Sunday, June 14, 2009

Ubi Gadong









Nama saintifik bagi ubi gadong ialah Dioscorea sp . Di Malaysia , terdapat sebanyak 19 spesies ubi gadong termasuk Dioscodrea hispida , Dioscorea piscatorum dan Dioscorea alata . Setiap spesies ini berbeza dari aspek fizikal dan kimia di antara satu dengan yang lain . Walau bagaimanapun , ubi ini juga dikenali dengan pelbagai nama lain seperti Ubi Nasi , Tuba Ubi , Ubi Cerok , Ubi Merah , Ubi Kendudok dan Ubi Kipas.








Daun pokok ubi gadong ini kelihatan seperti daun sirih . Pokok ubi gadong menjalar batangnya pula mempunyai banyak duri . Ubinya mempunyai saiz yang berbeza-beza , dan ada yang mencapai berat sehingga lima kilogram . Ubi Dioscorea hispida berwarna kemerahan dan ubi Dioscorea alata pula berwarna kuning kemerahan .

Kajian saintifik menunjukkan bahawa ubi ini mengandungi sejenis sebatian yang beracun , dioscorine iaitu sejenis alkaloid yang larut di dalam air . Walaupun beracun , tetapi masyarakat Melayu dan orang asli telah menjumpai cara untuk menghilangkan racunnya . Ubi gadong direndam air yang mengalir , kandungan dioscorine di dalamnya akan dilarutkan oleh air dan lama-kelamaan , ubi ini akan bebas daripada dioscorine .

Ubi gadong mempunyai nilai perubatan . Ubi gadong kaya dengan bahan yang disebut sebagai steroid . Steroid di dalam ubi ini terdapat dalam bentuk yang bergabung dengan gula , iaitu saponin . Steroid ialah sumber asli yang penting dalam penghasilan ubatan dan hormom . Saponin ini bersifat anti agregasi platlet iaitu saponin boleh menghalang pengetulan ( agregasi ) platlet di dalam darah . Secara tidak langsung , saponin dapat menghalang penyakit darah membeku dalam saluran trombosis .

Rujukan

1. Mustafa Ali , Mac 1993 , Dewan Kosmik , Ubat daripada Tumbuhan .

2. Mariani Othman , April 1996 , Dewan Kosmik , Tumbuhan dan Ubatan .

3. Ramli Abdul Samad , Jun 1997 , Dewan Kosmik , Khasiat Petai Dalam Perubatan Tradisional .

KUALA TERENGGANU – Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) akan menerima peruntukkan sebanyak RM2.2 juta dari kerajaan negeri Terengganu bagi membiayai kajian untuk mengkomersialkan produk berasaskan ubi gadong.








Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said mengumumkan demikian selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Iman.

Menurut beliau, peruntukkan itu adalah untuk tempoh dua tahun meliputi kajian dalam tiga bidang iaitu pengeluaran bahan makanan, farmaseutikal dan juga racun serangga perosak.

Kajian yang akan dilakukan oleh UDM ialah mencari kaedah mempercepatkan proses pengeluaran toksid atau racun yang terdapat didalam ubi gadong sebelum boleh dijadikan bahan untuk membuat kuih dan juga makanan lain.

``Jika sekarang proses mengeluarkan toksid mengambil masa tiga hari, saya berharap dengan adanya kajian oleh UDM proses itu dapat dipercepatkan kepada 10 jam sahaja.

``Sekiranya kajian ini berjaya, produk ini berpotensi untuk menjadi pengganti kepada tepung gandum malah kerajaan negerei juga bercadang untuk menjadikan makanan berasaskan ubi gadong menjadi sajian rasmi di negeri ini,’’ ujar beliau.

Sementara itu, UDM akan membuat kajian ini melalui Fakulti Pertanian dan Bioteknologi (FPB), Fakulti Teknologi Makanan (FTM), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan.

Sebanyak 12 orang Ketua Projek dan melibatkan semua kakitangan fakulti telah dilantik untuk menjayakan kajian ini yang diselaras oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UDM, Prof. Dr. Abdul Manaf Ali.

Berita KASWADI YUSOFF UKK

No comments:

Post a Comment

Sila tingalkan komen anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...