Thursday, July 16, 2009

Baja Lahar Gunung Berapi (Clinop Zeolite)














CLINOP ZEOLITE
Nama Scientific CLINOPTILOLITE ZEOLITE
 Proses pengasingan mineral yang dilombong dipegunungan gunung berapi indonesia
 Zeolite merupakan kompenen yang sangat bermutu dan bernilai untuk merawat tanah pertanian
 Mengubah tahap pH tanah yang masam (level pH 3-5) kepada tahap pH subur iaitu antara 6.0 hingga 6.9
 Bentuk atom (honeycomb structure) yang dapat memegang air dan udara dengan lebih efisyen supaya tanah dapat mengekalkan tahap keperluan air dan udara yang diperlukan oleh tanaman
 Kandungan mineral yang tinggi terdapat dalam zeolite dapat memulihkan tanah mati

ZEOLITE boleh digunakan dalam pelbagai bidang dan tidak terhad kepada bidang pertanian sahaja. Bidang-bidang lain adalah seperti berikut:

BIDANG TERNAKAN
Zeolite juga boleh digunakan sebagai mineral tambahan untuk ternakan, terutamanya untuk ayam, biri-biri, lembu dan ternakan lain. Dengan campuran 5% - 10% zeolite didalam makanan, ianya akan meningkatkan berat dan kesuburan ternakan sehingga 20% - 30% dari keadaan biasa.

BIDANG PERIKANAN DAN UDANG
Zeolite juga boleh digunakan didalam bidang ini terutamanya untuk ternakan ikan ataupun udang. Ianya boleh menyerap unsur atau kandungan toksid dan ammonia yang mendatangkan kesan kepada ikan dan udang. Zeolite juga dapat meningkatkan kebersihan air didalam kolam ternakan dan ini akan memberi jangka hayat lebih kepada ternakan ikan dan udang .

INDUSTRI RAWATAN AIR
Kadar “ion-exchange capacity” yang tinggi di dalam zeolite dan kombinasi dengan unsur atau elemen di dalamnya dapat menyerap dan mengurangkan kandungan besi dan metal serta ammonia dan nitrat di dalam air. Dengan ini, zeolite adalah satu perantaraan yang unik, yang mana ianya dapat menghalang pencemaran air dari berlaku.

LAPANGAN GOLF
Dalam pengurusan pembinaan lapangan golf atau penyelengaraan padang rumput, pengunaan zeolite dalam stuktur tanah adalah begitu baik kerana zeolite mampu meneutralkan kandungan kimia dalam tanah dan tindakbalas dengan mineral tanah menyebabkan tanah menjadi subur, ianya boleh menstabilkan pertumbuhan rumput dan mempertingkatkan kualiti padang rumput.

KEGUNAAAN CLINOP ZEOLITE DALAM PERTANIAAN
 Mengandungi ‘Potassium’ yang tinggi, berkeupayaan bertindak balas dengan nitrogen dan unsur mineral semula jadi utama yang diperlukan bagi menjamin kesuburan tanah.
 Mempunyai CATION EXCHANGE CAPACITY (CEC) yang tinggi membantu mengikat ion-ion seperti ammonia yang diserap oleh tumbuhan.
 Merawat tanah masam dengan mengubah struktur tanah dan dapat mengekalkan tahap pH tanah berpanjangan.
 Sesuai digunakan untuk semua jenis tumbuhan terutama kelapa sawit pada tanah liat dan gambut, sayuran, padi, kopi dan koko.
 Menambah daya tahan tanaman dan dapat mengurangkan serangan penyakit.
 Memaniskan hasil buah-buahan serta manambah berat hasil tanaman.
 Meningkatkan pH, KTK, N, Ca, Mg dan K dalam tanah.
 Meningkatkan efisiensi organik sebagai penyedian unsur (N, K, dll).
 Meningkatkan penyerapan air.
 Mengendalikan racun dari unsur aluminum.

ELEMEN-ELEMEN YANG TERDAPAT DIDALAM BAJA ‘CLINOP ZEOLITE’






APLIKASI:
a) Mengunakan teknik rawatan tanah dengan menaburkan CLINOP ZEOLITE untuk:
1) Membaiki tahap pH daripada 3.0 hingga 5.0 kepada 6.0 hingga 7.0 (tahap kemasaman tanah).
2) Menambah mineral tanah terutama kandungan silika, untuk merawat tanah mati.
3) Mengubah strutur tanah supaya dapat meningkatkan keupayaan tanah memegang baja, air, udara dan mineral.
b) Menggunakan teknik semburan (formulasi) untuk:
1) Memperbaiki keupayaan proses fotosintisis untuk daun hijau serta penghasilan makanan.
2) Meningkatkan kecekapan penyerapan dan pangambilan nutrisi dan mineral.
3) Mengalakan proses pendebungaan dan memberatkan buah.
4) Memperbaiki sistem pertahanan untuk daya melawan penyakit.

APA ITU BAJA CLINOP ZEOLITE?
CLINOP ZEOLITE adalah merupakan unsur MINERAL SEMULAJADI yang diperlukan untuk kesuburan tanah dan memulihkan tanah mati. Ianya mengandungi ALUMINASILICATE yang mampu meningkatkan keupayaan tanah memegang baja dan nutrisi yang diperlukan oleh tanaman. Disamping itu bentuk atom (honeycomb structure) yang terbentuk dalam baja ini, dapat mengimbangi pengudaraan dan pengairan tanah. Ianya juga berfungsi sebagai egen rawatan tanah dimana CLINOP ZEOLITE ini membetulkan tahap pH tanah masam (pH 3.0-5.0) kepada tahap pH tanah subur (pH 6.0-7.0). Ianya juga mengandungi unsur asas baja (base fertilizer) iaitu N - 15 ( untuk penyuburan pokok dan daun), P - 15 ( untuk mengalakan pertumbuhan akar) dan K - 15 (untuk penyuburan bunga dan buah).












POKOK BUNGA / HIASAN
 Penggunaan : 25-30 kg per ekar
 Kekerapan : Sekali setiap 3 bulan

POKOK-POKOK BUAH
 Untuk pokok kecil : 1-2 kg per pokok
 Untuk pokok besar atau pokok buah : 3-4 per pokok
 Kekerapan : Sekali setiap 3 bulan

6 comments:

  1. Maafkan Saya Kerana Gambar jaduan Elemen Baja Dan Cara Mengunakan Baja Clinop Zeolite Tidak Berapa Jelas
    Disini saya sediakan Jadual tersebut:
    Elemen / %

    SiO² = 71.0%
    AL²O³ = 11.7%
    Fe²O³ = 1.2%
    TiO² = 0.91%
    CaO = 2.56%
    MgO = 1.01%
    K2O = 2.6%
    Na²O = 1.76%
    MnO = 2.1%
    pH = 6-7
    Loss of ignition = 9.1%

    Semaian dan sayuran
    75 - 125 kg/ekar
    Setiap musim tanaman
    Dicampur dengan tanah

    Kelapa sawit
    100 - 200 kg/ekar
    4 bulan sekali
    Tabur keliling pokok 2 - 3 kg

    Padi
    100 - 200 kg/ekar
    Setiap musim tanaman
    Tabur sebelum menanam benih

    Koko
    100 - 200 kg/ekar
    4 bulan sekali
    Tabur keliling pokok

    (HARAP MAAF DI ATAS KESILAPAN)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. macam mane nak dapat baja ni..

    ReplyDelete
  4. Tanpa Nama, anda boleh terus call kami di talian yang disediakan untuk pesanan baja tersebut, kalau Tanpa Nama berada di kawasan utara, Tanpa Nama boleh terus datang ke kedai kami dialamat yang disediakan. Terima kasih.

    ReplyDelete

Sila tingalkan komen anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...