Friday, March 12, 2010

Info Kelapa

Reactions: 
Pengenalan

Nama Saitifik : Cocos nucifera
Nama Tempatan : Kelapa, Nyior
Keluarga : Palmae
Order : Arecaceae

Terdapat dua jenis kelapa iaitu kelapa tinggi, Cocos nucifera var, typica dan kelapa rendah Cocos nucifera var, nana. jenis kelapa sederhana tinggi seperti MAWA dan MATAG telah dihasilkan kedua - dua varieti ini.


Tanaman Kelapa (Cocos Nucifera) digolongkan dalam keluarga palmae. Tanaman ini berasal dari kepulauan pasific dan tersebar luas hampir90 buah negara tropika. Jumlah keluasan Kelapa didunia dianggarkan sebanyak 10.6 juta hektar dan sebanyak 93% terletak dikawasan Asia Pasific

Filipina dan Indonesia merupakan negara pengeluar Kelapa utama dunia, masing-masing mempunyai keluasan kelapa sebanyak 3.2 juta hektar diikuti oleh negara India. Jumlah pengeluaran kelapa dunia dinggarkan sebanyak 8.5 juta tan kopra, bersamaan 48.8 bilion biji kelapa. Sejak empat hingga lima dekad yang lalu, teknologi pemprosesan kelapa telah berjaya menghasilkan tidak kurang daripada 360 produk makanan dan bukan makanan berasaskan kelapa.

Di Malaysia, kelapa merupakan salah satu tanaman yang penting untuk ekonomi negara. sebahagian besar tanaman kelapa diusahakan secara tradisional oleh pekebun-pekebun kecil. pada tahun 1997, tanaman kelapa menduduki tempat yang keempat dari segi keluasan selepas kelapa sawit, getah dan padi. produk-produk kelapa adalah bahagian penting dalam makanan harian penduduk tempatan dan juga dalam industri pembuatan. Permintaan tempatan untuk produk-produk kelapa adalah dalam bentuk biji kelapa, minyak kelapa, kelapa salai (kopra), kelapa parut reesterified fat and oil.

Pokok

Pokok kelapa mempunyai batang dan pusat pertumbuhan tunggal. Ketinggian pokok boleh mencapai 6 - 30 meter. Pada hujung batang terdapat daun - daun pinat yang besar atau pelepah pada pelbagai peringkat pertumbuhan. Di pucuk pokok terdapat tisu - tisu muda yang bakal membentuk menjadi daun, bunga atau buah.
















Gambarajah 1 : Sebahagian akar serabut (A) dengan akar sekundar (B) dan Akar Penafasan (C) atau Pneumotaphores

Sistem Akar

Pokok kelapa mempunyai sistem akar serabut. Pokok kelapa tidak mempunyai akar rambut dan dalam keadaan tertentu, akar - akar utama boleh mengeluarkan akar sisi yang bercabang yang dipanggil akar penyerap. Di hujung akar penyerap ini terdapat jidal akar (root cap) yang boleh menembusi tanah. Bahagian lembut yang terdapat di belakang jidal akar berfungsi untuk menyerap nutrien tanah sejauh 5 cm.

Di permukaan akar terdapat struktur tisu kecil yang tajam berwarna putih (pneumatophotes) yang berfungsi sebagai struktur pernafasan, (gambarajah 1). struktur ini membolehkan pokok kelapa menyesuaikan kehidupan di kawasan air bertakung.

Pokok kelapa mengeluarkan 1,500 - 1,800 urat akar yang tumbuh mendatar sepanjang 5 hingga 25 meter di sekeliling pokok. Terdapat juga akar yang tumbuh menghala ke lapisan air bawah tanah, dan boleh tumbuh sehingga 25 meter ke dalam tanah.

Daun

Pokok kelapa yang matang mempunyai 30 - 40 pelepah daun. Panjang pelepah boleh mencapai 5 meter dan ia mempunyai dua baris daun kecil (bipinate) berukuran 1 - 1.5 meter panjang. setiap pelepah dianggarkan sebanyak 200 helai daun kecil. Bagi poko yang subur, pelepah baru terbit setiap 3 - 4 minggu sekali. Jangka hayat dari mula terbit hingga senesen ialah antara dua setengah hingga tiga tahun.

Bunga

Jambak bunga atau mayang (gambarajah 2a &2b) terbentuk di dalam seludang yang tebal, kukuh dan tajam. Mayang yang terbuka berukuran 1.0 hingga 1.2 meter panjang dan membentuk beberapa anak spika yang panjangnya 14 -16 cm.

Bunga kelapa berjenis monoecious. Pada setiap mayang kelapa, terdapat antara 8,000 - 10.000 bunga jantan dan 10 - 50 bunga betina. Bunga jantan mengandungi enam helai perianth nipis berwarna kuning dan di dalamnya terdapat enam stamen (gambarajah 3). Di tengah- tengah bunga terdapat tiga kelenjar nektar yang berfungsi untuk menarik serangga pendebunga. Apabila bunga kembang, cepudebunga terbuka dan mengeluarkan debunga - debunga yang berwarna kuning. Debunga ini bolrh hidup selama 2 - 9 hari.

Bunga betina berbentuk globos, mengandungi enam perianth dan terdapat pistil berwarna putih. Bunga betina mulai kembang pada 18 -21 hari selepas seludang terbuka. Jangkamasa reseptifnya ialah 1- 3 hari.

Bunga dan Pendebungaan

Angin dan serangga merupakan ejen pendebungaan bunga kelapa. Lebah, lalat, kumbang dan tebuan adalah serangga pendebungaan kelapa yang paling penting. Jumlah bunga betina yang berjaya membentuk buah sehingga mencapai ke peringkat matang adalah sekitar 25 - 40%.

Bagi kebanyakan jenis kelapa rendah, kaedah pendebungaan ialah secara autogamous (direct self-pollinating) atau pendebungaan sendiri. Bagi kelapa tinggi, pendebungaan secara allogamous (cross-pollinating) atau pendebungaan silang. Bagi kelapa hibrid dan beberapa jenis kelapa rendah, kaedah pendebungaan ialah secara kedua-duanya sekali iaitu secara allogamous dan autogamous. sebagai contohnya, pendebungaan bagi Kelapa Rendah Kuning (Malayan Yellow Dwarf, MDY) dan Kelapa Rendah Merah (Malayan Red Dwarf, MRD) didapati secara autogamous. Pendebungaan Kelapa tinggi Malaya ( Malayan Tall) ialah secara allogamous, manakala pendebungaan Kelapa Rendah Hijau (Malayan Green Dwarf, MGD) ialah secara autogamous dan allogamous.

Oleh itu populasi Kelapa Rendah Malaya didapati seragam berbanding dengan populasi Kelapa Tinggi Malaya. Populasi Kelapa Rendah Malaya jenis kuning dan merah didapati lebih stabil dan seragam berbanding dengan jenis hijau. Faktor ini menyebabkan Kelapa Rendah Hijau tidak digunakan sebagai pokok induk ibu didalam pembiakan kelapa kacukkan atau hibrid.

Buah

Selepas proses persenyawaan bunga akan menjadi buah dalam tempoh 12 - 14 bulan. Pada umunya buah yang matang mengandungi 35 % sabut, 12 % tempurung , 28% isi dan 25 % air. Komposisi ini berbeza-beza mengikut kultivar (Gambarajah 4). Saiz, warna dan bentuk buah kelapa juga berbeza-beza mengikut jenis kelapa.




















Gambarajah 2 a: Seludang Separa Buka




















Gambarajah 2 b: Jambak Bunga Kelapa





















Gambarajah 3 : Bunga Jantan dan Bunga Betina pada Spika (Pandangan Sisi)





















Gambarajah 4 : Bahagian-bahagian Buah Kelapa

Kandungan Zat

Minyak kelapa mengandungi minyak tepu yang tinggi iaitu kira-kira 91%. kandungan minyak kelapa yang terperinci ditunjukkan seperti dijadual 1.
Hampas kelapa kering merupakan produk sampingan dari pemprosessan minyak kelapa dan digunakan sebagai makanan ternakan. Kandungan hampas kelapa kering adalah seperti jadual 2.
Kelapa parut ialah isi kelapa yang dipotong halus dan dikeringkan pada tahap kandungan kelembapan 2.5 %. Nilai permakanan kelapa parut kering seperti jadual 3

Jenis Lemak

Asid Lemak Tepu

Kaproio (hexioic)
Kaprilik
Kaprik Laurik
Miristik
Palmitik
Stearik
Arakidik

Asid Lemak Tak Tepu

Oleik
Lionik
Peratus Kandungan



0.2 - 0.5
5.4 - 9.5
4.5 - 9.7
44.1 - 51.0
31.0 - 18.5
7.5 - 10.5
1.0 - 3.2
0.2 - 1.5


5.0 - 8.2
1.0 - 2.6
Jadual 1 : Kandungan Minyak Kelapa

Pekara

Air
Minyak
Protin
Karbohidrat
Serat
Abu
Peratus Kandungan

11.0
6.0
19.8
45.3
12.2
5.7
Jadual 2 : Kandungan Hampas Kelapa Kering

Kandungan

Air
Lemak dan minyak
Gula
Protin
Karbohidrat
Serat
Abu
Peratus

2.5 - 3.0
58.0 - 69.0
5.5 - 8.5
6.0 - 8.0
12.0 - 18.0
0.2 - 0.4
1.5 - 2.0
Jadual 3 : Nilai Pemakanan Kelapa Parut Kering


No comments:

Post a Comment

Sila tingalkan komen anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...