Thursday, September 24, 2009

Tanaman Nanas


Pengenalan

Nanas atau nama botaninya Ananas comosus dari keluarga Bromeliaceae adalah tanaman tropika yang dipercayai berasal dari Amerika Selatan, la banyak ditanam di Thailand, Filipine, Amerika Selatan dan Afrika. Di Malaysia, Nanas banyak ditanam di negeri Johor, Selangor, Kelantan, Serawak dan Pulau Pinang.

Antara varieti Nanas yang disyorkan untuk ditanam ialah Sarawak, Gandol, Mauritius (Moris), N36 dan Josapine. Hanya varieti Josapine dan N36 berjaya menembusi pasaran eksport kerana mempunyai daya tahan yang tinggi. Selain daripada mempunyai permintaan yang baik di pasaran, tanaman Nanas juga tergolong dalam kumpulan tanaman yang boleh tahan kepada keadaan kemarau dan dapat hidup dengan baik dalam cuaca dan keadaan tanah di negara ini. Bagi tanaman Nanas ialah pada suhu sekitar 30°C dengan taburan hujan sebanyak 1250 mm setahun.

Penuaian perlu dilakukan pada tahap kematangan yang dikehendaki pasaran yang kebiasaannya 90-120 hari selepas berbunga bergantung kepada varieti. Buah dikutip dengan memotong tangkai menggunakan parang atau pisau yang tajam dan kemudiannya dihantar ke pusat pengumpulan untuk penyediaan. Bagi mengekalkan kualiti dan memanjangkan jangka hayat, buah Nanas boleh disimpan pada suhu 10-13°C untuk buah yang belum masak dan 7-10°C untuk buah masak pada kadar kelembapan relatif 85-90% untuk tempoh sehingga 3 minggu.

Ciri-ciri pokok

Pokok nanas yang matang mempunyai daun yang tirus dengan tompokan merah gelap sepanjang tengah permukaan daun dan berwarna perak kelabu dipermukaan bawah daun. Daun-daun tajam dengan duri-duri di kedua-dua margin. Jambak bunga, berwarna merah jambu dan mengandungi 100-170 kuntum bunga. Daun-daun braktea di pangkal jambak bunga berwarna merah. Mahkota, hijau dan berbentuk kon, 10-15 cm panjang. 3-5 sulur biasanya dikeluarkan oleh setiap pokok nanas.

Ciri-ciri buah

Buah Nanas Pada berbentuk hampir silinder dengan saiz sederhana. Buah yang belum matang berwarna hijau gelap hingga kuning coklat dan akhirnya masak berwarna kecoklat-coklatan merah. Buah boleh dituai apabila 2-3 belah mata mula berwarna kuning kecoklat-coklatan. Buah masak sepenuhnya seberat 1.5 kg - 2.5 kg dengan isi berwarna kuning keemasan, sedikit rangup dan sangat manis (Brix 17-23%).

Pembajaan

Tahun
Kekerapan
Jenis Baja
Jumlah / Pokok / Tahun
(kg)
Kadar Pembajaan
(kg)
0
Semasa tanaman Rock Phosphate
Dolomite
Tahi Ayam
0.20
0.10
5
0.20
0.10
5.0
1
Setiap 3 bulan 15:15:15
0.5
0.13
2
Setiap 3 bulan 15:15:15
1.5
0.38
3
Setiap 3 bulan 12:12:17:2+TE
2.5
0.63
4
Setiap 4 bulan 12:12:17:2:TE
4.0
1.33
5
Setiap 4 bulan 12:12:17:2:TE
5.0
1.67
6 ke atas
Setiap 4 bulan 12:12:17:2:TE
6.0
2.00

Sebagai tambahan, baja tahi ayam 10 - 30 kg/pokok/tahun dan dolomite 0.2-0.3 kg/pokok/tahun adalah disyorkan.

Untuk mendapatkan pengeluaran buah yang seragam, tanaman nanas biasanya diaruh (induced) apabila berumur 9-10 bulan selepas diubah ke ladang. Penyediaan komersial boleh menggunakan AGROTECH Plus Baja Semburan Vitamin untuk menghasilkan buah yang sihat dan berkualiti tinggi.

Jangkamasa Vegetatif: 3 tahun

Jangka hidup ekonomik: 20-25 tahun

Penuaian

Nanas didapati bertindak balas dengan rawatan aruhan bunga. Secara purata, nanas akan berbunga dalam 30 hari selepas rawatan aruhan dilakukan dan buah boleh dituai selepas 125-130 hari. Daripada pemerhatian secara purata, Nanas Pada ditanam di atas tanah gambut adalah lebih besar (2.3 kg) berbanding dengan yang ditanam di atas tanah mineral (1.5 kg). Buah boleh dimakan dalam masa 3 hari selepas dipunggut.

Kawalan Perosak dan Penyakit

Pemeriksaan perosak dan penyakit secara regular amat penting. Perosak biasa ialah koya dan ia boleh dirawat dengan semburan dimethoate. Belum ada rekod penyakit serius tanaman nanas di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Sila tingalkan komen anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...