Sunday, March 14, 2010

Info Kompos

Pendahuluan

Kompos ialah sejenis baja organik yang diperbuat daripada sampah sarap, tumbuhan dan tinta haiwan. Kompos yang dibuat dengan cermat dan teratur boleh menjadikan tanah lebih subur serta meninggikan hasil tanaman. Unsur-unsur yang terdapat dalam kompos juga mudah diserap oleh tanaman.

Dinegeri yang berhawa panas, bahan organik mudah reput. Amalan dan pekerjaan pertanian yang dijalankan selalu mengakibatkan kehilangan unsur -unsur makanan dari dalam tanah. Tanah akan hilang kegemburan dan kurang kuasa pemegang airnya.

Kompos boleh diggunakan untuk menambahkan unsur-unsur makanan, menyubur dan menggemburkan tanah. Kompos juga menolong mengurangkan kekerasan tanah, meninggikan kuasa memegang air tanah dan memudahkan tanah dibajak.

Cara-cara Membuat Kompos

Bahan

Hasil kompos lebih baik jika lebih banyak bahan digunakan sebab terdapat lebih banyak unsur pekit (trace elements). Bahan yang digunakan termasuklah.

  • Sisa-sisa dapur
  • Baki tanaman seperti jagung, jerami, daun-daun keledek, rumput-rumpai dan kulit buah yang bebas dari penyakit.
  • Abu kayu
  • Darah Haiwan
  • Tanah atas (Top Soil)
  • Unsur Nitrogen yang sesuai seperti kompos lama, baja tinta haiwan, rumput-rumpai yang berlendir dan baja dangangan (misalnya Urea, Sulphate Of Ammonia)




















Bahan-bahan untuk kompos


Membuat Timbunan Kompos

  1. Gemburkan tapak yang dipilih dengan alatan pertanian. Ini akan memastikan saluran air yang sempurna dan pendedahan bahan kepada hidupan seni.
  2. Buatkan satu tapak penyokong timbunan untuk memastikan saluran air yang baik dan mengelakkan air bertakung. Guanakan empat batang kayu atau anda juga boleh membuat sangkar kayu untuk menyokong timbunan kompos. Bentuk timbunan yang sesuai ialah 3 x 3 kaki lebar dan kurang dari 5 kaki tinggi.
  3. Bakar dahulu semua bahan tanaman berpenyakit yang hendak digunakan.
  4. Gunakan bahan kasar seperti jagung sebagai bahan asas
  5. Selepas itu masukkan bahan-bahan lain selapis demi selapis. Taburkan atas (Top Soil) sekadar 2 - 5 % dan unsur nitrogen diatas tiap-tiap lapisan jerami, rumput kering atau lalang.
  6. Gunakan rumput kering atau bahan timbunan kering setebal 6 - 12 inci untuk timbunan diatas sekali. Lapisan ini akan menghalang air hujan masuk kedalam timbunan.


















Tapak dan rangka penyokong kompos















Membina timbunan selapis demi selapi

Timbunan boleh dibuat seberapa panjang yang dikehendaki. Seelok-eloknya elakkan membuat timbunan diair bertakung sebab ini boleh melambatkan pemreputan bahan (fermentation). Kawasan membina timbunan mesti ada lingkungan daripada panas matahari dan angin kuat untuk mengelakkan bahan kompos dari kekeringan.

Pengedaran udara diperlukan untuk pembinaan kompos yang sempurna. Didalam timbunan yang terlalu kecil hawa panasnya kekurangan untuk membunuh hama penyakit (Pathogens). Timbunan yang terlalu tinggi pula menyebabkan bahan-bahan terlalu pekat dan menghalangkan pengedaran udara.

Keadaan Ketika Pereputan Kompos

Hidupan seni akan mereputkan bahan timbunan sehingga menjadi unsur-unsur makanan yang senang diserap oleh tumbuhan. Kadar pereputan bergantung kepada populasi hidupan seni.

Pereputan boleh dipercepatkan dengan mencampurkan sedikit batu kapur hancur dengan tanah dan menaburkan campuran keatas tiap lapisan timbunan. Tujuan campuran kapur / tanah itu ialah untuk mengurangkan kemasaman didalam timbunan. kemasaman yang terlalu kuat boleh mencegah kegiatan hidupan seni.

Sekiranya bahan kompos mengandungi rumput, lalang atau jerami kering berlebihan dari bahan-bahan yang lain, tiada perubahan akan berlaku, kecuali jika ditambah dengan unsur nitrogen.

Kompos yang mengandungi terlalu banyak tanah tidak akan mempunyai hawa panas yang sesuai. Kompos yang mengandugi banyak baja haiwan, tanaman muda dan sampah sarap akan mempunyai hawa panas yang sesuai.

Didalam timbunan yang sempurna, hawa panasnya meningkat dari 140 oF ke 153 oF dalam masa dua ke tiga hari. Kenaikan hawa panas ini dapat menghapuskan segala biji benih, rumput rumpai serta ulat-ulat serangga dan telurnya. Didalam masa 3 - 4 minggu hawa panasnya akan turun pelahan-lahan. Pada masa inilah timbunan boleh digunakan untuk bahan penyangkup (Mulching). Pastikan penyangkup itu tidak terkena pada pokok tanaman.

Hawa panas didalam timbunan boleh diketahui dengan menggunakan sebatang tongkat kayu yang lincin, caranya cucukkan tongkat itu kedalam timbunan, biarkan disitu selama 10 - 15 minit sebelum dicabut keluar, jikalau kayu itu panas dan lembab, bererti proses pereputan itu sedang berlaku. Sekiranya kayu itu sejuk rombaklah timbunan itu, balik-balikkan isi dan bina semula.

Tempoh Proses Pereputan Kompos

Timbunan kompos mestilah dibalik-balikkan supaya semua bahan bercampur aduk dan reput dengan sempurna untuk menjadi kompos. Balikkan timbunan selepas 6 - 12 minggu. ini bertujuan memusnahkan benih rumpai dan juga memendekan masa pereputan bahan kompos. WArna kompos akan menjadi kehitam-hitaman dan keadaan rapoh. Kompos tersebut bolehlah digunakan membaja tapak semaian atau batas tanaman sayur-sayuran. Bahan yang diluar timbunanboleh digunakan sebagai penyungkap ataupun dicampur semula dengan timbunan yang baru.

Kadar Penggunaan Kompos

Kompos bolehlah digunakan sebanyak 1 paun untuk 1 kaki persegi luas tanah(iaitu sebanyak15 hingga 20 tan pada seekar). Seelok-eloknya gunakanlah campuran tanah dengan komposmenjadikan tanah disekeliling pokok lebih subur. Gunakanlah kompos yang sempurna sahaja bila membaja pokok sayur-sayuran.

No comments:

Post a Comment

Sila tingalkan komen anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...