Monday, February 15, 2010

Info Stevia



Pendahuluan


Nama Tempatan: Stevia

Nama Saintifik: Stevia rebaudiana

Nama Lain: Teh manis, sweet leaf of Paraguay, caa-he-éé, kaa jheéé, ca-a-jhei, ca-a-yupi, azucacaa, eira-caa,

Sinonim: Eupatorium rebaudianum capim doce, erva doce, sweet-herb, honey yerba, honeyleaf, yaa waan, candy leaf, sugarleaf.

Famili: Astereacea
Asal: Paraguay

Stevia boleh menjadi alternatif kepada gula tebu, namun sehingga kini pelbagai kajian terus dijalankan untuk memastikan samada stevia ini mampu dan berupaya untuk menjadi pengganti kepada gula ataupun tidak. Usah terkejut juga jika anda bertemu dengan kajian sebaliknya yang menyatakan bahawa stevia juga boleh memudaratkan - pastinya maklumat ini datang dari kempen-kempen pengusaha terkemuka dunia yang menjadikan gula tebu sebagai asas dalam produk keluaran mereka.

Stevia bukan saja indah pada nama tetapi unik kerana khasiat yang dihasilkan daunnya boleh menggantikan gula.

Ia dikatakan boleh menggantikan gula untuk pesakit kencing manis, kerana kemanisan daunya tidak mempunyai kandungan kolestrol dalam molekul kimianya.

Tumbuhan ini berketinggian 1/2-1 kaki ianya tunbuhan renek dan dikenali sebagai tubuhan penutup bumi, jika sekali pandang tanpa bunga ia lebih kurang seperti pokok Misai Kucing.

Daunnya berbentuk bujur manakala batangnya lembut, halus dan bergerutu. Ia boleh membesar setinggi satu meter manakala bunganya kecil berwarna putih menyerupai bunga aster, cuma saiznya lebih kecil.





















Bunganya berwarna putih keungguan, dan bersaiz kecil, ia akn kembang dihujung tangkal pokok dan mengeluarkan 6-7 kuntum sahaja pada setiap tangkal.

Stevia adalah satu daripada 240 nama sainstifiknya Stevia rebaudiana, spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Justeru, stevia menghasilkan biji benih apabila matang.

Pokok ini boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga jarang dibiakkan dengan cara itu. Maka, pembiakannya selalunya menggunakan keratan batang.

Stevia berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah, ada yang menyatakan ia berasal dari Paraguay. Ia mula ditemui oleh seorang botani dan fizik Spanish iaitu Pedro Jaime Esteve, dan beliau telah meletakkan nama tumbuhan tersebut dengan menggunakan nama akhir beliau.

Selain untuk landskap, stevia digunakan secara meluas sebagai pemanis. Namun, stevia yang biasa digunakan sebagai pemanis ialah daripada spesies rebaudiana.

Ia mula digunakan kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun lalu sebagai pemanis teh herba dan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.

Di Eropah, kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari pada kurun ke-16 dan ia kemudian dibawa ke Asia. Kajian mengenai tumbuhan ini dimulakan pada awal kurun ke-19 apabila pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan secawan teh herba yang kelat.

Pakar botani Paraguay, Moises S Bertoni banyak menulis mengenai tumbuhan ini sehingga ramai yang tahu keunikan dan kelebihannya,

Uniknya, stevia adalah pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya dikatakan 300 kali lebih manis daripada gula biasa. Kajian mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tidak mengandungi toksid.

Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel dan tidak memberi kesan terhadap kesuburan, namun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan stevia.

Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.

Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan alternatif atau tambahan untuk pesakit darah tinggi.

Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid dalam stevia mendapati steviol tidak menghasilkan glukos, bermakna ia baik untuk pengidap diabetes.

Pengkaji Denmark mendapati hipoglisemik in vitro yang dilakukan steviosid dan steviol berupaya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi ejen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.

Ada pendapat menyatakan stevia juga digunakan sebagai tonik untuk jantung dan berfungsi menstabilkan tekanan darah serta degupan jantung.

Kini, berjuta-juta orang di Brazil dan Jepun menggunakan stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semula jadi, malah menjadi perisa makanan diluluskan sejak 20 tahun lalu.

Penduduk Jepun adalah pengguna paling besar menggunakan stevia untuk memaniskan hampir semua produk makanan termasuk jeruk, minuman ringan dan coklat.

Malah, dilaporkan syarikat pengeluar minuman seperti Coca Cola menggunakan ekstrak stevia sebagai gantian kepada NutaSweet dan sakarin untuk produk mereka yang dipasarkan di Jepun, Brazil dan Kanada.

Di Amerika Syarikat, stevia menjadi bahan larangan yang tidak boleh digunakan terhadap produk makanan. Ini mungkin kerana monopoli pengeluar pemanis tanpa kalori sintetik yang terdapat di sana.

Cara Penanaman

Tumbuhan ini perlu ditanam dengan menggunakan tanah kompos, tanah campuran bukan tanah liat yang menakung air, akan tetapi ia masih perlukan tanah yang sedikit lembab.

Stevia boleh ditanam menggunakan benihnya atau pun dipangkas dan cucuk dalam polybag.
Jarak tanaman ialah 10-12 inci sesama pohon, dan sama juga dengan batas tanaman, ia perlu ditanam dalam bentuk "Zigzag" atau silang antara satu batas dan yang lainnya

Stevia memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi serta perlu disiram dua kali sehari dalam cuaca panas atau pada peringkat awal tanaman.

Jika suhu cuaca terlalu panas, maka digalakkan meletak selapis sabut kelapa dibahagian atas tanah mengelilingi pokok, dan membuat bumbung netting agar dapat mempercepatkan pertumbuhan.

Pokok ini akan cepat kering dan mati jika kekurangan air.

Pembajaan adalah digalakkan untuk menggunakan baja organik,kerana tumbuhan ini sejenis tumbuhan herba.

Dos yang biasa digunakan dan dicadangkan untuk penggunaan stevia ini ialah 1/4 sudu makan. Daunnya yang dihancurkan digunakan untuk menggantikan 1 sudu makan gula biasa.

Antara ciri-ciri kebaikan stevia ialah:

Pemanis semula jadi
Menurunkan kadar gula dalam darah
Melawaskan kencing
Menurunkan tekanan darah
Membunuh bakteria
Membunuh kulat
Membunuh virus
Mengurangkan keradangan
Membantu menurunkan berat badan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...