Saturday, March 13, 2010

Pengurusan Makhluk Perosak Kelapa

Kawalan Perosak Serangga

Serangan perosak serangga adalah mustahak didalam menggurangkan hasil tanaman. Serangan yang teruk boleh menyebabkan pokok berbuah kecil, tidak lansung mengeluarkan hasil atau boleh menyebabkan kematian tanaman. Perosak-perosak serangga yang penting bagi tanaman kelapa adalah seperti berikut.

Jenis SeranganBahagian Diserang / SimtomSyor Kawalan
1 . Kumbang Tanduk (Orycetes Rhinocerous)


Kumbang dewasa berwarna hitam dan mempunyai stuktur sumbu diatas kepalanya. Serangga dewasa menyebabkan kerosakan dengan mengorek kedalam pucuk dan memakan tisu-tisu lembut kelapa. Apabila pelepah membesar, daun kelapa akan membentuk seakan-akan kipas. Serangan yang teruk menyebabkan air bertakung didalam lubang yang dikorek. Pucuk akan reput dan musnah dan ini mendedahkan pucuk kepada seranggan larva Kumbang Jalur Merah.

Kumbang tanduk dewasa bertelur didalam batang kelapa yang reput, bahan organik ataupun sampah sarap. Larva yang dikenali sebagai Grub kembang tanduk akan hidup pada bahan yang reput ini sehingga menjadi pupa.

Kawalan Kultura

Semua batang kelapa yang telah ditebang atau tumbang sendiri perlu dipotong kecil-kecil dan dibakar, ini bertujuan menghapuskan tempat pembiakan Kumbang Tanduk Diladang.

Kawalan Kimia

Bagi pokok kelapa yang masih kecil, letakkan 1 -2 biji "moth ball", 3 - 4 butiran racun carbofuran di pelepah muda bagi mengurangkan serangan kumbang tanduk.
2 . Kumbang Jalur Merah (Rynchophorus Schach)

Kumbang dewasa mempunyai kepak berwarna hitam. Lorek hitam dengan jalur-jalur merah. Dewasa betina bertelur ditepi lubang yang dikorek oleh Kumbang Tanduk, bahagian luka ataupun pada pucuk pokok yang lemah. Larva yang dikenali sebagai Grub memakan pucuk sehingga boleh menyebabkan pokok mati.

Suntik batang kelapa dengan racun monocrotophos atau methamidophos sebanyak 5 - 10 ml/pokok. Bagi pokok kelapa yang masih kecil, letakkan 3 - 4 butiran carbofuran pada lubang dipucuk pokok bagi membunuh serangga ini
3 . Rama-rama Artona (Artona Catoxantha)

Dewasa berwarna perang dan hujung kepak berwarna kuning. dewasa betina bertelur dibawah daun dan larva yang menetas berwarna hijau kekuningan dan berbulu. Larva memakan daun kelapa daripada bawah dan meninggalkan kesan makan yang berjalur-jalur diatas daun. Daun yang teruk diserang akan kelihatan seperti terbakar.

Dalam keadaan biasa perosak ini dikawal oleh musuh semula jadi yang menyerang larvanya. Hujan lebat semasa serangan berlaku mengawal perosak ini menjatuhkan larva ke tanah.

Jika serangan serius berlaku musim kering, kawal secara suntikan batang dengan racun monocrotophos (azordin) atau metamidophos (tamaron) pada kadar 5 - 10 m/pokok. Jika larva hampir membentuk pupa, tidak disyorkan suntukkan batang kerana kawalan tidak akan berkesan

4. Ulat beluncas ( Setora Nitens)

Dewasa berwarna perang dan bertelor dibawah daun kelapa. Larva berwarna hijau kekuningan dengan jalur-jalur unggu dan terdapat lapan unjuran (appendages) ditepi badannya. Terdapat dua unjuran yang lebih besar dikepala dan ekor larva. Larva memakan daun daripada tepi ataupun tengah sehingga tembus dan meninggalkan bentuk bergerigi pada daun. Dewasa tidak merosakkan pokok kelapa.

Kawal secara suntikan batang, gunakan racun monocrotophos (azordin) atau metamidophos (tamaron) pada kadar 5 - 10 m/pokok.
5 . Rama-rama Haidari (Hidari Irava)

Dewasa berwarna perang dengan empat titik kuning ditengah-tengah kepak. Larva berwarna hijau kekuningan dengan kepala berwarna coklat. Larva hidup dibawah lipatan daun kelapa dan memakan daun daripada atas kebawah dengan tanda daun tuinggal lidi.

Tiada kawalan kimia disyorkan bagi perosak ini.
6 . Kumbang Plesispa ( Plesispa Reichei)

Kumbang ini berbadan leper dan berwarna coklat tua. Larva berwarna kuning. Dewasa dan larva Grub memakan permukaan daun dan menyebabkan daun sedikit bergulung. terdapat tompok-tompok bekas makan diatas daun. serangan pada anak benih boleh menyebabkan pokok terencat.Tiada kawalan kimia disyorkan bagi perosak ini.

Kawalan Penyakit


Jenis PenyakitBahagian Diserang / SimtomSyor Kawalan
1 . Bintik-bintik Daun

Disebabkan oleh tiga jenis kulat :

i-Culvularia maculans
ii-Helminthosporium Incurvatum
iii-Pestaliopsis Palmarum
Serangan berlaku semasa pokok masih muda terutama diperingkat tapak semaian. Tanda-tanda penyakit bintik daun ini ialah terdapat bintik-bintik perang yang berbentuk bulat dan bujur dikelilingi oleh lengkawan kuning pada daun. Bintik daun kulat yang disebabkan oleh Culvularia maculans dan Helminthosporium Incurvatum yang paling sering terdapat ditapak semaian. Bintik daun yang disebabkan oleh Pestaliopsis Palmarum spora-spora halusyang berwarna hitam.

Jarakkan anakbenih ditapak semaian agar terdapat pengudaraan dan keadaan tidak akan menjadi terlalu lembab. Jika perlu, disyorkan semburan dengan racun kulat Captan padar kadar 0.2% bahan aktif.
2 . Hawar Bebenang Putih ( Marasmiellus Semiustus)Penyakit ini menyerang anak benih kelapa menyebabkan pucuk mati sebelum keluar dari sabut. Sekiranya ia menyerang selepas pucuk keluar, pokok akan kelihatan layu dan terdapat Maisilium putih pada pangkal pokok.

Jaga kebersihan dan pengaliran air yang baik di tapak semaian. Musnahkan anak benih yang teruk diserang.


Kawalan Vertebrat

Musuh-musuh vertebrat tanaman kelapa adalah tikus, lembu, kerbau, kambing, biri-biri, babi hutan dan tupai. Semua perosak tidaklah signifikan atau tidak penting kepada tanaman kelapa kecuali tupai yang dalam keadaan tertentu menjadi perosak serius.

Tupai menjadi perosak ketika pokok berubah. Ia menebuk buah kelapa muda untuk makan isinya. Buah-buah yang ditebuk akhirnya rosak dan gugur. Di kawasan perkampungan dimana kebanyakan tanaman kelapa diselang-seli dengan pokok-pokok yang lain, serangan tupai kadangkala serius. Tupai dapat dikawal secara berkesan dengan cara menembak. Untuk kawalan berkesan petani-petani perlu bekerjasama satu dengan yang lain mengawal perosak ini.

Musuh seperti lembu, kerbau, kambing atau biri-biri biasanya memakan daun-daun ketika semaian dan selepas anak-anak semaian ditanam diladang. Musuh-musuh ini dikawal dengan menghalau dan memagar kebun dengan jenis pagar yang sesuai bagi menyekat musuh-musuh tersebut daripada memasuki kawasan tanaman.

Bagi tanaman kelapa yang ditanam dekat dengan kawasan hutan, serangan babi hutan kadangkala berlaku. Babi hutan merosakkan tanaman kelapa yang masih kecil dengan memakan umbut. Ia dikawal dengan menembak dan menggunakan perangkap. Selain daripada itu, ia boleh juga dikawal dengan memagar kebun atau pokok kelapa secara satu persatu dengan jenis pagar yang sesuai.

Kawalan Rumpai

Di kawasan kelapa terdapat rumpai tahunan selaput tunggul (Mikania micrantha), rumpai saka seperti lalang (Imperata cylindrica), rumput sambari (Eleusine indica) rumput halia hitam(Cyperus rotundus).

Untuk mengatasi masalah ini, kawalan rumput secara integrasi yang merangkumi kawalan secara manual, mekanik, amalam kulkura dan penggunaan racun rumpai adalah disyorkan.

Kawasan Kelapa Muda

Rumpai yang terdapat di sekeliling pangkal pokok kelapa (0.6m garis pusat) boleh dikawal secara manual dengan mencabut dengan tangan atau menggunakan tajak. Jika terdapat rumpai hendaklah dicabut dan dibuang.

Kawalan rumpai hendaklah dijalankan tiap-tiap bulan pada tahun pertama dan dikurangkan apabila pokok kelapa membesar kerana naungan kanopi pokok kelapa menyekat pertumbuhan rumpai. Jalankan kawalan rumpai dengan hati-hati supaya akar pokok kelapa tidak tercedera. Racun rumpai tidak digalakkan kerana ia mungkin akan menyebabkan fitotoksik terhadap tanaman. Pelapah yang dilonggokkan diantara barisan pokok kelapa dapat juga mengurangkan infestasi rumpai.

Kawasan Kelapa Matang

Racun rumpai boleh disyorkan untuk mengawal rumpai yang tumbuh di sekeliling pokok kelapa yang matang. Contohnya Gliphosate, Glufosinate-ammonium dan MSMA. Racun MSMA adalah dari jenis sentuh dan berkesan untuk mengawal pelbagai jenis rumpai semusim. Kadar yang disyorkan 1.0 - 3.0 Kg/Ha bahan aktif. Racun glyfosate pada kadar1.25 - 2.5 Kg/Ha bahan aktif dan glufosate-ammonium pada kadar 0.5 Kg/Ha bahan aktif adalah racun jenis sistemik yang diserap melalui daun batang. Elakkan tempias pada pokok kelapa semasa membuat semburan. Kedua-dua racun ini dapat mengawal rumpai semusim dan saka.

4 comments:

  1. racun ape yang perlu digunakan untuk kawalan ulat plesispa

    ReplyDelete
  2. Sila hubungi saya Subri 019-5127764 untuk racun Kumbang Plesispa ( Plesispa Reichei)..sebab saya dah gunakan untuk kebun saya dan dapati Kumbang Plesispa ( Plesispa Reichei)mati..racun ini boleh dicampurkan sekali dgn baja air.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..maaf, sy nk btya, pyakit pd buah klapa trencat..buah blom sempat besar tp dh gugur dan berkarat pd buahnya.tq

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..maaf, sy nk btya, pyakit pd buah klapa trencat..buah blom sempat besar tp dh gugur dan berkarat pd buahnya.tq

    ReplyDelete

Sila tingalkan komen anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...