Saturday, July 18, 2009

Pembajaan Tanaman Limau

PEMBAJAAN DAN PENGAPURAN

Tanaman limau memerlukan pembajaan yang teratur dan sempurna untuk mendapatkan hasil yang maksima dan berkualiti. Tanaman limau memerlukan baja hanya selepas ia mula tumbuh. Baja semburan boleh disembur tiga atau empat kali setahun mengunakan baja semburan yang sesuai. Keadaan tanah yang berasid menyukarkan penyerapan elemen-elemen seperti boron (B) dan mengnesium (Mg) dan lain-lain micro oleh akar tanaman limau. Keadaan tanah yang kurang baik dan kadar larut resap yang tinggi menyebabkan penggunaan baja dalam kualiti yang besar, akan tetapi penggunaan baja Lahar Gunung Berapi (Clinop Zeolite) dapat membantu memulihkan pH tanah kembali asal.

Bagi kompaun (15:15:15) dan 12:12:17 + TE) boleh diberi pada kadar 3 atau 4 kali setahun, berdasarkan umur pokok limau. Disamping itu, tanaman limau juga memerlukan pengapuran (magnesium limestone) atau Clinop Zeolite dan kadarnya berdasarkan kepada umur pokok limau tersebut. Selain baja kompaun dan pengapuran, tanaman limau juga memerlukan baja organik seperti tahi ayam pada kadar 1-2 kg/sepokok/setahun.

Umur pokok
(tahun)
Baja Kompaun
NPK (15:15:15) (g)
Magnesium
Limestone (g)
1 133 20
2 326 50
3 606 90
4 907 136

Baja Kompaun
NPK (12:12:17 + TE)(kg)
Magnesium
Limestone (g)
5 1.5 182
6 1.5 182
7 1.5 182
8 2.0 227
9 2.0 227
10 2.0 227
10-15 2.6 318
15-20 3.0 364

Disamping itu, tanaman limau juga agak sensitif terhadap kekurangan elemen-elemen miktro seperti zink, magnesium dan lain-lain. Untuk mengatasi masalah ini, baja semburan yang mengandungi elemen-elemen ini perlu disembur pada kuantiti yang cukup untuk menentukan hasil yang maksima. Jadual di bawah menunjukkan elemen-elemen mikro dan kuantiti yang diperlukan oleh tanaman limau untuk hasil yang optima.

Elemen Kadar
Zink 1.5 g zink sulfate dengan kalsium hidroksida dalam satu liter air.
Molybdenum 0.06 g sodium molydbdate / satu liter air.
Magnesium 3.0 g metallic sulfate dengan 1 g. kalsium hidroksida / satu liter air.
Boron 0.25 g. soluble borate.

Baja untuk tanaman limau boleh ditabur pada jarak 30-60 cm daripada cabang terluar pokok tersebut ataupun baja boleh juga ditanam ke dalam lubang sedalam 15 cm di sekeliling pokok tersebut.

No comments:

Post a Comment

Sila tingalkan komen anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...