Thursday, November 18, 2010

Info Rumpai Laut
















PENGENALAN

Kehidupan manusia pada amnya mempunyai pertalian rapat dengan aktiviti pertanian. Kehadiran sebarang tumbuhan yang boleh menjejaskan penghasilan pertanian akan dikategorikan sebagai rumpai. Di ekosistem daratan misalnya, rumput dan lalang mempunyai peranan dalam ekosistem. Namun disebabkan tumbuhan ini mampu mengurangkan basil pertanian manusia, maka tumbuhan ini ditakrifkan sebagai rumpai. Ini memandangkan rumput dan lalang bersaing dengan tanaman pertanian untuk ruang serta baja dan ini merencat pertumbuhan tanaman pertanian.

Di lautan terdapat satu flora yang turut dikategorikan sebagai rumpai oleh manusia. Flora ini ialah tumbuhan tak vaskular daripada kumpulan alga. Kehadirannya yang begitu banyak di pesisir pantai telah menyebabkan manusia menggolongkannya sebagai rumpai laut, walaupun tumbuhan ini tidak menjejaskan sebarang aktiviti pertanian. Ada kalanya rumpai laut ini dijumpai terapung-apung di permukaan laut sehingga kelihatan seperti pulau-pulau kecil.
Sekali imbas, tumbuhan ini tidak mempunyai sebarang fungsi. Malah kehadirannya menimbulkan masalah kepada manusia. Flora lautan ini akan dihanyutkan ombak dan berkumpul di pantai. Kehadirannya yang banyak di gigi air memburukkan pemandangan. Tumbuhan ini kemudiannya mereput dan meninggalkan kesan busuk di persekitaran.

Dilihat daripada masalah yang ditimbulkannya, maka tumbuhan ini sangat menepati pengertian rumpai yang diketahui umum.
Pengertian rumpai secara negatif timbul apabila sesuatu tumbuhan itu wujud dengan banyak dan seterusnya menjejaskan kesejahteraan manusia sama ada secara langsung atau tidak langsung. Jika diteliti secara lebih mendalam, rumpai ini bukan sahaja penting malah perlu untuk kemandirian sesuatu ekosistem. Bersama-sama komuniti fitoplankton, rumpai laut merupakan penghasil primer di ekosistem samudera. Rumpai laut membentuk hutan belantara di dasar laut. Melalui proses fotosintesis, tumbuhan ini membentuk asas kepada jaringan makanan.

Hidupan laut sangat bergantung secara langsung atau tidak langsung pada bahan organik yang dihasilkan oleh tumbuhan ini.

Persekitaran samudera dikuasai sepenuhnya oleh kumpulan alga. Alga membentuk hampir 94% daripada keseluruhan spesies tumbuhan yang ditemui di laut. Tumbuhan tinggi, yang merupakan kumpulan yang dominan di ekosistem daratan, hanya membentuk 0.5% daripada keseluruhan spesies tumbuhan samudera. Tumbuhan ini
diwakili oleh lebih kurang 50 spesies tumbuhan monokot yang dikenali sebagai rumput laut.

Briofit dan pteridofit tidak mempunyai wakil di persekitaran samudera, Kulat dan liken pula diwakili oleh lebih kuran 500 spesies dan 15 spegsies masing-masing di persekitaran samudera.

Secara teknikal, rumpai laut boleh ditakrifkan sebagai alga samudera daripada divisi Chlorophyta, Phaeophyta dan Rhodophyta yang bersifat makroskopik. Jasadnya atau talus jelas dilihat dengan mata kasar. Pada amnya kita tidaklah perlu menggunakan mikroskop untuk mengecam flora ini sekurang-kurangnya kepada peringkat genus. Di persekitaran samudera, alga merah (Rhodophyta) mempunyai ahli yang terbesar, dianggar terdapat lebih kurang 2500 spesies alga merah.

Ini diikuti pula oleh alga perang (Phaeophyta) yang diwakili oleh lebih kurang 1000 spesies. Walaupun terdapat lebih daripada 7000 spesies alga hijau (Chlorophyta), namun sebahagian besarnya ditemui di persekitaran air tawar. Di laut hanya terdapat 900 spesies alga hijau.
Rumpai laut sangat pelbagai.

Flora ini melihat kerencaman bukan sahaja dari segi saiz dan bentuk malah dari segi warna. Satu perkara yang nyata ialah sebahagian besar rumpai laut bersifat melekap, mencengkam kuat pada substrat dengan bantuan organ pelekap. Tumbuhan ini boleh hidup di atas pelbagai substrat seperti pasir. lumpur. batu. serpihan batu karang atau kerikil. Kadangkala rumpai laut boleh hidup secara epifit pada tumbuhan vaskular atau rumpai laut lain. Ada juga yang menggunakan tubuh haiwan (epizoik) sebagai tempat untuk hidup.

Walaupun sebahagian besar rumpai laut hidup secara bentik, namun terdapat juga tumbuhan ini yang menghabiskan sebahagian atau keseluruhan hidupnya terapung (pelagik). Beberapa spesies Sargassum tergolong dalam kumpulan ini. Di laut Sargasso, wujud kelompok Sargassum natan dan Sargassum fluitans pelagik yang banyak sebagai contoh:

Halimeda (alga hijau)


















Hypnea (alga merah)













Padina (alga perang)
















Sargassum (alga perang)















Bryopsis (alga hijau)















Caulerpa (alga hijau)















Pelbagai lagi bentuk dan warna rumpai laut yang boleh ditemui di perairan Malaysia, selami dan perhatikan penggunaannya yang berkhasiat dalam kehidupan manusia mahupun pertanian.

Thursday, October 21, 2010

Serangga Perosak 2

SERANGGA PEROSAK
Nama Biasa : Ulat Ratus / Cawai
Nama Inggeris : Army Worm
Nama Saintifik : Spodoptera Litura F
Famili : Noctuidea
Order : Lepidoptera

TANAMAN
Sayuran Krusifer / Cruciferae, cili, bendi, bayam, keledek, kekacang dan terung.

BAHAGIAN YANG DISERANG
Daun dan buah

KEROSAKAN
Larva pada peringkat Instar pertamamakan daun secara kelompok dan berselerak. Apabila meningkat ke peringkat Instar kedua dan seterusnya larva makan secara berasingan. Berupaya memusnahkan daun sayur-sayuran hingga tinggal rangka sahaja. Kadang kala menyerang dan memakan sayuran berbuah seperti cili dan kekacang.

BIOLOGI SERANGGA

Telur
Rama-rama dewasa bertelur diatas daun secara berkelompok. Selalunya telur di seliputi bulu-bulu perang yang halus dan pendek.

Larva
Badan larva berwarna hijau dan kepalanya berwarna keperangan. Saiznya kira-kira 9 mm panjang. Larva melalui 4 peringkat instar. tempoh tumbesaran dalam tempoh 12-13 hari di tanah tinggi dan 6-7 hari ditanah rendah.















Pupa
Pupa bewarna hijau dan bertukar menjadi kekuning-kuningan atau keperangan dalam masa 24 jam. Saiz pupa kira-kira 8 mm panjang. Ia di lindungi oleh kokun yang bewarna putih. jangka masa peringkat pupa ialah 7-8 hari di tanah tinggi dan 3-5 hari ditanah rendah.













Rama-rama Dewasa
Bersaiz kecil, berukuran 4.7-6.5 mm panjang dan bukaan kepak selebar 14-17 mm. Kepak hadapan bewarna perang kelabu dengan corak kuning seperti ketulan intan. Purata jangka hayat rama-rama jantan ialah 17.5 hari dan 15.4 hari bagi rama-rama betina.
















KITARAN HIDUP
25-30 hari di tanah tinggi
12-15 hari ditanah rendah.

KAWALAN
Kawalan secara pengurusan perosak bersepadu (PPB). Kawalan dilakukan apabila bilangan larva melebihi aras ambang ekonomi (7 ekor sepokok) dan peratus parasitisme kurang daripada 40%
Musuh semula jadi perosak ini yang dapat membantu mengurangkan bilangan plutella diladang ialah parasit Cotesia plutellae Kurdj dan parasit Diadegma semiclausum Horstmann.
Racun perosak biologi seperti Bacillus thuringiensis boleh digunakan. Keberkesananya bergantung pada jenis (Strain) dan kaedah penyelengaraannya (termasuk penyimpanannya).
Langkah kawalan selanjutnya ialah dengan menggunakan racun seranga. Ia digunakan apabila perlu sahaja. Diantara racun serangga yang berkesan ialah avermectin (7 hst), fipronil (7 hst), diflubenzuran (5 hst), profenofos (10 hst), prothiophos (7 hst) dan deltamethrin (5 hst).















MAKLUMAT TAMBAHAN
S. litura dahulunya dikenali sebagai Prodenia litura. Selain S. litura, terdapat 4 lagi spesies Spodoptera iaitu S. Picta, S. pacten, S. Exigua dan S. mauritia. kesemuanya menyerang sayur-sayuran kecuali S. Mautiria

Serangga Perosak


SERANGGA PEROSAK
Nama Biasa : Rama-rama Intan
Nama Inggeris : Diamondback Moth
Nama Saintifik : Plutella xylostella
Famili : Yponomeutidea
Order : Lepidoptera

TANAMAN
Sayuran Krusifer / Cruciferae

BAHAGIAN YANG DISERANG
Daun

KEROSAKAN
Larva mengikis dan memakan epidermis daun. Akibatnya daun menjadi lut sinar dan berlubang-lubang sehingga tinggal rangka. Serangan yang teruk boleh membunuh pokok yang muda. Serangan boleh bermula dari tapak semaian, terutamanya di tapak semaian terbuka.

BIOLOGI SERANGGA













Telur
Serangga dewasa selalunya bertelur sebiji-sebiji atau berkelompok dibawah permukaan daun. Telur berwarna kekuning-kuningan, berbentuk bujur dan berukuran 0.6 x 0.3 mm. Menetas dalam masa 6-7 hari di tanah tinggi dan 2-3 hari ditanah rendah.














Larva
Badan larva berwarna hijau dan kepalanya berwarna keperangan. Saiznya kira-kira 9 mm panjang. Larva melalui 4 peringkat instar. tempoh tumbesaran dalam tempoh 12-13 hari di tanah tinggi dan 6-7 hari ditanah rendah.















Pupa
Pupa bewarna hijau dan bertukar menjadi kekuning-kuningan atau keperangan dalam masa 24 jam. Saiz pupa kira-kira 8 mm panjang. Ia di lindungi oleh kokun yang bewarna putih. jangka masa peringkat pupa ialah 7-8 hari di tanah tinggi dan 3-5 hari ditanah rendah.

























Rama-rama Dewasa
Bersaiz kecil, berukuran 4.7-6.5 mm panjang dan bukaan kepak selebar 14-17 mm. Kepak hadapan bewarna perang kelabu dengan corak kuning seperti ketulan intan. Purata jangka hayat rama-rama jantan ialah 17.5 hari dan 15.4 hari bagi rama-rama betina.

KITARAN HIDUP
25-30 hari di tanah tinggi
12-15 hari ditanah rendah.

KAWALAN
Kawalan secara pengurusan perosak bersepadu (PPB). Kawalan dilakukan apabila bilangan larva melebihi aras ambang ekonomi (7 ekor sepokok) dan peratus parasitisme kurang daripada 40%
Musuh semula jadi perosak ini yang dapat membantu mengurangkan bilangan plutella diladang ialah parasit Cotesia plutellae Kurdj dan parasit Diadegma semiclausum Horstmann.
Racun perosak biologi seperti Bacillus thuringiensis boleh digunakan. Keberkesananya bergantung pada jenis (Strain) dan kaedah penyelengaraannya (termasuk penyimpanannya).
Langkah kawalan selanjutnya ialah dengan menggunakan racun seranga. Ia digunakan apabila perlu sahaja. Diantara racun serangga yang berkesan ialah avermectin (7 hst), fipronil (7 hst), diflubenzuran (5 hst), profenofos (10 hst), prothiophos (7 hst) dan deltamethrin (5 hst).



















MAKLUMAT TAMBAHAN
Jangka masa kitarana hidup rama-rama ini lebih singkat di kawasan tanah rendah berbanding kawasan tanah tinggi.

Sayur-sayuran Terpilih

Famili Jenis Sayuran Varieti

Sunday, October 3, 2010

Kami Boleh Tolong!!!!















Mungkin Anda ada "IDEA" untuk menghasilkan baja semburan anda sendiri, tapi tidak dapat lakukan kerana kurang pengalaman, JANGAN RISAU...!!!

Disini kami menyediakan perhidmatan membancuh baja bagi produk anda sendiri...

Apa yang anda perlu lakukan ialah, anda cuma perlu sediakan Packaging dan Sticker anda sendiri dan kami akan menyediakan semua bahan mentah mentah untuk bancuhan, anda juga boleh menggunakan formula anda sendiri atau pun kami.

Hubungi Kami Untuk keterangan Lanjut
Inangmesra_ent@yahoo.com

Thursday, September 9, 2010

Selam Kemaafan Sambil Beraya












Ada ketika mata silap memandang,
Telinga salah mendengar, Lidah terlanjur berkata, Fikiran khilaf menafsir, Dan hati silap menduga, Mohon maaf atas segalanya,, Salam Syawal ducapkan buat semua penggunjung blog......

Sunday, August 22, 2010

Selamat Beramal Dalam Berpuasa


Syekh Shaduq R.A meriwayatkan dari imam dengan sanad muktabar, dari kakek-kakek beliau, dari Syaidina Ali bin Abi Thalib R.A, bahawa Rasulullah S.A.W berkhotbah seperti berikut,
" Wahai manusia! Bulan Allah telah mendatangkan kalian dengan membawa berkah, rahmat dan ampunan. Inilah sebaik-baik bulan disisi Allah. Hari-hari di bulan ini adalah hari-hari yang paling utama! Malam-malam di bulan ini adalah malam-malam yang paling utama! Waktu-waktu di bulan ini adalah waktu-waktu yang paling utama!. Kalian telah diundang untuk menghadiri jamuan Allah paling utama. Di bulan ini kalian dijadikan orang-orang yang berhak mendapatkan kurniaan Allah. Nafas-nafas kalian di bulan ini adalah tasbih, tidur kalian adalah ibadah, setiap amalan kalian diterima, dan doa kalian dikabulkan. Maka, mohonlah kepada Allah, Tuhan kalian, dengan niat yang jujur dan kalbu yang bersih agar ia memberikan taufiq kepada kalian untuk menjalankan puasa dan membaca kitabnya. Orang yang celaka ialah orang yang terhalangi dari ampunan Allah pada bulan yang agung ini! ingatlah rasa lapar dan dahaga kalian pada bulan ini agar tidak merasa dahaga dan lapar di hari kiamat! Bersedekahlah pada orang-orang fakir dan miskin! Hormatilah orang-orang yang lebih tua! Kasihanilah anak-anak yang kecil! Sambunglah silaturrahmi kalian! Jagalah lidah kalian! Jagalah mata kalian agar tidak terlihat apa pun yang terlarang! Jagalah telinga kalian agar tidak mendengar sesuatu yang tidak diperbolehkan! Berbelas kasihanlah kepada anak-anak yatim agar Allah berbelas kasih kepada kalian! Bertaubatlah kepadanya dari dosa-dosa kalian! Angkatlah tangan kalian untuk berdoa diwaktu shalat kalian, kerana waktu-waktu itu adalah waktu yang paling utama!
Allah akan menyaksikan hamba-hambanya dengan rahmat, menjawab mereka jika bermunajat kepada- Nya, memenuhi (panggilan) mereka jika memanggil-Nya, dan mengabulkan doa mereka jika memohon kepada-Nya! "

" Wahai manusia! Sesungguhnya diri kalian terikat oleh amal-amal kalian! bebaskanlah diri kalian dengan istihgfar! pundak (bahu) kalian yang dibebani oleh dosa-dosa, ringankanlah dengan lamanya sujud. Ketahuilah bahawa Allah S.W.T telah bersumpah demi kemuliaan-Nya untuk tidak menyiksa orang-orang melakukan shalat dan bersujud, dan tidak mengancam mereka dengan api neraka ketika semua manusia berdiri mengadap Tuhan Semesta Alam. "

" Wahai manusia! Sesiapa yang memberi makanan berbuka puasa kepada seorang mukmin yang sedang berpuasa pada bulan ini, pahala baginya adalan (setara dengan) membebaskan budak dan mendapatkan ampunan dosa-dosanya yang lalu. "

Salah seorang sahabat menyahut,
" Ya Rasulullah, tidak semua dari kami mampu untuk melakukan hal itu! "

Beliau bersabda,
" Cegahlah api neraka agar tidak menjilat diri kalian miskipun dengan sebutir kurma dan seteguk air! Kerana Allah S.W.T akan menganugerahkan pahala tersebut kepada orang yang beramal remeh jika tidak mampu berbuat lebih dari itu. "

" Wahai manusia! Sesiapa memperbaiki akhlaknya pada bulan ini, kelak akan melintas shirath (dengan mudah), Ketika semua kaki tergelincir pada waktu itu! Sesiapa yang meringgankan beban hamba sehayanya pada bulan ini, maka Allah akan memperingankan hisab baginya. Sesiapa mencegah perbuatan buruk, Allah akan mencegah murka darinya disaat pertemuan dengan-Nya. Sesiapa menghormati seorang anak yatim, maka Allah menghormatinya ketika berjumpa dengan-Nya. Sesiapa menyambung silaturahmi pada bulan ini, maka Allah akan megucurkan rahmat ketika ia bertemu dengan-Nya. Sesiapa yang melakukan shalat sunah pada bulan ini, maka Allah akan menetapkannya sebagai insan yang bebas dari api neraka. Sesiapa menjalankan kewajiban pada bulan ini, niscaya ia akan mendapat pahala orang melaksanakan tujuh puluh kewajiban di bulan yang lain. Sesiapa yang memperbanyakkan shalawat kepadaku pada bulan ini, maka Allah akan memperberatkan timbangannya (baiknya) ketika semua timbangan menjadi ringan. Sesiapa membaca satu ayat al-Quran pada bulan ini, ia mendapat pahala seperti pahala orang yang menghatamkan al-Quran di bulan selainnya! "

" Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu syurga terbuka pada bulan ini, maka memohonlah kepada Allah, Tuhan kalian agar tidak menutupnya dan pintu-pintu neraka tertutup, maka mintalah kepada Tuhan kalian agar tidak membukanya, dan tangan-tangan setan terbelenggu, maka mohonlah kepada Tuhan kalian agar ia tidak menguasai kalian! "

Sumber : Mafatihul Jinan (Kunci Syurga)

Wednesday, March 17, 2010

Keterangan Simtom Nutrien

Nitrogen (N)

Unsur N adalah mobil (mobile) iaitu mudah dipindahkan (translocated) dari bahagian daun yang tua kedaun yang muda.

Daun-daun muda pada keseluruhan pokok akan mengalami klorosis dimana keseluruhan helaidaun menjadi kuning, termasuk uratnya sekali. Pada peringkat yang teruk, Nekrosis berwarna perang kehitaman.

Tanaman yang mengalami kekurangan Nitrogen akan terbantut tumbesarannya. Saiz daun pada keseluruhannya akan menjadi kecil.

Fosforus (P)

Unsur P juga agak mobil dan mudah dipindahkan dari tisui tua ke tisu muda.

Warna daun menjadi hijau tua dan seterusnya menjadi warna kemerahan atau ungu. Warna ini kelihatan pada bahagian belakang permukaan helai daun. Tanda terbakar (burning) seterusnya akan kelihatan pada margin daun.

Tumbesaran keseluruhan tanaman akan terbantut.

Kalium (K)

Simtom kekurangan kalium akan mula dilihat pada daun-daun tua. Ini kerana unsur K adalah mobil dan ianya mudah dipindahkan dari daun tua ke daun muda.

Simtom utama yang akan kelihatan ialah kesan terbakar pada hujung dan tepi daun. Pada musim kemarau simtom ini sangat jelas. Kekeringan pada tisu akan merebak mulai dari tepi memasuki ke bahagian tengah daun, walau bagaimanapun tisu-tisu berdekatan dengan urat-urat utama daun masih kelihatan hijau.

Pada tanaman kelapa sawit dan kelapa, tompok-tompok berwarna oren jelas kelihatan pada daun.

Bahagian tepi daun akan melengkung kebawah. Ini kerana kekurangan kalium akan menyebabkan tekanan osmitik sel-sel motor (osmotic pressure of motor cells) menjadi tidak seimbang.

Kalsium (Ca)

Unsur Kalsium (Ca) adalah kurang mobil, oleh yang demikian simtom kekurangan akan dapat dilihat hanya pada bahagian matatunas dan daun-daun muda.

Tisu-tisu yang terlibat menjadi warna keputihan dan seterusnya menjadi nekrotik.

Daun-daun muda yang terbentuk juga akan berkedut.

Berbanding dengan kekurangan Kalium, simtom bagi kekurangan Kalsuim ialah kejadian nekrosis hanya pada bahagian tepi daun

Magnesium (Mg)

Simtom kekurangan magnesium biasanya akan kelihatan pada daun-daun tua kerana unsur Mg adalah amat mobil.

Simtom yang akan kelihatan ialah kejadian klorosis di antara urat-urat daun terutamanya pada daun yang terdedah kepada cahaya matahari terik. Tetapi urat-urat daun masih berwarna hijau. Pada keadaan yang teruk, warna daun akan menjadi oren tua.

Daun yang terlindung dari matahari pula tidak menunjukkan kesan klorosis. Keadaan ini tidak berlaku pada kekurangan nitrogen dan ini membezakan simtom kekurangan magnesium dengan nitrigen

Berbanding dengan simtiom kekurangan kalium, daun yang mengalami kekurangan magnesium akan melentik ke atas.

Mangan (Mn)

Simtom kekurangan mangan menunjukkan kejadian klorosis di antara urat-urat daun, hampir serupa dengan kekurangan Magnesium. tetapi ianya akan bermula pada daun yang muda kerana unsur Mn adalah tidak mobil.

Kejadian klorosis di antara urat daun akan lebih jelas kelihatan berbanding dengan kesan kekurangan magnesium.

Berbanding dengan kekurangan ferrum pula, kekurangan mangan akan menunjukkan nekrotik atau bintik -bintik berwarna perang kehitaman.

Sulfur (S)

Unsur S adalah kurang mobil. Simtom kekurangan hampir serupa dengan kekurangan nitrogen, tetapi ianya mula kelihatan pada bahagian sebelah atas tanaman.

Daun berwarna oren kekuningan, berbanding dengan kekurangan ferum yang lebih kepada warna keputihan.

Pertumbuhan tanaman juga akan terbantut.

Zink (Zn)

Simtom kekurangan Zn bermula pada daun-daun yang muda. Daun mengalami klorosis, bersaiz kecil dan tirus memanjang. pada peringkat teruk, bintik-bintik keputihan akan kelihatan pada urat daun.

Tanaman yang beruas akan kelihatan terbantut kerana ruas-ruasnya menjadi lebih pendek.

Ferum (Fe)

Simtom kekurangan Fe akan mula kelihatan pada daun-daun muda kerana unsur Fe adalah tidak mobil.

Berbeza dengan kekurangan mangan, keseluruhan bahagian daun menjadi kuning keputihan. Warna hijau urat-urat kecil daun akan hilang.

Boron (B)

Seperti kalsium unsur B adalah tidak mobil. Ini menyebabkan simtom kekurangan akan mula kelihatan pada bahagian matatunas dan daun-daun muda.

Daun-daun muda menjadi berkedut dan rapuh. Pada tanaman kelapa sawit, ianya sering dikaitkan dengan kejadian daun bercangkuk (hooked leaf) atau jalur putih (white stripe). Tisu-tisu yang terlibat bertukar menjadi putih dan seterusnya menjadi nekrotik.

Kuprum (Cu)

Simtom kekurangan berlaku pada bahagian pucuk. Daun-daun muda menjadi klorotik dan akhirnya luruh. Daun mengulung dan membentuk roset. Kejadian ini sering berlaku pada tanah gambut.

Molibdenum (Mo)

Simtom kekurangan seakan kekurangan nitrogen. Daun bertukar menjadi warna kuning, menggulung dan kelihatan terbakar.

Matatunas akan mati. Daun-daun baru yang terbentuk pula menjadi cacat.

Klorin (CI)

Tanaman akan menghadapi kekurangan klorin akan menjadi layu. Nekrotik berwarna gangsa akan dapat dilihat dengan jelas pada daun-daun tanaman.

Sunday, March 14, 2010

Simtom Kekurangan Nutrein Pada Tumbuhan

Penunjuk Simtom Kekurangan Nutrien

Penunjuk yang disediakan ini adalah hasil kajian Drs. J. T. Wooley dan T. C. Broyer (Plant physiol.32.pp.148-151, 1957). Untuk menggunakannya, pastikan dahulu sama ada simtom yang berlaku kelihatan pada daun muda (A1) atau pada daun tua (A2). Kemudian ikutilah arah panduan sehingga nutrien yang berkenaan dapat dikenalpasti.
















Rajah 1 : Panduan menggunakan penunjuk simtom nutrien bagi tanaman.


A1 SIMPTON KEKURANGAN MULA KELIHATAN PADA DAUN MUDA ATAUPUN IANYA BERLAKU TERUK PADA DAUN MUDA

B1 Klorosis (hilang warna hijau daun) diantara urat-urat daun yang muda. (maju ke C1 atau C2).

C1 Bintik-bintik perang kehitaman bersebelahan urat daun Urat-urat yang kecil masih berwarna hijau. Pada daun yang tua, bintik nekrotik (matinya tisu-tisu) warna perang berukuran 2-4mm mungkin kelihatan diantara urat daun berhampiran urat utama. [Mangan (Mn)]

C2 Tiada bintik perang kehitaman. Urat-urat yang kecil, hilang warna hijaunya. Kejadian nekrotik jika ada, boleh berlaku pada mana-mana bahagian namina daun. [ ferum (fe)]

B2 Tiada Klorosis diantara urat-urat yang muda.(maju ke D1 atau D2)

D1 Warna ungu kelihatan pada permukaan belakang daun muda, meliputi yrat daun dan juga di antara urat-urat daun. Permukaan depan daun muda berwarna hijau tua. Saiz daun lebih kecil dan ia melengkung ke bawah. Daun-daun tua mungkin menunjukkan sedikit klorosis atai nokrosis di antara urat daun. [Fosforus (P)]

D2 TiadaWarna ungu dipermukaan belakang daun yang muda. Permukaan depan sering menampakkan kejadian klorosis pada bahagian tengah menghala ke pangkal daun. Tumbesaran terbantut, Nekrosis di antara urat daun sering kelihatan pada bahagian pangkal daun-daun muda. (Maju ke E1 atau E2).

E1 Tisu menjadi rapuh, terutamanya semasa kekurangan air. Nrkrosisberlaku pada tisu muda. Jika tisu ini membesar, daun yang terbentuk berkudut. [Boron (B)].

E2 Tisu menjadi lembut dan lembik walaupun menghadapi masaalah kekurangan air. DAun yang terbentuk akan menjadi tirus dan melengkung ke bawah, tetapi tidak banyak kejadian daun terputar (twisting). [Kalsium (Ca)].

A2 SIMTOM KEKURANGAN KELIHATAN HAMPIR KESELURUHAN BAHAGIAN TANAMAN ATAU BERLAKU TERUK PADA DAUN TUA ATAU PADA DAUN YANG BARU MATANG.

F1 Kejadian Klorosis diantara urat daun, kemungkinan bintik-bintik sederhana (mild mottling) akan kelihatan. (Maju ke G1 atau G2).

G1 Klorosis banyak berlaku pada daun-daun tua (Maju ke H1 atau H2).

H1 Kejadian Klorosis dia antara urat daun adalah jelas. Urat utama daun tetap berwarna hijau. Tanaman biasanya tidak berkeadaan tirus dan memanjang. (Maju ke I1 atau I2).

I1 Klorosis adalah tanda pertama yang akan kelihatan. Pada keadaan yang teruk, daun akan melentik ke atas.

J1 Bintik Nekrotik yang terbenam (sunken) seakan bersinar jika dilihat dari bahgian belakang daun . Daun berwarna kuning cerah atau oren. [Magnesium (Mg)].

J2 Nekrosis akan kelihatan ekoran kejadian kekeringan di antara urat-urat daun dan seterusnya merebak ke tisu-tisu yang lain. Daun yang mengalami masaalah Klorosis ini, tidak mempunyai warna cerah. [Molibdenum (Mo)].

I2 Klorosis bukan tanda pertama yang akan kelihatan. Hujung daun tidak melentik ke atas. (Maju ke K1 atau K2)

K1 Nekrosis pada hujung dan tepi daun yang tua. ianya kelihatan seperti terbakar. Daun tua atau yang baru matang mungkin menampakkan kejadian Klorosis di antaraurat daun. Bintik Nekrotik berwarna perang kehitaman kadangkalakelihatan diantara urat daun.Tiada kejadian kelembapan (guttation) atau terendam air(water soaking) pada tusi-tisu tanaman. [Kalium (K)]

K2 Tiada kejadian nekrosis pada hujung dan tepi daun. Jika tanaman menghadapi masalah kekurangan nutrien yang teruk, hanya daun yang tua sahaja menunjukkan klorosis. Nekrosis kelihatan seperti bintik-bintik yang terbenam. Daun-daun kecil kadangkala menunjukkan bintik nekrotik berwarna kehitaman di antara urat daun. Semasa tanaman menghadapi masalah kekurangan air keadaan pelembapan yang berlebihan akan berlaku dan air yang terkumpul akan menyebabkan tisu menjadi lembut. [ Zink (Zn)].

H2 Kejadiaan Klorosis berlaku secara menyeluruh diamana urat-urat daun akan kehilangan warna hijau. tanaman pada kebiasaannya berkeadaan tirus dan memanjang. (Maju ke L1 atau L2).

L1 Urat-urat daun berwarna merah cerah. Petiol dan petiolul membengkuk (twisted). [Sulfur (S)]

L2 Urat-urat daun berwarna kuning atau mungkin seakan warna merah jambu. Petiol dan petiolul tidak berputar. [Nitrogen (N) ]

G2 Klorosis tidak banyak berlaku pada daun tua. Jika ada, ianya akan kelihatan seperti berbintik-bintik (mottling) di antara urat daun pada daun yang baru matang. Bintik kecil nekrotik berwarna perang kehitaman akan kelihatan pada daun muda atau daun yang matang. (Maju ke M1 atau M2 ).

M1 Nekrotik pada hujung dan tepi daun yang tua kelihatan seperti terbakar. Kemungkinan akan kelihatan klorosis antara urat daunpada daun tua atau yang baru matang. Bintik kecil nekrotik berwarna perang kehitaman mungkin akan kelihatan pada daun.[Kalium (K)].

M2 Nekrosis pada hujung atau tepi daun tidak kelihatan kecuali keseluruhan tanaman mengalami masalah kekurangan nutrien yang serius. Beberapa kesan Nekrotikdihujung daun seringkali akan kelihatan pada daun-daun muda dalam bentuk bintik-bintik kecil Nekrotik berwarna perang kehitaman, terutamanya bersebelahan urat utama daun. [Mangan(Mn)].

F2 Tiada Klorosis di antara urat daun. (Maju keN1 atau N2).

N1 Hujung dan tepi daun layu. Daun tudaik menunjukkan keadaan Perlembapan yang berlebihan. (Maju ke O1 atau O2).

O1 Bintik Nekrotik, Jika ada, mempunyai sempadan yang jelas dan ianya terbenam. Daun tua, melengkung ke atas kelihatan keras (stiff). Urat daun sering mengalami Klorosis. Petiol dan Petiolul membengkok ke bawah. [Kuprum (Cu)].

O2 Nekrosis berwarna gangsa tetapi tidak terbenam dan tiada sempadan yang jelas. Daun tua tidak melengkung keatas. Urat daun tidak mengalami Klorosis. Kejadian Petiol dan petiolul jatuh ke bawah tidak nampak ketara. [Klorin (CI)].

N2 Daun tidak menunjukkan keadaan layu yang serius, kecuali jika petiol mengalami Nekrosis. Jika layu tidak terhap pada bahagian hujung dan tepi daun. Keadaan pelembapan yang banyak dapat dilihat jika tanaman menghadapi masaalah kekurangan air. Ini sering diikuti dengan kejadian tusi menjadi lembik pada bahagian belakang daun. Nekrosis biasa dilihat seperti bintik-bintik bersaiz tidak menentu. [Zink (Zn)].

Nutrien Dalam Tanaman

Mobiliti Nutrien dalam tanaman.

Kedudukan daun pada tanaman yang menunjukan simtom tertentu boleh menjadi pekara penting untuk membantu mendiagnosis kekurangan nutrein. Kedudukannya boleh ditunjukkan seperti berikut:














Ketegori yang pertama (a) menunjukkan simtom kekurangan nutrein kelihatanpada bahagian daun tua. Simtom ini semakin berkurangan pada daun bahagian atas tanaman dan ini menunjukkan bahawa unsur yang terlibat adalah sangat mobil (mobile) iaitu ianya mudah dipindahkan ari bahagian tua ke bahagian muda. Kalium dan magnesium adalah contoh terbaik.

Sekiranya simtom kekurangan nutrien dilihat pada daun di bahagian atas atau pada daun muda seperti dalam ketegori kedua (b) ianya adalah disebabkan oleh kekurangan unsur yang tidak baik mobil (mobile) seperti kalium dan boron.

Bagi ketegori ketiga pula, simtom kekurangan nutrien kelihatan hampir sama pada bahagian daun tua dan muda (c). Ini berlaku bagi unsur yang mobil seperti nitrogen, fosforus atau sulfur.

Diagnosis Simtom Tanaman

Pekara-pekara Penting Yang Perlu Penelitian Sebelum Mendiagnosis Simtom Kekurangan Nutrin Bagi Tanaman

Perkara-perkara penting yang perlu penelitian mendiagnosis simpton kekurangan nutrien ialah penentuan sama ada simptom yang dilihat tidak disebabkan oleh serangan penyakit atau perosak tanaman. Pada amnya jika kejadian baru sahaja berlaku, kemungkinan ianya disebabkan oleh penyakit atau perosak. Khidmat pakar dalam bidang ini perlu diperolehi untuk pengesahan. Jika kejadian sudah agak lama berlaku dan melibatkan kawasan yang luas, maka mungkin ianya disebabkan oleh kekurangan nutrien.

Simptom kekurangan nutrien juga mungkin diperlihatkan dengan lebih jelas semasa musim kemarau. Jika keadaan ini berlaku, ianya mungkin disebabkan oleh kekurangan boron. Jika simpto ini berterusa dan semakin serius pada musim hujan, keracunan (toxicity) mangan mungkin penyebabnya. Tetapi jika sekiranya simpton kelihatan hanya selepas perubahan suhu yang ketara, maka ianya disebabkan kekurangan yang sementara bagi kalium atau kalsium.

Sikaranya kejadian hanya berlaku di kawasan tertentu sahaja, amalan pengerusan tanahnya perlu diselidiki termasuk jenis dan kadar baja yang digunakan. Ini adalah kerana pemberian sesuatu unsur yang berlebihan akan menyebabkan kekurangan unsur yang lain. Umpamanya, penggunaan kapur yang tinggi akan meningkatkan kedapatan molibdenum dalam tanah. Kandungan molibdenum yang tinggi pula akan mengurangkan kedapatan kuprum terutamanya pada tanah gambut. Begitu juga dengan kandungan kalium yang tinggi dalam tanah akan mengurangkan kedapatan magnesium.

Faktor keasidian tanah juga merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian. Ini kerana kedapatan sesuatu unsur nutrien mempunyai hubungan yang rapat dengan pH tanah seperti mana yang ditunjukkan pada rajah 1.

Seperkara penting lagi yang perlu penelitian ialah simpton terkena racun kimia atau baja mungkin sama dengan simpton kekurangan nutrien.

Keadaan persekitaran yang memberi halangan kepada pertumbuhan tanaman juga kadangkala menyebabkan kelihatan simpton yang boleh mengelirukan seperti daun terbakar di kawasan tanah berasid atau tanah masin, warna kekuningan ditanah yang menghadapi masalah saliran atau tanda terbakar disebabakan kejutan semasa menanam ( planting shock).














Rajah 1 : Pengaruh pH Keatas kepadatan Nutrien bagi tanaman.

Info Kompos

Pendahuluan

Kompos ialah sejenis baja organik yang diperbuat daripada sampah sarap, tumbuhan dan tinta haiwan. Kompos yang dibuat dengan cermat dan teratur boleh menjadikan tanah lebih subur serta meninggikan hasil tanaman. Unsur-unsur yang terdapat dalam kompos juga mudah diserap oleh tanaman.

Dinegeri yang berhawa panas, bahan organik mudah reput. Amalan dan pekerjaan pertanian yang dijalankan selalu mengakibatkan kehilangan unsur -unsur makanan dari dalam tanah. Tanah akan hilang kegemburan dan kurang kuasa pemegang airnya.

Kompos boleh diggunakan untuk menambahkan unsur-unsur makanan, menyubur dan menggemburkan tanah. Kompos juga menolong mengurangkan kekerasan tanah, meninggikan kuasa memegang air tanah dan memudahkan tanah dibajak.

Cara-cara Membuat Kompos

Bahan

Hasil kompos lebih baik jika lebih banyak bahan digunakan sebab terdapat lebih banyak unsur pekit (trace elements). Bahan yang digunakan termasuklah.

  • Sisa-sisa dapur
  • Baki tanaman seperti jagung, jerami, daun-daun keledek, rumput-rumpai dan kulit buah yang bebas dari penyakit.
  • Abu kayu
  • Darah Haiwan
  • Tanah atas (Top Soil)
  • Unsur Nitrogen yang sesuai seperti kompos lama, baja tinta haiwan, rumput-rumpai yang berlendir dan baja dangangan (misalnya Urea, Sulphate Of Ammonia)




















Bahan-bahan untuk kompos


Membuat Timbunan Kompos

  1. Gemburkan tapak yang dipilih dengan alatan pertanian. Ini akan memastikan saluran air yang sempurna dan pendedahan bahan kepada hidupan seni.
  2. Buatkan satu tapak penyokong timbunan untuk memastikan saluran air yang baik dan mengelakkan air bertakung. Guanakan empat batang kayu atau anda juga boleh membuat sangkar kayu untuk menyokong timbunan kompos. Bentuk timbunan yang sesuai ialah 3 x 3 kaki lebar dan kurang dari 5 kaki tinggi.
  3. Bakar dahulu semua bahan tanaman berpenyakit yang hendak digunakan.
  4. Gunakan bahan kasar seperti jagung sebagai bahan asas
  5. Selepas itu masukkan bahan-bahan lain selapis demi selapis. Taburkan atas (Top Soil) sekadar 2 - 5 % dan unsur nitrogen diatas tiap-tiap lapisan jerami, rumput kering atau lalang.
  6. Gunakan rumput kering atau bahan timbunan kering setebal 6 - 12 inci untuk timbunan diatas sekali. Lapisan ini akan menghalang air hujan masuk kedalam timbunan.


















Tapak dan rangka penyokong kompos















Membina timbunan selapis demi selapi

Timbunan boleh dibuat seberapa panjang yang dikehendaki. Seelok-eloknya elakkan membuat timbunan diair bertakung sebab ini boleh melambatkan pemreputan bahan (fermentation). Kawasan membina timbunan mesti ada lingkungan daripada panas matahari dan angin kuat untuk mengelakkan bahan kompos dari kekeringan.

Pengedaran udara diperlukan untuk pembinaan kompos yang sempurna. Didalam timbunan yang terlalu kecil hawa panasnya kekurangan untuk membunuh hama penyakit (Pathogens). Timbunan yang terlalu tinggi pula menyebabkan bahan-bahan terlalu pekat dan menghalangkan pengedaran udara.

Keadaan Ketika Pereputan Kompos

Hidupan seni akan mereputkan bahan timbunan sehingga menjadi unsur-unsur makanan yang senang diserap oleh tumbuhan. Kadar pereputan bergantung kepada populasi hidupan seni.

Pereputan boleh dipercepatkan dengan mencampurkan sedikit batu kapur hancur dengan tanah dan menaburkan campuran keatas tiap lapisan timbunan. Tujuan campuran kapur / tanah itu ialah untuk mengurangkan kemasaman didalam timbunan. kemasaman yang terlalu kuat boleh mencegah kegiatan hidupan seni.

Sekiranya bahan kompos mengandungi rumput, lalang atau jerami kering berlebihan dari bahan-bahan yang lain, tiada perubahan akan berlaku, kecuali jika ditambah dengan unsur nitrogen.

Kompos yang mengandungi terlalu banyak tanah tidak akan mempunyai hawa panas yang sesuai. Kompos yang mengandugi banyak baja haiwan, tanaman muda dan sampah sarap akan mempunyai hawa panas yang sesuai.

Didalam timbunan yang sempurna, hawa panasnya meningkat dari 140 oF ke 153 oF dalam masa dua ke tiga hari. Kenaikan hawa panas ini dapat menghapuskan segala biji benih, rumput rumpai serta ulat-ulat serangga dan telurnya. Didalam masa 3 - 4 minggu hawa panasnya akan turun pelahan-lahan. Pada masa inilah timbunan boleh digunakan untuk bahan penyangkup (Mulching). Pastikan penyangkup itu tidak terkena pada pokok tanaman.

Hawa panas didalam timbunan boleh diketahui dengan menggunakan sebatang tongkat kayu yang lincin, caranya cucukkan tongkat itu kedalam timbunan, biarkan disitu selama 10 - 15 minit sebelum dicabut keluar, jikalau kayu itu panas dan lembab, bererti proses pereputan itu sedang berlaku. Sekiranya kayu itu sejuk rombaklah timbunan itu, balik-balikkan isi dan bina semula.

Tempoh Proses Pereputan Kompos

Timbunan kompos mestilah dibalik-balikkan supaya semua bahan bercampur aduk dan reput dengan sempurna untuk menjadi kompos. Balikkan timbunan selepas 6 - 12 minggu. ini bertujuan memusnahkan benih rumpai dan juga memendekan masa pereputan bahan kompos. WArna kompos akan menjadi kehitam-hitaman dan keadaan rapoh. Kompos tersebut bolehlah digunakan membaja tapak semaian atau batas tanaman sayur-sayuran. Bahan yang diluar timbunanboleh digunakan sebagai penyungkap ataupun dicampur semula dengan timbunan yang baru.

Kadar Penggunaan Kompos

Kompos bolehlah digunakan sebanyak 1 paun untuk 1 kaki persegi luas tanah(iaitu sebanyak15 hingga 20 tan pada seekar). Seelok-eloknya gunakanlah campuran tanah dengan komposmenjadikan tanah disekeliling pokok lebih subur. Gunakanlah kompos yang sempurna sahaja bila membaja pokok sayur-sayuran.

Saturday, March 13, 2010

Pengurusan Makhluk Perosak Kelapa

Kawalan Perosak Serangga

Serangan perosak serangga adalah mustahak didalam menggurangkan hasil tanaman. Serangan yang teruk boleh menyebabkan pokok berbuah kecil, tidak lansung mengeluarkan hasil atau boleh menyebabkan kematian tanaman. Perosak-perosak serangga yang penting bagi tanaman kelapa adalah seperti berikut.

Jenis SeranganBahagian Diserang / SimtomSyor Kawalan
1 . Kumbang Tanduk (Orycetes Rhinocerous)


Kumbang dewasa berwarna hitam dan mempunyai stuktur sumbu diatas kepalanya. Serangga dewasa menyebabkan kerosakan dengan mengorek kedalam pucuk dan memakan tisu-tisu lembut kelapa. Apabila pelepah membesar, daun kelapa akan membentuk seakan-akan kipas. Serangan yang teruk menyebabkan air bertakung didalam lubang yang dikorek. Pucuk akan reput dan musnah dan ini mendedahkan pucuk kepada seranggan larva Kumbang Jalur Merah.

Kumbang tanduk dewasa bertelur didalam batang kelapa yang reput, bahan organik ataupun sampah sarap. Larva yang dikenali sebagai Grub kembang tanduk akan hidup pada bahan yang reput ini sehingga menjadi pupa.

Kawalan Kultura

Semua batang kelapa yang telah ditebang atau tumbang sendiri perlu dipotong kecil-kecil dan dibakar, ini bertujuan menghapuskan tempat pembiakan Kumbang Tanduk Diladang.

Kawalan Kimia

Bagi pokok kelapa yang masih kecil, letakkan 1 -2 biji "moth ball", 3 - 4 butiran racun carbofuran di pelepah muda bagi mengurangkan serangan kumbang tanduk.
2 . Kumbang Jalur Merah (Rynchophorus Schach)

Kumbang dewasa mempunyai kepak berwarna hitam. Lorek hitam dengan jalur-jalur merah. Dewasa betina bertelur ditepi lubang yang dikorek oleh Kumbang Tanduk, bahagian luka ataupun pada pucuk pokok yang lemah. Larva yang dikenali sebagai Grub memakan pucuk sehingga boleh menyebabkan pokok mati.

Suntik batang kelapa dengan racun monocrotophos atau methamidophos sebanyak 5 - 10 ml/pokok. Bagi pokok kelapa yang masih kecil, letakkan 3 - 4 butiran carbofuran pada lubang dipucuk pokok bagi membunuh serangga ini
3 . Rama-rama Artona (Artona Catoxantha)

Dewasa berwarna perang dan hujung kepak berwarna kuning. dewasa betina bertelur dibawah daun dan larva yang menetas berwarna hijau kekuningan dan berbulu. Larva memakan daun kelapa daripada bawah dan meninggalkan kesan makan yang berjalur-jalur diatas daun. Daun yang teruk diserang akan kelihatan seperti terbakar.

Dalam keadaan biasa perosak ini dikawal oleh musuh semula jadi yang menyerang larvanya. Hujan lebat semasa serangan berlaku mengawal perosak ini menjatuhkan larva ke tanah.

Jika serangan serius berlaku musim kering, kawal secara suntikan batang dengan racun monocrotophos (azordin) atau metamidophos (tamaron) pada kadar 5 - 10 m/pokok. Jika larva hampir membentuk pupa, tidak disyorkan suntukkan batang kerana kawalan tidak akan berkesan

4. Ulat beluncas ( Setora Nitens)

Dewasa berwarna perang dan bertelor dibawah daun kelapa. Larva berwarna hijau kekuningan dengan jalur-jalur unggu dan terdapat lapan unjuran (appendages) ditepi badannya. Terdapat dua unjuran yang lebih besar dikepala dan ekor larva. Larva memakan daun daripada tepi ataupun tengah sehingga tembus dan meninggalkan bentuk bergerigi pada daun. Dewasa tidak merosakkan pokok kelapa.

Kawal secara suntikan batang, gunakan racun monocrotophos (azordin) atau metamidophos (tamaron) pada kadar 5 - 10 m/pokok.
5 . Rama-rama Haidari (Hidari Irava)

Dewasa berwarna perang dengan empat titik kuning ditengah-tengah kepak. Larva berwarna hijau kekuningan dengan kepala berwarna coklat. Larva hidup dibawah lipatan daun kelapa dan memakan daun daripada atas kebawah dengan tanda daun tuinggal lidi.

Tiada kawalan kimia disyorkan bagi perosak ini.
6 . Kumbang Plesispa ( Plesispa Reichei)

Kumbang ini berbadan leper dan berwarna coklat tua. Larva berwarna kuning. Dewasa dan larva Grub memakan permukaan daun dan menyebabkan daun sedikit bergulung. terdapat tompok-tompok bekas makan diatas daun. serangan pada anak benih boleh menyebabkan pokok terencat.Tiada kawalan kimia disyorkan bagi perosak ini.

Kawalan Penyakit


Jenis PenyakitBahagian Diserang / SimtomSyor Kawalan
1 . Bintik-bintik Daun

Disebabkan oleh tiga jenis kulat :

i-Culvularia maculans
ii-Helminthosporium Incurvatum
iii-Pestaliopsis Palmarum
Serangan berlaku semasa pokok masih muda terutama diperingkat tapak semaian. Tanda-tanda penyakit bintik daun ini ialah terdapat bintik-bintik perang yang berbentuk bulat dan bujur dikelilingi oleh lengkawan kuning pada daun. Bintik daun kulat yang disebabkan oleh Culvularia maculans dan Helminthosporium Incurvatum yang paling sering terdapat ditapak semaian. Bintik daun yang disebabkan oleh Pestaliopsis Palmarum spora-spora halusyang berwarna hitam.

Jarakkan anakbenih ditapak semaian agar terdapat pengudaraan dan keadaan tidak akan menjadi terlalu lembab. Jika perlu, disyorkan semburan dengan racun kulat Captan padar kadar 0.2% bahan aktif.
2 . Hawar Bebenang Putih ( Marasmiellus Semiustus)Penyakit ini menyerang anak benih kelapa menyebabkan pucuk mati sebelum keluar dari sabut. Sekiranya ia menyerang selepas pucuk keluar, pokok akan kelihatan layu dan terdapat Maisilium putih pada pangkal pokok.

Jaga kebersihan dan pengaliran air yang baik di tapak semaian. Musnahkan anak benih yang teruk diserang.


Kawalan Vertebrat

Musuh-musuh vertebrat tanaman kelapa adalah tikus, lembu, kerbau, kambing, biri-biri, babi hutan dan tupai. Semua perosak tidaklah signifikan atau tidak penting kepada tanaman kelapa kecuali tupai yang dalam keadaan tertentu menjadi perosak serius.

Tupai menjadi perosak ketika pokok berubah. Ia menebuk buah kelapa muda untuk makan isinya. Buah-buah yang ditebuk akhirnya rosak dan gugur. Di kawasan perkampungan dimana kebanyakan tanaman kelapa diselang-seli dengan pokok-pokok yang lain, serangan tupai kadangkala serius. Tupai dapat dikawal secara berkesan dengan cara menembak. Untuk kawalan berkesan petani-petani perlu bekerjasama satu dengan yang lain mengawal perosak ini.

Musuh seperti lembu, kerbau, kambing atau biri-biri biasanya memakan daun-daun ketika semaian dan selepas anak-anak semaian ditanam diladang. Musuh-musuh ini dikawal dengan menghalau dan memagar kebun dengan jenis pagar yang sesuai bagi menyekat musuh-musuh tersebut daripada memasuki kawasan tanaman.

Bagi tanaman kelapa yang ditanam dekat dengan kawasan hutan, serangan babi hutan kadangkala berlaku. Babi hutan merosakkan tanaman kelapa yang masih kecil dengan memakan umbut. Ia dikawal dengan menembak dan menggunakan perangkap. Selain daripada itu, ia boleh juga dikawal dengan memagar kebun atau pokok kelapa secara satu persatu dengan jenis pagar yang sesuai.

Kawalan Rumpai

Di kawasan kelapa terdapat rumpai tahunan selaput tunggul (Mikania micrantha), rumpai saka seperti lalang (Imperata cylindrica), rumput sambari (Eleusine indica) rumput halia hitam(Cyperus rotundus).

Untuk mengatasi masalah ini, kawalan rumput secara integrasi yang merangkumi kawalan secara manual, mekanik, amalam kulkura dan penggunaan racun rumpai adalah disyorkan.

Kawasan Kelapa Muda

Rumpai yang terdapat di sekeliling pangkal pokok kelapa (0.6m garis pusat) boleh dikawal secara manual dengan mencabut dengan tangan atau menggunakan tajak. Jika terdapat rumpai hendaklah dicabut dan dibuang.

Kawalan rumpai hendaklah dijalankan tiap-tiap bulan pada tahun pertama dan dikurangkan apabila pokok kelapa membesar kerana naungan kanopi pokok kelapa menyekat pertumbuhan rumpai. Jalankan kawalan rumpai dengan hati-hati supaya akar pokok kelapa tidak tercedera. Racun rumpai tidak digalakkan kerana ia mungkin akan menyebabkan fitotoksik terhadap tanaman. Pelapah yang dilonggokkan diantara barisan pokok kelapa dapat juga mengurangkan infestasi rumpai.

Kawasan Kelapa Matang

Racun rumpai boleh disyorkan untuk mengawal rumpai yang tumbuh di sekeliling pokok kelapa yang matang. Contohnya Gliphosate, Glufosinate-ammonium dan MSMA. Racun MSMA adalah dari jenis sentuh dan berkesan untuk mengawal pelbagai jenis rumpai semusim. Kadar yang disyorkan 1.0 - 3.0 Kg/Ha bahan aktif. Racun glyfosate pada kadar1.25 - 2.5 Kg/Ha bahan aktif dan glufosate-ammonium pada kadar 0.5 Kg/Ha bahan aktif adalah racun jenis sistemik yang diserap melalui daun batang. Elakkan tempias pada pokok kelapa semasa membuat semburan. Kedua-dua racun ini dapat mengawal rumpai semusim dan saka.

Penyediaan Kawasan Tanaman Kelapa


Pembersihan Tanah

Tanaman kelapa memerlukan cahaya matahari penuh untuk pertumbuhan yang baik. Kawasan yang hendak dimajukan dengan kelapa perlulah kawasan terbuka dan bebas daripada pokok-pokok dan anak pokok kayu yang tidak dikehendaki.

Bagi kawasan bekas kelapa tua, sebaik-baiknya pembersihan kawasan dilakukan dengan menggunakan jentolak. Jentolak ini akan menumbangka, menghancurkan bayang kelapadan menyusunnya mengikut barisan tertentu. Dengan cara ini prose pereputan dan aktiviti-aktiviti ladang seterusnya dapat dilaksanakan dengan lebih mudah.

Menanam Kekacang Pnutup Bumi


Setelah pembersihan kawasan selesai, penanaman tanamn kekacang penutup bumi perlu dijalankan. Penanaman ini bertujuan untuk mengawal hakisan tanah, kehilangan nutrien melalui larut serap, menyuburkan tanah dengan penambahan nitrogen dalam tanah, mengekalkan kelembapan tanah, memperbaiki struktur tanahdan pengudaraan dalam tanah serta mencegah petumbuhan rumpai.

Campuran jenis kekadang yang sesuai ialah 3 bahagian Calapogium mucunoides, 2 bahagian Pueraria phaseoloides dan 1 bahagian Ceutrosema pubescens. Tanaman kekacang ditanam di kawasanselebar 2 meter diantara tiap baris anak benih kelapa. Bagi tanah BRIS disyorkan menanam kekacang jenis Stylosauthes grasilis secara berbaris dengan jarak 1 meter ataupun secara berpetak 1.0 meter kali 1.0 meter.

Biji benih kekacang penutup bumi hendaklah bermutu tinggi dengan kadar percambahan melebihi 80%. Rawatan dengan air panas bersuhu 75 C ( campuran dua bahagian air yang mendidih dengan satu bahagian air sejuk) disyorkan untuk memecahkan kulit biji benih yang keras. Rendamkan bijibenih dalam air panas suam selama dua jam sebelum ditos. Biji benih yang telah dirawat dengan rwatan air panas mesti ditanam pad akeesokkan paginya. Pembajaan bagi tanaman kekacang ialah seperti di jadual 1.


















Calopogonium Mucunoides















Centrosema Pubescens















Pueraria Phaseoloides














Stylosanthes Gracilis


Sistem Penanaman

Jarak tnamn mengikut sistem tiga segi sama yang digunakan adalah seperti di jadual 2. Barisan perlu dibuat mengikut arah utara - selatan supaya mendapat cahaya matahari maksimum.

Umur Tanaman

Jenis Baja

Kuantiti Baja (Kg/Ha)
Semasa menanam (Sepanjang Jalur Tanaman)

3 - 4 minggu

3 bulan

8 bulan
Baja Debu Fosfat Asli / Clinop Zeolite


12 : 12 : 17 : 2 + TE

Baja Debu Fosfat Asli

Baja Debu Fosfat Asli
125


63

250

125
Jadual 1 : Pembajaan Bagi Tanaman Kekacang

Jenis Kelapa

Jarak Tanaman

Bilangan Pokok / HA
Kelapa Tinggi

Kelapa MAWA

Kelapa Rendah

KElapa Wangi
9m x 9m

8m x 8m

6m x 6m

6m x 6m
124

156

278

278
Jadual 2 : Jarak Tanaman Mengikut Sistem Tiga Segi Sama.

Penanaman di Ladang

Saiz lubang tanaman berukuran 0.6m kali 0.6m kali 0.6m perlu disediakan. Seterusnya 200g baja fostat dimasukkan ke dalam lubang dan digaulkan bersama-sama tanah atas.

Selepas dua minggu, anak-anak pokom kelapa yang cergas ditanam ke dalm lubang tersebut. Anak kelapa ini hendaklah terlebih dahulu disirem sebelum ditanam. Aktiviti menanam perlu dirancang supaya dapt bermula pada awal musim hujan.

Menanam anak kelapa dijalankan dengan meletak anak pokok kedalam lubang tanaman dan ditegakkan. Tanah dimasukan kedalam lubang dan dipadatkan dengan memijak-mijak disekeliling pangkal anak pokok. Elakkan daripada memijak akar pokok.

Pemangkasan

Aktiviti pemangkasan dijalankan secara minimal dengan penumpuan kepada pembuangan pelepah-pelepah tua sahaja.

Pembajaan

Pembajaan yang sempurna penting bagi memastikan tanaman kelapa tumbuh subur dan memberi hasil yang tinggi. Jenis dan kadar baja yang disyorkan terdapat didalam jadual 2.

Keperluan Asas Kelapa

Faktor iklim

Tanaman kelapa tidak sesuai ditanam di kawasan yang kurang hujan atau di kawasan yang mengalami musim kering yang panjang kerana kelapa tidak mempunyai akar tunjang. Tanaman kelapa memerlukan jumlah hujan sebanyak 1300 - 2300 mm/tahun. Musim kering yang berterusan selama 3 bulan (<50 mm/bulan) tidak sesuai untuk tanaman kelapa. Suhu optimum untuk tanaman kelapa ialah 27 - 28 darjah celcius. Kawasan yang terlindung atau sentiasa mendapat tiupan angin kencang juga tidak sesuai untuk tanaman kelapa.


Tanaman kelapa memerlukan sinaran matahari tidak kurang daripada 2,000
jam/tahun dan kelembapan relatif antara 80 - 90%. kebanyakan tanaman kelapa ditanam pada ketinggian kurang dari 100 meter daripada aras laut. Tanaman kelapa yang pada ketinggian melebihi ketinggian 900 meter lambat membesar dan mengeluarkan buah yang kecil dan sedikit.

Faktor Tanah

Kelapa boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah. Pada umumnya, tanaman kelapa memerlukan tanh yang rata, bersaliran baik, berprofil dalam, berstruktur lom berpasir dan subur. Sifat- sifat tanah yang sesuai dan sederhana sesuai unutk tanaman kelapa ditunjukan di dalam jadual 1.

Zon Tanaman Kelapa

Di Semenanjung Malaysia, kebanyakan tanaman kelapa ditanam di kawasan pantai di atas tanah berlempung atau berpasir dan sedikit sahaja ditanam di kawasan pendalaman. Di kawasan Pantai Barat, tumpuan tanaman kelapa ialah di Bagan Datuk, Perak; Sabak Bernam, Selangor; Batu Pahat, Muar dan pontian, Johor.

Di Pantai Timur pula tanaman kelapa tertumpu di Bachok, Kelantan; Kuala Terengganu dan Besut, Terangganu.
Jadual 1 : Sifat-Sifat Tanah Dan Kesesuaian Untuk Tanaman Kelapa
Sifat Tanah
Sesuai
Sederhana Sesuai
Kecerunan

Saliran

Kedalaman Tanah Yg Berkesan

Tekstur Dan Struktur


Kemasianan

Kedalaman Lapisan Asid

Ketebalan Gambut

Berbatu


Ketidak Seimbangan Unsur

0 - 6

Tak sempurna salir

> 100 cm

selain dari lempung masif & tanah beratu

< 2 mmhos >100 cm

Tiada gambut

<25 % Tersebar sama-rata atau terdapat dibawah kedalaman 75 cm Tiada kandungan unsur-unsur mikro yang berlebihan atau CEC rendah
6 - 12

Kurang Salir Dan Agak Sangat Salir

50 - 100 cm

Pasir Tidak Berstruktur Dan Lempung Masif

2 - 4 mmhos

75 - 100 cm

<25 cm 25 - 75 % Tersebar Sama-Rata Atau Terdapat Dibawah Kedalaman 75 cm CEC Rendah

Friday, March 12, 2010

Info Kelapa

Pengenalan

Nama Saitifik : Cocos nucifera
Nama Tempatan : Kelapa, Nyior
Keluarga : Palmae
Order : Arecaceae

Terdapat dua jenis kelapa iaitu kelapa tinggi, Cocos nucifera var, typica dan kelapa rendah Cocos nucifera var, nana. jenis kelapa sederhana tinggi seperti MAWA dan MATAG telah dihasilkan kedua - dua varieti ini.


Tanaman Kelapa (Cocos Nucifera) digolongkan dalam keluarga palmae. Tanaman ini berasal dari kepulauan pasific dan tersebar luas hampir90 buah negara tropika. Jumlah keluasan Kelapa didunia dianggarkan sebanyak 10.6 juta hektar dan sebanyak 93% terletak dikawasan Asia Pasific

Filipina dan Indonesia merupakan negara pengeluar Kelapa utama dunia, masing-masing mempunyai keluasan kelapa sebanyak 3.2 juta hektar diikuti oleh negara India. Jumlah pengeluaran kelapa dunia dinggarkan sebanyak 8.5 juta tan kopra, bersamaan 48.8 bilion biji kelapa. Sejak empat hingga lima dekad yang lalu, teknologi pemprosesan kelapa telah berjaya menghasilkan tidak kurang daripada 360 produk makanan dan bukan makanan berasaskan kelapa.

Di Malaysia, kelapa merupakan salah satu tanaman yang penting untuk ekonomi negara. sebahagian besar tanaman kelapa diusahakan secara tradisional oleh pekebun-pekebun kecil. pada tahun 1997, tanaman kelapa menduduki tempat yang keempat dari segi keluasan selepas kelapa sawit, getah dan padi. produk-produk kelapa adalah bahagian penting dalam makanan harian penduduk tempatan dan juga dalam industri pembuatan. Permintaan tempatan untuk produk-produk kelapa adalah dalam bentuk biji kelapa, minyak kelapa, kelapa salai (kopra), kelapa parut reesterified fat and oil.

Pokok

Pokok kelapa mempunyai batang dan pusat pertumbuhan tunggal. Ketinggian pokok boleh mencapai 6 - 30 meter. Pada hujung batang terdapat daun - daun pinat yang besar atau pelepah pada pelbagai peringkat pertumbuhan. Di pucuk pokok terdapat tisu - tisu muda yang bakal membentuk menjadi daun, bunga atau buah.
















Gambarajah 1 : Sebahagian akar serabut (A) dengan akar sekundar (B) dan Akar Penafasan (C) atau Pneumotaphores

Sistem Akar

Pokok kelapa mempunyai sistem akar serabut. Pokok kelapa tidak mempunyai akar rambut dan dalam keadaan tertentu, akar - akar utama boleh mengeluarkan akar sisi yang bercabang yang dipanggil akar penyerap. Di hujung akar penyerap ini terdapat jidal akar (root cap) yang boleh menembusi tanah. Bahagian lembut yang terdapat di belakang jidal akar berfungsi untuk menyerap nutrien tanah sejauh 5 cm.

Di permukaan akar terdapat struktur tisu kecil yang tajam berwarna putih (pneumatophotes) yang berfungsi sebagai struktur pernafasan, (gambarajah 1). struktur ini membolehkan pokok kelapa menyesuaikan kehidupan di kawasan air bertakung.

Pokok kelapa mengeluarkan 1,500 - 1,800 urat akar yang tumbuh mendatar sepanjang 5 hingga 25 meter di sekeliling pokok. Terdapat juga akar yang tumbuh menghala ke lapisan air bawah tanah, dan boleh tumbuh sehingga 25 meter ke dalam tanah.

Daun

Pokok kelapa yang matang mempunyai 30 - 40 pelepah daun. Panjang pelepah boleh mencapai 5 meter dan ia mempunyai dua baris daun kecil (bipinate) berukuran 1 - 1.5 meter panjang. setiap pelepah dianggarkan sebanyak 200 helai daun kecil. Bagi poko yang subur, pelepah baru terbit setiap 3 - 4 minggu sekali. Jangka hayat dari mula terbit hingga senesen ialah antara dua setengah hingga tiga tahun.

Bunga

Jambak bunga atau mayang (gambarajah 2a &2b) terbentuk di dalam seludang yang tebal, kukuh dan tajam. Mayang yang terbuka berukuran 1.0 hingga 1.2 meter panjang dan membentuk beberapa anak spika yang panjangnya 14 -16 cm.

Bunga kelapa berjenis monoecious. Pada setiap mayang kelapa, terdapat antara 8,000 - 10.000 bunga jantan dan 10 - 50 bunga betina. Bunga jantan mengandungi enam helai perianth nipis berwarna kuning dan di dalamnya terdapat enam stamen (gambarajah 3). Di tengah- tengah bunga terdapat tiga kelenjar nektar yang berfungsi untuk menarik serangga pendebunga. Apabila bunga kembang, cepudebunga terbuka dan mengeluarkan debunga - debunga yang berwarna kuning. Debunga ini bolrh hidup selama 2 - 9 hari.

Bunga betina berbentuk globos, mengandungi enam perianth dan terdapat pistil berwarna putih. Bunga betina mulai kembang pada 18 -21 hari selepas seludang terbuka. Jangkamasa reseptifnya ialah 1- 3 hari.

Bunga dan Pendebungaan

Angin dan serangga merupakan ejen pendebungaan bunga kelapa. Lebah, lalat, kumbang dan tebuan adalah serangga pendebungaan kelapa yang paling penting. Jumlah bunga betina yang berjaya membentuk buah sehingga mencapai ke peringkat matang adalah sekitar 25 - 40%.

Bagi kebanyakan jenis kelapa rendah, kaedah pendebungaan ialah secara autogamous (direct self-pollinating) atau pendebungaan sendiri. Bagi kelapa tinggi, pendebungaan secara allogamous (cross-pollinating) atau pendebungaan silang. Bagi kelapa hibrid dan beberapa jenis kelapa rendah, kaedah pendebungaan ialah secara kedua-duanya sekali iaitu secara allogamous dan autogamous. sebagai contohnya, pendebungaan bagi Kelapa Rendah Kuning (Malayan Yellow Dwarf, MDY) dan Kelapa Rendah Merah (Malayan Red Dwarf, MRD) didapati secara autogamous. Pendebungaan Kelapa tinggi Malaya ( Malayan Tall) ialah secara allogamous, manakala pendebungaan Kelapa Rendah Hijau (Malayan Green Dwarf, MGD) ialah secara autogamous dan allogamous.

Oleh itu populasi Kelapa Rendah Malaya didapati seragam berbanding dengan populasi Kelapa Tinggi Malaya. Populasi Kelapa Rendah Malaya jenis kuning dan merah didapati lebih stabil dan seragam berbanding dengan jenis hijau. Faktor ini menyebabkan Kelapa Rendah Hijau tidak digunakan sebagai pokok induk ibu didalam pembiakan kelapa kacukkan atau hibrid.

Buah

Selepas proses persenyawaan bunga akan menjadi buah dalam tempoh 12 - 14 bulan. Pada umunya buah yang matang mengandungi 35 % sabut, 12 % tempurung , 28% isi dan 25 % air. Komposisi ini berbeza-beza mengikut kultivar (Gambarajah 4). Saiz, warna dan bentuk buah kelapa juga berbeza-beza mengikut jenis kelapa.




















Gambarajah 2 a: Seludang Separa Buka




















Gambarajah 2 b: Jambak Bunga Kelapa





















Gambarajah 3 : Bunga Jantan dan Bunga Betina pada Spika (Pandangan Sisi)





















Gambarajah 4 : Bahagian-bahagian Buah Kelapa

Kandungan Zat

Minyak kelapa mengandungi minyak tepu yang tinggi iaitu kira-kira 91%. kandungan minyak kelapa yang terperinci ditunjukkan seperti dijadual 1.
Hampas kelapa kering merupakan produk sampingan dari pemprosessan minyak kelapa dan digunakan sebagai makanan ternakan. Kandungan hampas kelapa kering adalah seperti jadual 2.
Kelapa parut ialah isi kelapa yang dipotong halus dan dikeringkan pada tahap kandungan kelembapan 2.5 %. Nilai permakanan kelapa parut kering seperti jadual 3

Jenis Lemak

Asid Lemak Tepu

Kaproio (hexioic)
Kaprilik
Kaprik Laurik
Miristik
Palmitik
Stearik
Arakidik

Asid Lemak Tak Tepu

Oleik
Lionik
Peratus Kandungan



0.2 - 0.5
5.4 - 9.5
4.5 - 9.7
44.1 - 51.0
31.0 - 18.5
7.5 - 10.5
1.0 - 3.2
0.2 - 1.5


5.0 - 8.2
1.0 - 2.6
Jadual 1 : Kandungan Minyak Kelapa

Pekara

Air
Minyak
Protin
Karbohidrat
Serat
Abu
Peratus Kandungan

11.0
6.0
19.8
45.3
12.2
5.7
Jadual 2 : Kandungan Hampas Kelapa Kering

Kandungan

Air
Lemak dan minyak
Gula
Protin
Karbohidrat
Serat
Abu
Peratus

2.5 - 3.0
58.0 - 69.0
5.5 - 8.5
6.0 - 8.0
12.0 - 18.0
0.2 - 0.4
1.5 - 2.0
Jadual 3 : Nilai Pemakanan Kelapa Parut Kering


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...