Friday, July 17, 2009

Info Limau













Pengenalan


(Citrus spp)
Merupakan tanaman yang tidak bermusim yang paling diminati ramai dan biasanya dimakan segar atau diproses menjadi jus, ianya sangat kaya dengan Vitamin C dalam kandungan jusnya diantara 40% - 50%, kulitnya diantara 20% - 40% iai dan bijinya diantara 20% - 35%.

Limau merupakan tanaman buah-buahan yang kedua terbesar didunia selepas Anggur dan ianya ditanam dengan meluas di Asia Tenggara. Di Malaysia pada awal tahun 60an kempen menanam Limau telah dijalankan dan kawasan penanaman Limau telah mencapai 3670 ha, tetapi kawasan ini telah menurun kepada 2487 ha dalam tahun 1985. sebab utama pengurangan ini ialah pengurusan yang tidak baik dan serangan penyakit perosak yang serius atas tanaman Limau.

Verieti-verieti utam Limau yang ditanam di Malaysia ialah Limau jenis kupas (Mandarin) dan jenis potong
(Sweet Orange). terdapat sekurang-kurangnya 5 jenis limau Mandarin yang biasa ditanam di dataran rendah ialah Limau Langkat (Citrus suhuiensis). Limau langkat dan jenis "Kwantung" lebih di gemari oleh masyarakat berbanding Limau Madarin jenis lain. Di samping itu Limau Madu atau Limau wangi sangat memenuhi citarasa pembeli didapati sangat laris dipasaran pada tahun 2000-2002 ini kerana Limau Madu Mempunyai buah bersaiz besar, rasa yang manis, tidak berasid, kandungan jus yang tinggi dan tidak mempunyai serat dan hampas yang tinggi.

Masalah-masalah/serangan yang sering dihadapi oleh petani tanaman Limau ialah :
-Penyakit Reput Batang (Phythopthora)
-Penyakit Virus Tristeza (CTV)-Penyakit GREENING/ penyakit inai Daun
-Penyakut Keruping/ Scub
( Elsinoe fawcetti)
-Penyakit Kenker Limau /Cenker (Xanthomonas Campestris)
-Penyakit Kulapuk Hitam/ Sooty Mold (Capnodium citri)
-Hamama Mites (Tetranychus spp)
-Lelompat Psylid/ Psylids (Diaphorina citri)
-Kutu daun / Aphids (Aphis spp)
-Kutu trip / Thrips (Thirps spp)
-Lalat Buah/ Fruit Fly (Bactrocera papayae)
-Koya/ Bena/ Mealy Bugs ( Planococcus citri Russo)
-Pelombong Daun/ Leaf Miners (Phyllocnistis citrella Staint)
-Kepinding/ Stink Bug (Rhynchocoris humaralis thund)
-Pengorek Kulit Limau/ Rind Borer (Prays endocarpa meyr)
(Simtom serangan dan cara mengatasinya akan saya usulkan dalam post saya yang berikutnya dengan details serta gambarajahnya)

Masalah dan serangan ini menjadi kesulitan kepada para petani dan merupakan satu faktor kurangnya minat dalam mengusahakan tanaman Limau di negara kita.
Kejayaan industri Limau bergantung kepada sifat pengusaha itu sendiri, disamping pemilihan varieti yang rintang terhadap serangna/ penyakit Limau dan yang laris dipasaran. Petani yang mengusahakan tanaman Limau mestilah mahir dalam pengurusan ladang, ini kerana dengan minat yang mendalam bersama dengan pengurusan yang cekap, kita mampu menghasilkan pulangan buah yang berkualiti tinggi setanding dengan buah yang diimport.
Pengendalian Lepastuai

Mutu buah diperingkat jualan dipengaruhi oleh kaedah pengendalian sebelumnya. Buah Limau perlu dipetik pada peringkat masak kerana proses pemasakan tidak berlaku selepas buah dipetik. Buah Limau sesuai dipetik pada tempoh beberapa waktu selepas bunga kembang.
Buah dipetik dengan menggunakan gunting (scateur) dengan memotong tangkal rapat dengan agak panjang pada kali pertama dan memotong sekali lagi tangkal rapat pada permukaan buah. Penuaian paling sesuai dilakukan pada awal pagi atau lewat petang. Menuai buah dalam keadaan basah perlu dielakan sebab buah yang basah mudah dijangkiti penyakit. Beberapa proses perlu dilakukan selepas penuaian buah.

Pemilihan - Buah yang ada jangkitan dan tidak matang atau terlalu masak dan cedera perlu diasingkan grednya.
Pembersihan/ pembasuhan - Dilakukan dengan mengelap buah mengunakan tuala bersih dan juga sedikit semburan air. Air berklorin perlu digunakan bagi bertujuan pembasuhan bagi buah yang hendak di simpan lama.
Pengeringan - Dikeringkan dengan mengatur buah diatas rak dalam duhu bilik kipas boleh digunakan bagi mempercepatkan proses pengeringan.
Pelilin (Waxing) - Dilakukan bagi mengurangkan kadar kehilangan kelembapan buah. Selaput lilin boleh menutup bahagian terluka dan melindungi buah daripada serangan micro organisma. pelilin juga boleh memberi kilauan dan rupa menarik pada buah.
Penguningan - Merupakan proses permusnahan Klorofil pada kulit tanpa melibatkan perubahan pada kandungan kimia buah limau. boleh dilakukan dengan cara aruhan mengunakan gas etilina sebanyak 1000 ppm, aruhan gas dilakukan selama 24 jam pada suhu 20o Celsius dan perubahan warna berlaku pada hari ke 3-4
Pembungkusan - Merupakan pembungkusan runcit dan pembungkusan pukal. Pembungkusan runcit melibatkan kuantiti kecil seperti regang Polivinal klorida bersam dengan dulang poliuretena. pembungkusan pukal pula melibatkan kuantiti besar seperti kotak kertas serabut beralun (CFB)atau bakul plastik.Penyimpanan - Bagi tempoh singkat, buah boleh disimpan dalam bilik yang mempunyai sistem pengudaraan yang baik. Bagi tempoh yang lebih lama, buah boleh disimpan dengan menggunakan teknik penyimpanan atmosfera terubah suai (suhu 10o C - RH 85-90 %) untuk selama 4 minggu. Buah yang mengalami kecederaan disimpan dalam suhu yang lebih rendah.
Pengangkutan - Dilakukan pada waktu malam dan sampai di pusat jualan pada awal pagi keesokkan harinya dengan menggunakan kenderaan yang sesuai.

Jenis-jenis Limau

  1. LIMAU MADU (Citrus suhuiensis Hort. ex.Tan)
    Sejenis limau Mandarin. Masalah-masalah yang sering dihadapi oleh petani tanaman limau madu ialah serangan penyakit reput batang phythopthora, penyakit virus tristeza (CTV) dan penyakit 'greening' atau dikenali juga sebagai penyakit inai daun. Penyakit reput batang phythopthora dan penyakit virus tristeza dapat dikawal dengan adanya pokok penanti yang bersesuaian, akan tetapi penyakit 'greening' masih menjadi masalah besar kepada pengusaha tanaman limau madu yang juga merupakan satu faktor utama kurangnya minat petani dalam mengusahakan tanaman limau madu di Malaysia.

    Kematangan Pokok Limau Madu

    Walaupun limau tergolong dalam buah-buahan tidak bermusim, umumnya terdapat dua musim utama pengeluaran buahnya yang tinggi. Di Terengganu, musim utama limau madu ialah pada bulan Mac hingga April dan Oktober hingga November.

    Oleh sebab limau madu adalah daripada jenis bukan klimakterik, buahnya perlu dipetik pada peringkat masak kerana proses pemasakan tidak berlaku selepas buah dipetik. Penentuan peringkat kematangan buah limau biasanya berasaskan tarikh bunga kembang, tekstur buah, perubahan warna kulit, keadaan kelenjar minyak (oil glands) dan uji rasa. Buah limau madu sesuai dipetik apabila berumur 8-10 bulan selepas bunga kembang. Apabila matang, kulitnya menjadi lembut terutama pada hujung buah, kelenjar minyaknya jelas kelihatan, kulit menjadi berkilat dan mudah dikupas.

    Penuaian dilakukan dengan menggunakan gunting atau sekateur. Buah dipetik dengan cara memohon tangkai yang agak panjang pada kali pertama. Pada kali kedua tangkai dipotong lebih rapat dengan permukaan buah. Jika tangkai yang agak panjang dibiarkan pada buah, tangkai tersebut boleh mencederakan antara satu sama lain semasa berada dalam bekas pengisi seperti bakul atau kotak. Pemetikan cara merabut atau menarik buah dengan tangan tidak digalakkan kerana boleh mengoyakkan kulit buah. Buah yang dipetik seelok-eloknya dimasukkan ke dalam bekas yang mampu dibawa oleh pemetik dan digalas pada bahu atau pinggang, atau dimasukkan terus ke dalam bakul atau kereta sorong. Amalan mencampakkan buah atau membiarkan buah gugur ke permukaan perlu dielakkan kerana ini menyebabkan buah menjadi lebam.

  2. LIUKAN (Citrus reticulata Blanco)

    Berasal dari daerah Liuzhou, China dan sangat popular dengan kulit luarnya yang bersih serta cantik dengan berwarna oren. Namun warna buahnya kekal hijau apabila matang jika diusahakan di kawasan tanah rendah dan mempunyai harga pasaran yang lebih rendah daripada varieti lain. Varieti limau ini mampu menghasilkan buah yang banyak, tetapi ianya mampu bertahan untuk beberapa musim sahaja dan perlu diganti. Varieti limau ini juga mudah dijangkiti oleh penyakit 'greening' dan juga penyakit virus tristeza.
  3. CHAOZHOU HONEY MANDARIN (Citrus reticulata Blanco)

    Berasal dari daerah Chaozhou, Cina. Menghasilkan buah yang besar seperti limau madu tetapi mempunyai kandungan jus yang tinggi dan tidak berasid. Varieti ini tidak sepopular varieti limau madu. Buahnya berasa tawar jika dituai pad musim hujan dan masalah buah kembung merupakan masalah utama dan mudah dijangkiti oleh penyakit 'greening'.
  4. KWANTUNG MANDARIN (Citrus reticulata Blanco var.tangerina Hort.ex.Tan)

    Ia sangat diminati oleh masyarakat tempatan dan biasanya dibiak secara cantuman tunas dan limau dari varieti ini sangat mudah dijangkiti oleh penyakit virus tristeza. Varieti ini mampu menghasilkan buah dalam kualiti yang banyak sehingga petani perlu melaksanakan proses penjarangan buah. Hasil mesti dituai pada masa yang tepat, iaitu ketika buah berwarna oren, dan jika dituai sebelum sampai masanya ianya menghasilkan buah yang berasa masam dan tidak sesuai untuk dipasarkan.
  5. PONKAN (Citrus reticulata Blanco var.ponki Hort.ex.Tan)
    Limau daripada varieti ini menghasilkan buah yang bermutu tinggi. Varieti ini paling banyak diusahakan di Cameron Highlands dan kadang-kadang dikenali sebagai Hokkienkam. Walaupun ia menghasilkan buah yang bermutu tinggi tetapi hasil tanaman kurang memuaskan berbanding dengan varieti limau yang lain.
  6. LIMAU PURUT
    Limau purut berbau lebih kuat dan tajam. Berasal dari kepulauan Asia Tenggara, ia merupakan tumbuhan herba yang mula mencipta nama. Pokoknya mudah dikenali dari struktur daunnya yang berwarna hijau pekat dan berbentuk seperti nombor lapan. Buah limau purut juga boleh dibezakan dengan mudah kerana buah yang matang berwarna kuning, berbentuk seperti buah pir dan kulitnya menggerutu. Pokok ini hidup subur di kawasan yang mempunyai pancaran cahaya matahari yang kuat, tidak memerlukan naungan dan boleh hidup selama beberapa tahun. Lazimnya buah limau purut tidak mengeluarkan jus yang banyak tetapi setitis jusnya setanding dengan 10-15 titis bau dan rasa masam jus limau nipis. Nama lain bagi limau purut (Citrus hystrix) ialah limau kaffir dan 'leech lime'.
    Daun limau purut telah lama digunakan sebagai bahan perubatan dan masakan. Bau dan rasa ini tidak boleh didapati daripada daun limau yang lain. Daun limau purut juga pernah digunakan untuk menambah rasa ruak atau arak beras. Limau purut mengandungi beberapa minyak pati yang mempunyai nilai ubatan yang tinggi antara alfa, beta-pinena, sitronelal, neral dan limonena. Kajian terbaru menunjukkan ekstrak daun limau purut mempunyai sifat antipertumbuhan kuman, boleh menghalang pembesaran sel kanser, mengurangkan tanda-tanda alahan, mengurangkan tekanan darah tinggi dan menaikkan nafsu makan.
  7. LIMAU BALI (Citrus grandis (L) Osbeck)
    Limau Bali adalah buah yang terbesar dalam kumpulan citrus. Ia berasal dari kawasan Asia Tenggara terutamanya Indonesia, China dan Thailand. Di Malaysia, limau ini dikenali juga sebagai Limau Besar atau Limau Betawi.
    Limau bali merupakan limau yang dapat tumbuh dengan baik dan tidak menghadapi saingan daripada negara-negara pengeksport limau. Limau boleh dibahagi kepada tiga kumpulan:-
  8. Kumpulan dari Cina
    Mempunyai buah berbentuk seperti pir, berisi kuning dan berkulit tebal. Varieti utama ialah Shatian-yu yang ditanam di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.
  9. Kumpulan dari Thailand
    Mempunyai buah yang lebih kecil. Varietinya ialah Limau Siam dan Limau Bali Siam yang terdapat di Kubang Pasu, Kedah.
  10. Kumpulan dari Indonesia
    Mempunyai buah berisi putih, tidak berasid dan berkulit tebal. Antara varieti yang popular ialah Tambun Manis dan Tambun Masam, bersempena dengan nama kawasan tanaman limau bali yang terkenal di Kinta, Perak. Kultivar ini amat popular kerana berjus serta kandungan asidnya rendah.
  11. LIMAU NIPIS
    Limau nipis (Citrus Aurantifolia) adalah sejenis limau yang sangat digemari di negara ini untuk kegunaan sebagai air minuman dan juga untuk dicampur dalam masakan. Buahnya kecil dan bulat, berukuran 2.5 - 5cm garis pusat. Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi masam. Pokoknya pula adalah lebih kurang 5 cm tinggi.
    Iklim
  12. Limau nipis sesuai dengan iklim yang lembab dan panas seperti di negara kita.

1 comment:

  1. ass.....kita cakap tentang kesuburan tanah dan buahnya dalam penghasilan yang bermutu tinggi.Insyaallah produk baja gunung berapi saja yang dapat membantu untuk mendapatkan pengeluaran yang bermutu.Harganya pun tidaklah mahal sangat berbanding dengan harga baja urea yang lain.Dan satu lagi pesan jangan gunakan baja tahi ayam yang semestinya mempunyai virus untu merosakkan batang,daunnya disamping serangan ulat makan daun.Hubungi saya 0192031325

    ReplyDelete

Sila tingalkan komen anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...