondback Moth
Nama Saintifik : Plutella xylostella
Famili : Yponomeutidea
Order : Lepidoptera

TANAMAN
Sayuran Krusifer / Cruciferae

BAHAGIAN YANG DISERANG
Daun

KEROSAKAN
Larva mengikis dan memakan epidermis daun. Akibatnya daun menjadi lut sinar dan berlubang-lubang sehingga tinggal rangka. Serangan yang teruk boleh membunuh pokok yang muda. Serangan boleh bermula dari tapak semaian, terutamanya di tapak semaian terbuka.

BIOLOGI SERANGGA













Telur
Serangga dewasa selalunya bertelur sebiji-sebiji atau berkelompok dibawah permukaan daun. Telur berwarna kekuning-kuningan, berbentuk bujur dan berukuran 0.6 x 0.3 mm. Menetas dalam masa 6-7 hari di tanah tinggi dan 2-3 hari ditanah rendah.














Larva
Badan larva berwarna hijau dan kepalanya berwarna keperangan. Saiznya kira-kira 9 mm panjang. Larva melalui 4 peringkat instar. tempoh tumbesaran dalam tempoh 12-13 hari di tanah tinggi dan 6-7 hari ditanah rendah.















Pupa
Pupa bewarna hijau dan bertukar menjadi kekuning-kuningan atau keperangan dalam masa 24 jam. Saiz pupa kira-kira 8 mm panjang. Ia di lindungi oleh kokun yang bewarna putih. jangka masa peringkat pupa ialah 7-8 hari di tanah tinggi dan 3-5 hari ditanah rendah.

























Rama-rama Dewasa
Bersaiz kecil, berukuran 4.7-6.5 mm panjang dan bukaan kepak selebar 14-17 mm. Kepak hadapan bewarna perang kelabu dengan corak kuning seperti ketulan intan. Purata jangka hayat rama-rama jantan ialah 17.5 hari dan 15.4 hari bagi rama-rama betina.

KITARAN HIDUP
25-30 hari di tanah tinggi
12-15 hari ditanah rendah.

KAWALAN
Kawalan secara pengurusan perosak bersepadu (PPB). Kawalan dilakukan apabila bilangan larva melebihi aras ambang ekonomi (7 ekor sepokok) dan peratus parasitisme kurang daripada 40%
Musuh semula jadi perosak ini yang dapat membantu mengurangkan bilangan plutella diladang ialah parasit Cotesia plutellae Kurdj dan parasit Diadegma semiclausum Horstmann.
Racun perosak biologi seperti Bacillus thuringiensis boleh digunakan. Keberkesananya bergantung pada jenis (Strain) dan kaedah penyelengaraannya (termasuk penyimpanannya).
Langkah kawalan selanjutnya ialah dengan menggunakan racun seranga. Ia digunakan apabila perlu sahaja. Diantara racun serangga yang berkesan ialah avermectin (7 hst), fipronil (7 hst), diflubenzuran (5 hst), profenofos (10 hst), prothiophos (7 hst) dan deltamethrin (5 hst).



















MAKLUMAT TAMBAHAN
Jangka masa kitarana hidup rama-rama ini lebih singkat di kawasan tanah rendah berbanding kawasan tanah tinggi.

2 comments:

  1. Blog yang best of the best, nice input...

    ReplyDelete
  2. Greet infoo.. bro..

    ReplyDelete

Sila tingalkan komen anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...