Sunday, March 14, 2010

Diagnosis Simtom Tanaman

Pekara-pekara Penting Yang Perlu Penelitian Sebelum Mendiagnosis Simtom Kekurangan Nutrin Bagi Tanaman

Perkara-perkara penting yang perlu penelitian mendiagnosis simpton kekurangan nutrien ialah penentuan sama ada simptom yang dilihat tidak disebabkan oleh serangan penyakit atau perosak tanaman. Pada amnya jika kejadian baru sahaja berlaku, kemungkinan ianya disebabkan oleh penyakit atau perosak. Khidmat pakar dalam bidang ini perlu diperolehi untuk pengesahan. Jika kejadian sudah agak lama berlaku dan melibatkan kawasan yang luas, maka mungkin ianya disebabkan oleh kekurangan nutrien.

Simptom kekurangan nutrien juga mungkin diperlihatkan dengan lebih jelas semasa musim kemarau. Jika keadaan ini berlaku, ianya mungkin disebabkan oleh kekurangan boron. Jika simpto ini berterusa dan semakin serius pada musim hujan, keracunan (toxicity) mangan mungkin penyebabnya. Tetapi jika sekiranya simpton kelihatan hanya selepas perubahan suhu yang ketara, maka ianya disebabkan kekurangan yang sementara bagi kalium atau kalsium.

Sikaranya kejadian hanya berlaku di kawasan tertentu sahaja, amalan pengerusan tanahnya perlu diselidiki termasuk jenis dan kadar baja yang digunakan. Ini adalah kerana pemberian sesuatu unsur yang berlebihan akan menyebabkan kekurangan unsur yang lain. Umpamanya, penggunaan kapur yang tinggi akan meningkatkan kedapatan molibdenum dalam tanah. Kandungan molibdenum yang tinggi pula akan mengurangkan kedapatan kuprum terutamanya pada tanah gambut. Begitu juga dengan kandungan kalium yang tinggi dalam tanah akan mengurangkan kedapatan magnesium.

Faktor keasidian tanah juga merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian. Ini kerana kedapatan sesuatu unsur nutrien mempunyai hubungan yang rapat dengan pH tanah seperti mana yang ditunjukkan pada rajah 1.

Seperkara penting lagi yang perlu penelitian ialah simpton terkena racun kimia atau baja mungkin sama dengan simpton kekurangan nutrien.

Keadaan persekitaran yang memberi halangan kepada pertumbuhan tanaman juga kadangkala menyebabkan kelihatan simpton yang boleh mengelirukan seperti daun terbakar di kawasan tanah berasid atau tanah masin, warna kekuningan ditanah yang menghadapi masalah saliran atau tanda terbakar disebabakan kejutan semasa menanam ( planting shock).














Rajah 1 : Pengaruh pH Keatas kepadatan Nutrien bagi tanaman.

2 comments:

Sila tingalkan komen anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...