Friday, September 25, 2009

Pembajaan Kelapa Sawit

Pendahuluan

Selain bergantung kepada semulajadi biomass, tidak dapat dinafikan keperluan nutrien pokok kelapa sawit yang disumbangkan oleh baja bukanlah bahan organik semata-mata.

Pokok kelapa sawit selalunya memerlukan jumlah baja yang tinggi terutamanya yang ditanam ditanah pamah. Selain daripada kos buruh, kos pembajaan merupakan antara input termahal dalam industri ini (Tayeb et al, 1996). Di dalam menyediakan keperluan baja, jenis tanah, pokok dan alam sekitar adalah faktor yang perlu diambil kira juga. Ini dapat memastikan dos yang
optimum dapat dibekalkan (PORIM, 1998).

Kelapa sawit memerlukan unsur Nitrogen dalam jumlah yag banyak bagi memastikan pertumbuhan yang baik dan kadar penghasilan yang tinggi. Adalah dianggarkan keperluan unsur nitrogen dalam baja di Malaysia berdasarkan keluasan tanaman yang ada adalah sebanyak 130,00 tan setiap tahun (Zin et al, 1989). Ini mewakili 63% daripada jumlah keseluruhan penggunaan baja di Malaysia (Tay, 1985) mendapati penghasilan kelapa sawit di kawasan pendalaman semenanjung Malaysia dengan menggunakan baja Urea hanyalah separuh jika dibandingkan dengan penggunaan Ammonium Sulphate. Bedasarkan maklumat terakhir yang diperolehi dan pengalaman yang dikumpulkan, (Hamdan et al, 1996) mencadangkan penggunaan baja seperti dalam jadual dibawah

Jadual 1.1
Unsur Mikro
Penggunaan
Nitrogen (N)
Tidak melebihi 1 kg baja Urea pokok / tahun di kawasan pokok yang telah mencapai tempoh matang.
Fosforus (P)
Tidak melebihi 1.25 kg baja CIRP pokok / tahun di kawasan pokok yang telah mencapai tempoh matang.
Kalium (K)
5 -6 kg / pokok / tahun Mutriate of Potash dan 6 kg / pokok / tahun Bunch Ash di kawasan pokok yang telah mencapai tempoh matang.
Kapur (Lime / GML)
Gunakan Kalsium Karbonat atau habuk batu kapur (Ground Magnesium Limestone), bagaimana pun penggunaannya tidak disyorkan keatas pokok yang belum matang.
Kuprum dan Zink (Cu) dan (Zn)
15 gm Zink Sulfat dan Kuprum Sulfat dimasukkan ke dalam lubang semasa pokok ditanam ( tambahan kepada 150-200 gm CIRP).
Boron (B)
sekiranya nilai boron pada daun kurang daripada 20 ppm, gunakan 100-150 gm baja borate / pokok / tahun.

Di Malaysia, tanah di kawasan pendalaman mempu menghasilkan 30 tan / hektar / tahun kelapa sawit melalui penggunaan baja yang sesuai. Baja minimum yang diperlukan untuk mencapai jumlah ini adalah sebanyak 4 kg Ammonium Sulfate bersama 4 kg Muriate of Potash di dalam semua keadaan dan paling kurang 3 kg Rock Phosphate untuk setiap pokok / tahun kecuali di kawasan tanah laterit (Hamdan et al, 1999) .

Di Puapua New Guinea, Wilkie dan Foster (1996) telah menyatakan tanpa baja bukan organik (Kimia), pengeluaran kelapa sawit hanya sebanyak 23 tan / hektar di kawasan tanah bernutrien tinggi dibanding dengan 8 tan / hektar di kawasan yang tidak subur, ini tidak bermakna bahawa setiap petani perlu bergantung dengan baja kimia semata- mata ini telah kami terangkan dalam post yang sebelum ini, penggunaan baja organik perlu untuk tanaman kerana ia akan kekal dalam fungsi tanah dan menyuburkan keadaan pH tanah, maka para petani perlu bijak dalam mengatur penggunaan baja yang bersifat domistik.

Pengeluaran berjumlah 34- 38 tan / hektar pula dapat dicapai dengan menggunakan 2.5 kg Potassium Cholire, walaupun begitu baja tersebut tidak boleh dibekalkan bersama Triple Superphosphate atau Kleserite. baja Ammonia membantu meningkatkan bilanggan tandan kelapa sawit, sementara Potassium Kloride pula menmbah berat sebiji kelapa sawit. Pelbagai jenis dan cara pengunaan baja yang disarankan oleh pihak pertanian atau pun pihak yang bertanggunjawab dalam hal ini, maklumat diatas hanya sebagai kita berkongsi ilmu pembajaan sahaja, kerana terdapat produk baja di pasaran yang boleh membantu para petani untuk meningkatkan hasil dengan mudah dan cepat, salah satunya akan kami utarakan dalam post ini.

Maka disini saya cuba dalam beberapa cara pembajaan dalam ketegori organik, kimia dan vitamin semburan
Clinop Zeolite (Baja Lahar Gunung Berapi) ianya mempunyai mikro SiO2 atau pun Silica yang tinggi berfungsi sebagai sistem mikro bertindak untuk menarik zat-zat makanan yang terdapat dalam tanah untuk kegunaan tanaman, kadar Silica yang tinggi dalam baja tersebut malahan ia adalah sejenis pure organik yang tidak akan merosakkan tanaman walaupun terlebih penggunaannya, ia sangat sesuai pada peringkat permulaan tanaman.














Penggunaan Baja Organik (CLinop Zeolite)

Umur Anak Benih (bulan)
Kadar Sukatan Baja
1
7 gm dilarutkan dalam 5 liter air dan disiram setiap minggu untuk 100 anak benih
2
1 gm /pokok pada selang seminggu
3 - 4
5 gm /pokok pada selang seminggu
5 - 6
10 gm /pokok pada selang seminggu
7 - 8
15 gm /pokok pada selang seminggu
9 - 10
20 gm /pokok pada selang seminggu
11 - 12
30 gm /pokok pada selang seminggu
UMUR POKOK ( TAHUN )
Kuantiti Baja (kg) - Di sarankan
Kuantiti Baja (kg) - Minima
0 - 5
1 - 3
1
5 - 15
3 - 4
2
Melebihi 15 tahun
4
3

Bersambung untuk rujukan akan datang, insyallah.......

Thursday, September 24, 2009

Info Kelapa Sawit

Pendahuluan

Kela
pa sawit terdiri daripada dua Spesise Arecacae atau famili palma yang digunakan untuk pertanian komersil dan domestit dalam pengeluaran minyak kelapa sawit. Kelapa sawit Afrika, Elaeis guineensis, berasal dari Afrika barat di antara Angola dan Gambia, manakala kelapa sawit Amerika, Elaeis oleifera, berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

Pokok yang matang mempunyai satu batang pokok yang tunggal dan tumbuh sehingga 20 meter tingginya. Daunnya merupakan daun majmuk yang anak-anak daunnya tersusun lurus pada kedua-dua belah tulang daun utama seolah-olah bulu dan mencapai 3 hingga 5 meter panjangnya. Pokok yang muda menghasilkan lebih kurang 30 daun setiap tahun, dengan pokok yang matang yang melebihi 10 tahun menghasilkan lebih kurang 20 daun. Bunga berbentuk rumpun yang padat. Setiap bunganya kecil sahaja, dengan tiga sepal dan tiga kelopak. Buahnya memakan 5 hingga 6 bulan untuk masak dari masa pendebungaan. Ia terdiri daripada lapisan luar yang berisi dan berminyak (perikarp), dengan biji tunggal (isirung) yang juga kaya dengan minyak. Berbanding dengan saudaranya kelapa, kelapa sawit tidak menghasilkan tunas susur. Pembiakannya adalah melalui penyemaian biji-biji.

Kelapa sawit sesuai ditanam di kawasan tanah yang gembur, tanah liat gembur dan tanah gambut (kurang dari satu meter dalam).

Tanah gambut (lebih satu meter dalam), tanah masam dan tanah paya adalah kurang sesuai bagi tanaman kelapa sawit. Walau bagaimanapun dengan pengurusan sistem pengairan dan pembajaan yang sempurna, jenis-jenis tanah ini boleh juga ditanam dengan kelapa sawit dengan jayanya.

PERLAKSANAAN KERJA

Kerja-kerja pembersihan, pembarisan dan penanaman kacang penutup bumi dikawasan ladang hendaklah disempurnakan sebelum menanam anak-anak pokok kelapa sawit.

Pembersihan: Kerja-kerja membersih ladang hendaklah mengambil kira kos buruh dan jentera, keadaan tanah (curam atau rata), hutan atau kawasan tanam semula.

Adalah penting operasi pembersihan ladang dijalankan serentak dengan masa anak benih dapat diperolehi dari pembekal. Jika mempunyai tapak semaian sendiri, masa penyediaan ladang hendaklah disesuaikan dengan masa mengeluarkan anak benih yang telah cukup matang untuk ditanam diladang. Perancangan jadual kerja adalah amat mustahak untuk kejayaan penanaman diladang.

Pembarisan: Barisan tanaman dibuat mengikut arah Utara-Selatan supaya pokok-pokok mendapat cahaya matahari yang maksima.

Kekacang penutup bumi: Menanam kekacang penutup bumi dilakukan setelah kerja-kerja pembarisan selesai dilaksanakan. (Kawasan gambut tidak perlu tanam kekacang).

Penutup bumi adalah untuk:

  • Mengawal hakisan
  • Memperbaiki status zat pemakanan dalam tanah, khususnya Nitrogen
  • Memelihara kelembapan tanah

Tiga jenis kekacang penutup bumi yang biasa ditanam adalah:

Centrosema pubescens








Pueraria phaseoloides








Calopogonium mucunoides/caeruleum










Benih kekacang boleh dibeli dari pembekal-pembekal swasta manakala kompos rhizobium boleh dibeli di Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM). Kaedah ringkas menanam kekacang penutup bumi adalah seperti berikut:

  • Umumnya campuran 10g kompos rhizobium dengan 10kg biji benih kekacang digunakan.
  • Campuran tersebut ditabur didalam jalur yang selari diantara 2 barisan pokok kelapa sawit.
  • Jarak diantara jalur-jalur adalah 2 meter.
  • Contoh kadar campuran biji benih kekacang adalah seperti berikut:-
Kekacang Kg/ha
Centrocema pubescens 4.0
Pueraria phaseoloides 1.1
Calopogonium caeruleum 0.6
  • Baja campuran N:P:K:Mg (15:15:6:4) digunakan sebagai baja asas dengan kadar 56 kg/hektar.
  • Tabur baja debu Fosfat (seperti CIRP) pada kadar 560 kg sehektar mengikut jadual berikut:
Umur Kekacang Kadar Baja Debu Fosfat (kg/ha)
Semasa menanam (sepanjang jalur-jalur) 112
2 bulan 112
6 bulan 112
8 bulan 112
12 bulan 112
  • Pengawalan rumpai dan serangga perosak diperlukan dengan mengguna racun-racun yang sesuai jika hendak memperolehi tanaman kacang yang baik.

Penanaman

Anak benih sawit yang telah berumur 12-15 bulan ditapak semaian adalah sesuai untuk ditanam. Kaedah ringkas penanaman adalah seperti berikut:-

  • Lubang Tanaman disediakan 2-3 minggu sebelum menanam. Ukuran lubang mesti dilebihkan dari ukuran polibeg supaya penanaman mudah dijalankan. Tanah lapisan bawah dan lapisan atas diasingkan.
  • Taburkan 150g - 200g baja Fosfat didalam lubang.
  • Buangkan/Tanggalkan polibeg sebelum anak benih ditanam. Masukkan anak benih kedalam lubang yang telah disediakan.
  • Lubang dikambus dengan tanah lapisan atas dahulu dan diikuti dengan tanah lapisan bawah supaya buku-pangkal pokok berkeadaan sama rata dengan permukaan tanah.
  • Anak benih hendaklah berkeadaan tegak selepas ditanam.
  • Mampatkan tanah disekeliling pokok dengan tidak merosakan akarnya.
  • Masa menanam hendaklah pada musim hujan dan elakkan dari menanam pada musim kemarau.
  • Lazimnya, jarak tanaman yang dipilih adalah 9 meter tiga segi yang memberi 136 pokok pada 1 hektar. Kepadatan pokok sehektar dengan jarak tanaman yang berbeza adalah seperti jadual dibawah:
Jarak Jumlah Pokok
Meter (Kaki) Hektar (Ekar)
8.5 (28) 160 (65)
8.7 (29) 148 (60)
9.0 (30) 136 (55)
  • Sulam pokok-pokok yang mati apabila menjalani pemeriksaan sekurang-kurangnya 6 bulan selepas menanam.

Tanaman selingan

Kacang tanah, jagong dan lain-lain tanaman kontan atau sayur-sayuran boleh ditanam sebagai selingan dalam masa tiga tahun pertama selepas pokok sawit ditanam.

Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan tanaman selingan ialah:

  • Tanaman itu memberi keuntungan dalam masa tiga tahun.

  • Tanaman itu tidak memberi persaingan yang boleh menjejaskan
  • kesuburan pokok kelapa sawit dari segi zat-zat pemakanan, air dan cahaya matahari.
  • Ada pasaran atau mudah memasarkan hasil tanaman selingan itu

Tanaman Nanas


Pengenalan

Nanas atau nama botaninya Ananas comosus dari keluarga Bromeliaceae adalah tanaman tropika yang dipercayai berasal dari Amerika Selatan, la banyak ditanam di Thailand, Filipine, Amerika Selatan dan Afrika. Di Malaysia, Nanas banyak ditanam di negeri Johor, Selangor, Kelantan, Serawak dan Pulau Pinang.

Antara varieti Nanas yang disyorkan untuk ditanam ialah Sarawak, Gandol, Mauritius (Moris), N36 dan Josapine. Hanya varieti Josapine dan N36 berjaya menembusi pasaran eksport kerana mempunyai daya tahan yang tinggi. Selain daripada mempunyai permintaan yang baik di pasaran, tanaman Nanas juga tergolong dalam kumpulan tanaman yang boleh tahan kepada keadaan kemarau dan dapat hidup dengan baik dalam cuaca dan keadaan tanah di negara ini. Bagi tanaman Nanas ialah pada suhu sekitar 30°C dengan taburan hujan sebanyak 1250 mm setahun.

Penuaian perlu dilakukan pada tahap kematangan yang dikehendaki pasaran yang kebiasaannya 90-120 hari selepas berbunga bergantung kepada varieti. Buah dikutip dengan memotong tangkai menggunakan parang atau pisau yang tajam dan kemudiannya dihantar ke pusat pengumpulan untuk penyediaan. Bagi mengekalkan kualiti dan memanjangkan jangka hayat, buah Nanas boleh disimpan pada suhu 10-13°C untuk buah yang belum masak dan 7-10°C untuk buah masak pada kadar kelembapan relatif 85-90% untuk tempoh sehingga 3 minggu.

Ciri-ciri pokok

Pokok nanas yang matang mempunyai daun yang tirus dengan tompokan merah gelap sepanjang tengah permukaan daun dan berwarna perak kelabu dipermukaan bawah daun. Daun-daun tajam dengan duri-duri di kedua-dua margin. Jambak bunga, berwarna merah jambu dan mengandungi 100-170 kuntum bunga. Daun-daun braktea di pangkal jambak bunga berwarna merah. Mahkota, hijau dan berbentuk kon, 10-15 cm panjang. 3-5 sulur biasanya dikeluarkan oleh setiap pokok nanas.

Ciri-ciri buah

Buah Nanas Pada berbentuk hampir silinder dengan saiz sederhana. Buah yang belum matang berwarna hijau gelap hingga kuning coklat dan akhirnya masak berwarna kecoklat-coklatan merah. Buah boleh dituai apabila 2-3 belah mata mula berwarna kuning kecoklat-coklatan. Buah masak sepenuhnya seberat 1.5 kg - 2.5 kg dengan isi berwarna kuning keemasan, sedikit rangup dan sangat manis (Brix 17-23%).

Pembajaan

Tahun
Kekerapan
Jenis Baja
Jumlah / Pokok / Tahun
(kg)
Kadar Pembajaan
(kg)
0
Semasa tanaman Rock Phosphate
Dolomite
Tahi Ayam
0.20
0.10
5
0.20
0.10
5.0
1
Setiap 3 bulan 15:15:15
0.5
0.13
2
Setiap 3 bulan 15:15:15
1.5
0.38
3
Setiap 3 bulan 12:12:17:2+TE
2.5
0.63
4
Setiap 4 bulan 12:12:17:2:TE
4.0
1.33
5
Setiap 4 bulan 12:12:17:2:TE
5.0
1.67
6 ke atas
Setiap 4 bulan 12:12:17:2:TE
6.0
2.00

Sebagai tambahan, baja tahi ayam 10 - 30 kg/pokok/tahun dan dolomite 0.2-0.3 kg/pokok/tahun adalah disyorkan.

Untuk mendapatkan pengeluaran buah yang seragam, tanaman nanas biasanya diaruh (induced) apabila berumur 9-10 bulan selepas diubah ke ladang. Penyediaan komersial boleh menggunakan AGROTECH Plus Baja Semburan Vitamin untuk menghasilkan buah yang sihat dan berkualiti tinggi.

Jangkamasa Vegetatif: 3 tahun

Jangka hidup ekonomik: 20-25 tahun

Penuaian

Nanas didapati bertindak balas dengan rawatan aruhan bunga. Secara purata, nanas akan berbunga dalam 30 hari selepas rawatan aruhan dilakukan dan buah boleh dituai selepas 125-130 hari. Daripada pemerhatian secara purata, Nanas Pada ditanam di atas tanah gambut adalah lebih besar (2.3 kg) berbanding dengan yang ditanam di atas tanah mineral (1.5 kg). Buah boleh dimakan dalam masa 3 hari selepas dipunggut.

Kawalan Perosak dan Penyakit

Pemeriksaan perosak dan penyakit secara regular amat penting. Perosak biasa ialah koya dan ia boleh dirawat dengan semburan dimethoate. Belum ada rekod penyakit serius tanaman nanas di Malaysia.

Hari Ini Dalam "Pisang"

Assalamualaik,

Maaf kerana lama tak update blog ini sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarakh,
Harap dengan pemulaan info pisang ini dapat membuka lembaran baru dalam consultant pertanian, Dari pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan anda.

Pendahuluan

Pisang adalah daripada keluarga Musaceae dan banyak terdapat dikawasan Tropika. ia ditanam di kebun- kebun kecil sebagai tanaman utama, kontan atau selingan
Pada tahun 1976, dianggarkan seluas 17,710 hekter (43,763 ekar) ditanam disemenanjung Malaysia. Pisang banyak terdapat di negeri Pahang, Perak dan johor.

Jenis

Antara jenis yang digemari ramai ialah Pisang Berangan, Embun (bunga), Raja Restali, Tanduk, Emas dan Kultivar seperti Pisang Nangka, raja, lang, relong, tanduk, nipah dan pisang awak pula sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan. Pisang yang pada mulanya merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini telah dikomersialkan.

Iklim

Iklim tropika amat sesuai untuk tanaman Pisang, iaitu suhu melebihi 210C (700F) dan hujan serata serta tetap, tidak kurang daripada 10 sm (4 inci) purata tiap bulan

Tanah

Tanaman Pisang sesuai ditanam diatas jenis tanah yang dalam, ringan serta rata. Jangan tanam diatas tanah yang bertakung air, walaupun Pisang memerlukan kelembapan tinggi dalam tanah

4. Amalan Kultur

Penyediaan kawasan
  • Pembersihan kawasan menggunakan jentera atau tenaga manusia.
  • Pokok-pokok yang telah ditebang dilonggokkan dan dimusnahkan.
  • Kawasan yang telah dibersih hendaklah dibajak.
  • Pembarisan dan menggali lubang dilakukan selepas penyediaan tanah.


Prasarana tanah
  • Jalan ladang perlu perlu disediakan mengikut kawasan atau blok berdasarkan pada luas ladang, bentuk muka bumi, kedudukan kemudahan pengurusan dan rumah pengendalian.
  • Saliran yang mencukupi adalah penting bagi mengelakkan takungan air.


Penyediaan Benih Tanaman
  • Pengeluaran benih pisang secara sulur
Pembiakan tampang ini adalah satu kaedah mudah dan selalu digunakan dalam penyediaan benih tanaman pisang. Sulur pedang yang berbentuk kon, berdaun tirus dan mempunyai bahagian umbisi besar adalah dipilih untuk dijadikan bahan tanaman. Sulur pedang yang dipilih berukuran 45 - 100cm tinggi dengan berat antara 1 - 1.5 kg sebelum dibersihkan.

Pastikan sulur yang dikorek untuk dijadikan bahan tanaman mempunyai umbisi yang mencukupi bagi menampung bahan makanan untuk pertumbuhan akar sulur. Sulur yang dipilih dibersihkan dan semua akar dan tisu yang rosak serta reput dibuang. Benih tersebut dirawat dengan campuran satu bahagian formaldehid dengan 4000 bahagian air untuk mengawal cacing nematod sebelum ditanam di ladang.

  • Pengeluaran benih menggunakan teknik 'Quartering'
Benih pisang ini dibiakkan melalui umbisi pisang yang mengandungi matatunas. Sulur pisang dibersihkan daripada akar dan kotoran yang terdapat pada bahagian umbisi. Bahagian pangkal sulur pisang diasingkan dari bahagian umbisi. Seterusnya keratan umbisi pisang tersebut dipotong kecil berukuran 4 -5 cm dan dirawat dengan merendam ke dalam campuran berikut selama 30 minit.
-Racun kulat (spt. Benomyl 50% w/w) :50g/4.5 liter air
- Racun serangga ( spt. Cypermethrin 5.5% w/w) : 5ml/4.5 liter air
-Hormon Penggalak akar :50 g/4.5 liter air

Keratan umbisi pisang tersebut disemai di dalm pasir di rumah lindungan dengan kedalaman 5 -6 cm. Seterusnya dikambus dengan pasir supaya tidah terdedah kepada matahari dan ditutup dengan guni jut. Semaian hendaklah disiram 2 kali sehari dan selepas 3 minggu anak pisang yang tumbuh dari umbisi tersebut dipindahkan ke dalam polibeg berukuran 150mm x 230mm. Selepas dua minggu di dalam polibeg anak pisang tersebut boleh ditanam di ladang.
  • Pengeluaran benih tanaman tisu didik
Benih pisang dibiak secara in vitro di antara induk terpilih dan secara pengeluaran yang begitu terkawal menghasilkan anak - anak benih didapati seragam dengan benih sulur.Benih tisu didik setelah berukuran 20 cm atau mempunyai 6 - 7 helai daun selepas mengalami pengubahsuaian cuaca dapat dipindahkan ke ladang.


Sistem penanaman
  • Tanaman tunggal
  • - Tanaman tunggal diusahakan untuk pengeluaran pisang secara komersil dan bekalan berpanjangan. Jarak tanaman ialah 2.5 m x 2.5 m dengan kepadatan 1600 pokok sehektar. Pada jarak 3. x 3m kepadatan mencapai 1100 pokok sehektar.

    - Kultivar Cavendish, berangan dan mas biasanya ditanam sebagai tanaman tunggal secara besar-besaran untuk pasaran eksport. Kultivar pisang lang, nipah dan juga awak ditanam secara tunggal untuk siproses memenuhi pasaran tempatan.Pada amnya pelbagai jarak tanaman ditentukan mengikut status kesuburan tanah atau kemudahan operasi di ladang. Kepadatan tanaman boleh ditingkatkan di tanah yang subur.

  • Tanaman selingan
  • - Pisang ditanam bersama tanaman kekal, seperti getah, kelapa sawit, koko dan durian sebagai tanaman selingan sebelum pengeluaran hasil daripada tanaman utama. Sebaris pisang dengan jarak 3m x3m dengan kepadatan 700 - 900 pokok sehektar dapat ditanam antara barisan kelapa sawit atau pokok getah dan juga pokok buah-buahan yang besesuaian.



Penanaman di Ladang lubang -lubang berukuran 30X 30X 30 cm digali dan diisi dengan campuran 100 g baja fosfat (CIRP), 100 g kapur (Ground Magnesium,Lime GML @ Clinop Zeolite / Lahar Gunung Berapi), 100 g naja NPK 8:8:8, 25 g Carbofuran dan 0.5 kg baja organik sebelum pisang ditanam.



Program Pembajaan Tanaman Pisang


Bulan Selepas Tanam Jenis Baja

Pisang Mas Kadar Perbelanjaan (g/pokok)

Pisang Berangan, Rastali, Cavendish (g/pokok)
Semasa Tanam CIRP 100 100

8:8:8 60 60

GML /CZ 100 60
1 15:15:15 60 100
2 15:15:15 100 150
3 15:15:15 100 150
4 15:15:15 150 150
5 15:15:15 150 150
6 12:12:17:2 100 75

MOP 50 75
9 12:12:17:2 100 250
12 12:12:17:2 150 -

15:15:15 - 250
13 GML / CZ 1000 1000
15 15:15:15 150 200
18 12:12:17:2 180 -

15:15:15 - 250
21 12:12:17:2 180 -

15:15:15 - 300

MOP 50 100
24 12:12:17:2 180 -

15:15:15 - 400

CIRP - Christmas Islands Rock Phosphate

CZ - Clinop Zeolite (Lahar Gunung Berapi)

MOP- Muriate o Potash

GML- Ground Magnesium Limestone




Monday, September 21, 2009

Selamat Menyambut Aidilfitri




















Salam Aidilfitri
pada semua pengunjung Blog Consultant Pertanian, kami susunkan 10 jari memohon maaf atas kekhilafan kami selama ini, dan mengharapkan kebaikan pada bulan ini. Khas Dari Inang Mesra Enterprise Kami mengucapkan Selamat Aidilfitri pada semua rakyat Malaysia dan umat Islam seluruh dunia khususnya.

Semoga Kesempatan bulan Syawal ini kita manfaatkan bersama dengan KeMaAfAn

Wednesday, September 16, 2009

THANK YOU/TERIMA KASIH


Thanks For Subscribe With Us/Terima Kasih Kerana Melanggan Dengan Kami :) 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...