Tuesday, June 16, 2009

Info Ikan Ketutu

















Pengenalan:


Species : Oxyeleotris marmorata Blkr
Nama Panggilan lain:
  • Malay - Ketutu, Haruan Bodoh, Bakukut, Hantu.
  • Chinese, Cantonese - Soon Hock
  • Laotian - Pa bout, Pa bou, Pa boo
  • Thai - Prabu, Pla bu sai, Pla bu, Pla boo sai, Pla boo jack
  • Danish - Marmoreret sovekutling
  • Finnish - Marmoritorkkuja
  • German - Marmorgrundel
  • English -Marbled sleeper, Marble sleeper, Marble goby, Goby
  • Japanese - Kawaanago
  • Indonesian - Ikan malas, Ikan hantu, Ikan bodoh, Ikan bloso, Ikan betutu, Ikan belutu, Ikan bakut
  • Khmer - Damrey, Trey damrei, Trey damrey
  • Vietnamese - Cá bong tuong, Cá Bong
  • Tagalog - Bia

Ikan ketutu adalah ikan air tawar yang mendiami kawasan berair tenang, banyak kayu-kayu mati dan berpasir. Kawasan- kawasan tersebut adalah seperti tasik, empangan, lombong-lombong tinggal dan sungai-sungai. Ikan ini bersisik kecil yang bewarna coklat kehitaman dan bercorak batik di bahagian sisi dan dorsal manakala bahagian ventral berwarna putih kekuningan, ikan ini mengambil masa yang agak lama untuk membesar, kerana sifat pemalasnya, dalamlinkungan 2 tahun dari saiz benih.

Penghasilan ikan ini secara komersil juga tidak banyak kerana penghasilan benih di dalam pusat penetasan tidak banyak berbanding dengan ikan-ikan air tawar yang lain. Faktor-faktor penghalang penghasilan benih ikan ini adalah kekurangan induk yang matang kerana penangkapan yang tidak terhad serta kekurangan induk yang matang kerana kekurangan benih yang dihasilkan dalam hatceri.

Rasa ikan ini yang sangat enak dan digemari ramai menyebabkan permintaan terhadapnya sangat tinggi. Harga pasaran ikan ini mencapai RM90.00 sekilogram di jeti-jeti pendaratan tetapi mencapai harga RM160.00 sekilogram di restoran-restoran terkemuka di bandar-bandar besar.

Cara penternakan:

Jenis kolam

a) Kolam tanah – paling sesuai dan hanya memerlukan korekan sahaja. Nilai ph tanah mesti diuji terlebih dahulu mengikut kesesuaian. Besar faedahnya ia dibuat berhampiran dengan sungai. Kolam penternakan yang dibuat berdekatan dengan kawasan pertanian adalah mesti dielakkan kerana mempunyai risiko pencemaran (semburan racun dan baja)

b) Kolam fiber - tangki plastik (bewarna hitam)- kaedah kedua terbaik. Mudah dipantau dan terkawal. sistem pengairan perlu dijaga jika penternak mengunakan ternakan indoor, ini kerana bahan kimia pada PE tanck akan terdedah pada air jika lama tidak ada salingan air dalamnya. Elakkan dari menggunakan tangki yang bersegi kerana ikan lebih terdedah kepada risiko cedera dimulut dan menjadi sebab untuk ikan ini tidak mahu makan.

c) Kolam konkrit - tidak praktikal untuk spesies ikan ini jika penternak tidak melapit kolam tersebut dengan kain kanvas, ini kerana ikan tersebut hanya akan memburu diwaktu malam, dan sistem penglihatannya agak kabur maka ia akan melangar dinding konkrit dan menyebabkan luka dikawasan mukanya ini akan menyebabkan kematian. Dan Penternakan ikan didalam kolam konkrit atau canvas memerlukan system kitaran air yang effektif. .

  • Ikan ini memerlukan pencahayaan samar-samar oleh itu penyediaan kolam penternakan ikan berbumbung (netting) merupakan salah satu syarat asas. Setiap kolam perlu mempunyai sistem pump untuk pengudaraan oksigen dalm air yang tidak begerak. Perkara paling penting dalam penternakan jenis ini ialah menyediakan habitat yang hampir serupa dan terkawal.
Penyediaan bekalan makanan.

Bagi memastikan bekalan makanan untuk ikan ini terjamin dan menjimatkan kos, ternakan ikan sungai atau udang sebagai bahan makanan ikan ketutu perlu dilakukan. Pilihan terbaik ialah dari spesies ikan dan udang yang kecil dan senang membiak, mudah untuk diperolehi dan tidak mempunyai masalah untuk dibiakkan contohnya ikan ‘guppy’, Sepat, Puyu, Seluang, udang sayur dan sebagainya.




















(RM)


Info Lain:

Ikan Ketutu

Marbled goby atau lebih dikenali ikan ketutu, haruan bodoh, ikan ubi, ikan hantu, belantuk. Merupakan spesies ikan air tawar namun terdapat juga di kawasan air payau kebiasaan gemar tinggal di kawasan berlubang dengan persekitaran air berarus tenang dan sederhana. Bersifat karnivor iaitu memakan daging dengan memakan anak² ikan kecil, udang, siput dan ketam kecil.

Ikan pemangsa ini kawasan seperti lubuk, lombong tinggal dan tasik terutama kawasan mempunyai kayu atau buluh bagi tujuan mencari makanan. Bersifat pendiam dengan aktif pada waktu malam atau keadaan gelap. Ketutu dapat mencapai pembesaran sehingga 50 cm atau 2kg dalam masa 2 tahun.

Sistem lubang yang digunakan dalam ternakan ikan ketutu

Sistem Ternakan

Ketutu diternak kerana permintaan tinggi terhadap rasa dagingnya yang manis, unik dan pejal terutamanya oleh masyarakat asia timur. Terdapat beberapa modul ternakan yang digunakan seperti

  • Ternakan kolam tanah
  • Tangki fiber glass
  • Tangki aquarium
  • Kolam konkrit
Ternakan ketutu dalam tangki aquarium bagi yang mempunyai kawasan yang terhad

Ternakan di dalam kolam tanah disyorkan dengan persekitaran kolam yang lebih menyamai habitat asal. Tangki fiber antara kaedah ternakan bagi yang mempunyai kawasan yang terhad. Sifat agresif ketutu ketika mengambil makanan mendatangkan masalah melalui kaedah ini terutamanya tangki fiber yang berbentuk segi mengakibatkan kecederaan pada mulut ketutu sekaligus membantut permakanannya.

Antara modul ternakan yang diguna pakai

  • Kapasiti kepadatan ternakan 16 ekor /kaki persegi
  • Pencahayaan samar-samar dengan penggunaan tumbuhan akuatik dan plastik hitam sebagai pelindung cahaya
  • Penyediaan sistem lubang menggunakan plastik paip pvc, konkrit atau batang buluh
  • Kedalaman air yang sesuai bagi pengekalkan suhu air dan mengejar anak ikan
  • Ternakan dapat dituai (800-1000gram/ekor) dalam tempoh <>
  • Kandungan oksigen terlarut DO > 5mg/l bagi memastikan kadar pembesaran

Makanan

  • Makanan ternakan terdiri daripada ikan kecil seperti gopy, anak tilapia
  • Daging ikan yang dipotong-potong


Pengetahuan terhadap diet permakanan yang sesuai faktor penting dalam kejayaan ternakan ketutu. Ketutu antara ikan yang air tawar yang mempunyai selera ‘pelik’, di mana ianya boleh berubah selera pada bila-bila masa terutamanya pada peringkat awal ternakan.

Bekalan anak benih

1. Bekalan benih liar iaitu anak ketutu yang ditangkap dari sungai, tasik dan lombong.

2. Pusat pembenihan yang menjalankan pembenihan ketutu.

Bekalan anak ketutu kebanyakkannya diperolehi dari sungai, tasik atau lombong disebabkan proses pembenihan ikan ini yang sukar. Penternak disyor menjalankan pembenihan sendiri bagi menjamin bekalan anak yang berterusan. Kaedah pembenihan semula jadi dengan formasi induk yang diguna dalam sistem pembenihan ketutu 3: 1 dan 1:2 iaitu 3 induk betina dengan 1 induk jantan diletakkan dalam kolam pembenihan. Kadar hidup anak ketutu yang rendah <>

Ketutu antara spesies ikan air tawar yang mempunyai harga tinggi di pasaran, namun faktor kadar pembesaran yang lambat, sumber anak benih yang terhad dan diet pemakanan yang sukar merupakan cabaran yang besar terhadap usaha penternakan pada skala komersial.


Berita:

Ikan ketutu ada harga

KUALA LUMPUR: Tidak ramai menyedari ikan ketutu mempunyai nilai pasaran yang tinggi bukan saja untuk pasaran tempatan, malah di luar negara serta boleh menjana pendapatan lumayan jika diusahakan secara komersial.

Menyedari hakikat itu, Yayasan Bakti Khidmat Masyarakat Malaysia (YBKMM) dengan kerjasama Active Surge, Jabatan Perikanan Malaysia dan Commerce Asset Venture Sdn Bhd akan menganjurkan kursus ternakan ikan ketutu khusus untuk golongan ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan belia.

Tujuan utama kursus itu diadakan bagi memberi pendedahan kepada usahawan tani supaya mengetahui dengan jelas mengenai keistimewaan ikan ketutu yang dianggarkan mencecah RM90 sekilogram.

Pengurus Besar Pentadbiran Yayasan Bakti Khidmat Masyarakat Malaysia, Datuk Sheeda Romli, berkata ikan ketutu sudah dikenali di banyak negara seperti Indonesia, China dan Jepun.

“Hanya di kalangan Bumiputera kurang mengetahui mengenai keistimewaan ikan ketutu, padahal ikan ketutu adalah ikan paling mudah penjagaannya dan senang didapati,” katanya.

Ikan ketutu atau Marbled Goby mempunyai banyak nama sampingan seperti Haruan Bodoh, Ikan Ubi, Ikan Hantu dan Belantuk.

Ia adalah spesies ikan air tawar, namun terdapat juga di kawasan air payau dan gemar tinggal di kawasan berlubang dengan persekitaran air berarus tenang dan sederhana.

Ikan ini juga bersifat karnivor dengan menjadikan daging serta anak ikan kecil, udang, siput dan ketam kecil sebagai makanannya.

Ketutu sangat digemari masyarakat Asia Timur kerana rasa dagingnya yang manis, unik serta pejal.

Terdapat beberapa modul ternakan yang digunakan seperti ternakan kolam tanah, tangki gentian kaca, tangki akuarium dan kolam konkrit.

Selain meningkatkan ekonomi, bagi mereka yang hilang punca pendapatan serta tidak dapat pekerjaan sangat digalakkan untuk menyertai kursus penternakan ikan ketutu ini kerana perniagaan ini tidak memerlukan modal yang besar.

Dengan yuran pendaftaran serendah RM250 seorang, peserta akan dibekalkan sijil serta dapat mempelajari teknik penjagaan ikan ketutu dengan berkesan.

Kepada sesiapa yang berminat, boleh menghubungi Amin di talian 012-6538971 atau Sheeda di talian 014-3252417 untuk pertanyaan lanjut.

Pokok Roselle














Pengenalan
:
Nama Botani : Hibiscus sabdariffa L
Nama Lain : Asam Paya, Asam Susur, Asam Kundang, Roselle
Famili : Malvaceae

Roselle spesies Bunga Raya yang dipanggil Hibiscus Sabdariffa L. Tumbuhan Roselle dikatakan berasal dari India tetapi ada juga yang mengatakan ia berasal dari Afrika Barat. Orang India memanfaatkan seratnya dipakai sebagai bahan pembuatan tekstil.Tumbuhan ini mula diperkenalkan di Malaysia sejak lebih tiga kurun yang lampau. Kini terdapat lebih dari 300 spesies tanaman rosel di seluruh dunia.
Di Sudan, Roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan.
kaliks bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman Roselle.

Roselle atau Asam Paya ialah tumbuhan semusim yang boleh mencapai ketinggian hingga 3.5 meter, dahannya yang tumbuh menegak di peringkat awal dan melentur rebah apabila banyak buah. Ia mudah membiak dari biji benih buahnya yang kurang masam dan memerlukan cahaya matahari serta saliran yang baik.
















Daunnya pula berwarna hijau tua dan berbentuk tapak tangan dengan tiga cuping yang meruncing ke hujung dengan pelepah daun yang berwarna kemerahan bunga Roselle keluar di setiap sendi daun, berwarna kuning muda dan merah jambu manakala lengainya berwarna merah gelap dan berbentuk bujur.
Walaupun kebiasaannya roselle membiak dari biji benih namun ia juga boleh membiak melalui keratan batang. Untuk membiakkan Roselle, bijinya perlu ditanam kira-kira 20cm dari permukaan tanah. Untuk penanaman Roselle berskala besar pastikan tiada rumpai yang menganggu pertumbuhan pada bulan pertama kerana tahap pertahanan Roselle agak lemah ketika itu. Baja Organik ialah baja yang paling sesuai untuk penanaman Roselle. Bunga Roselle mula boleh dituai kira-kira tiga minggu dari pertumbuhan bunganya.

Antara kulat yang sering menyerang pokok Roselle ialah Aecidium Garckeanum A. hibiscisurattense, Alternaria Macrospora, Cercospora Abelmoschi, C. Malaysensis, Corynespora Cassiicola, Cylindrocladium Scoparium, Diplodia Hibiscina, Fusarium Decemcellulare, F. Sarcochroum, F. Solani, F. Vasinfectum, Guignardia Hibisci-Sabdariffae, Irenopsis Molleriana, Leveillula Taurica, Microsphaera Euphorbiae, Phoma Sabdariffae, Phymatotrichum Omnivorum, Phytophthora Parasitica, Ph. Terretris, Pythium Perniciosum, Rhizocotonia Solani, Sclerotinia Eliana, S. Sclerotiorum, Sclerotium Rolfsii. Pokok ini juga terdedah kepada penyakit seperti penyakit daun bertompok. Ia juga mudah diserang oleh parasit seperti kutu daun (aphid).

Bahagian Roselle yang boleh dimakan ialah kelopak bunga atau buahnya yang dipanggil kaliks. Kaliks berwarna merah terang dan bersifat mudah patah atau rangup. Antara kegunaan kaliks Roselle ialah dijadikan jus, kordial, bahan campuran dalam biskut dan kek. Daun Roselle yang mempunyai rasa agak masam boleh dijadikan campuran dalam masakan seperti tomyam dan sup. Cara mudah untuk mendapatkan air Roselle ialah dengan merebus kaliksnya dan dicampur sedikit gula. Air ini enak diminum setelah disejukkan dan dicampur dengan sedikit gula. Untuk menghilangkan bau rebusan campurkan dengan sedikit perahan limau nipis atau titiskan sedikit esen vanila.

Kegunaan:
Kaliks atau kelopak buah Roselle yang berwarna merah kaya dengan vitamin A dan C serta zat mineral, Roselle juga mempunyai sifat astrigen dan antiseptik. Ia boleh digunakan untuk merawat batuk, cirit birit dan berak berdarah. Roselle juga mempunyai kandungan Asid Askorbik (vitamin C) yang tinggi dari Blackcaren yang dapat membantu badan membina sistem pertahanan melawan penyakit. Dengan menjadikannya sebagai teh ubatan, herba ini dapat membantu mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi di samping memberi kesan awet muda. Kaliksnya boleh diproses menjadi jem, halwa, jeli, jeruk dan juga pewarna makanan. Pemprosesan biji rosel boleh dijadikan bahan kosmetik sementara kulitnya pula boleh dibuat tali atau Benang.

Khasiat Roselle:
1. Meningkatkan daya tahan tubuh
2. Mengatasi hipertensi
3. Anti infeksi bakteri
4. Membantu proses pencernaan dan mencegah kekurangan vitamin C
5. Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu ginjal
6. Mengandung Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotik pembunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta penyaring racun dalam tubuh


Info Lain:
Di negara ini, roselle ditanam secara komersial oleh pekebun kecil di Terengganu atas tanah bris dan berkembang di beberapa kawasan di Johor. Kaliks atau kelopak dari bunga roselle boleh diproses untuk mengeluarkan jus minuman, jem dan jeli.

Ia mengandungi kandungan vitamin C( asid askorbik ) yang tinggi iaitu sebanyak 260-280 miligram(mg) bagi setiap 100gram(g) kaliks kering.

Selain itu,setiap 100g kaliks segar mengandungi 2.85 ug vitamin D, 0.04 mg vitamin B1, 0.06 vitamin B2 dan 0.05 mg vitamin B2 kompleks.

Roselle merupakan tanaman semusim dengan pokok bersaiz renik dan boleh

tumbuh pada ketinggian 205 sentimeter ( sm ).

Tempoh hayat ekonominya ialah enam hingga 10 bulan dan pada masa itu beberapa

cabang akan keluar dari batang utama.

Batangnya berwarna merah gelap dan biasanya pokok akan lodge semasa matang kecuali pangkasan dibuat.

Daunnya berwarna hijau dan dan semasa peringkat awal, daun berbentuk bujur dan

Bertukar ke bentuk tiga jari.

Pokok mula berbunga pada pada usia 45 hingga 60 hari selepas ditanam dan sekuntum bunga akan keluar pada setiap ketiak daun.

Buah roselle berwarna merah gelap dan akan matang pada umur 35 hari selepas bunga kembang.

Setiap buah akan mengandungi lima kaliks dan bercantum bersama di bahagian bawah bunga.

Roselle hidup subur di tanah mineral dan tanah bris dan penanaman di tanah bris memerlukan pengairan dan pembajaan yang baik.


Penanaman

Penanaman hanya menggunakan biji benih di mana biji disemai dalam bekas yang sesuai dan anak benih sedia untuk ditanam ketika berumur 10-15 hari.

Roselle ditanam di atas batas berukuran 60 sm di tanah bris dan 90 sm di tanah mineral.Ini akan memberikan kepadatan 7, 400 pokok sehektar pada tanah mineral dan 11, 100 pokok sehektar pada tanah bris.

Penanaman roselle di tanah bris memerlukan penggunaan baja organik seperti tahi ayam dan baja sebatian NPK 15:15:15 dan NPK 12:12:17:2.

Pengairan
Sistem pengairan di peningkat ladang perlu dibina bagi menentukan paras air 60 sm dani permukaan. Bekalan air tambahan melalui sistem pengairan renjis perlu dibina. Penyakit kulat biasa menyerang ialah reput daun (Coniella rnusaiaensis var.Hibisci) dan reput batang (Phoina spp).Kejadian ini mudah berlaku sewaktu musim hujan. Kawalan menggunakan racun kimia seperti Carbendazim pada 0.05 peratus adalah disyorkan. Serangga perosak yang biasa menyerang Roselle adalah bena hijau, kumbang dan kutu (Podogrica gemelle, Phylloreta spp.). Pengawalan boleh dilakukan dengan menggunakan Deltamethrin, Fenvalerate atau Carbaryl. Buah Roselle cukup matang dan sedia untuk dipungut pada 20 hingga 30 hari selepas bunga kembang. Pungutan buah roselle patut dilakukan pada selang tujuh hingga 10 hari untuk tempoh 50 hingga 60 hari. Pungutan dilakukan secara manual dengan memotong buah menggunakan gunting. Buah roselle perlu diproses dalam tempoh dua hari di mana buah dibuang kapsul untuk mendapatkan kaliks.























Air Roselle:
Bunga ni tahan lama dan tidak mudah layu walaupun tidak disimpan dalam peti ais. Tapi bila dah kena air ianya mula mengeluarkan warna merah dan akan layu sedikit. Kalau buat air dari bunga Roselle tidak perlu tambah pewarna untuk jadikan warna air merah kerana bunga yang direbus mengeluarkan warna merah pekat.














Cara:

3 kuntum bunga Roselle dibelah dua dan dibuang biji. Rebuskan air sebanyak 8-9 gelas besar . Masukkan daun pandan/ sedikit esen vanila utk bagi wangi air. Biarkan air mendidih dan dimas
ukkan bunga Roselle. Biarkan terus mendidih sehingga bunga kelihatan sedikit pucat (warna merah sudah hampir hilang warna ) anggaran 15-20 minit.Sekiranya perlu tambah lagi air agar warna merah air tidak terlalu pekat. Masukkan gula mengikut manis yg diperlukan masing-masing dan kacau hingga gula hancur. Siap, sejukkan dan sudah boleh diminum dgn ditambah ais atau terus begitu saja.
Sekiranya sudah siap air gula maka rebus bunga Roselle tanpa gula. Hanya bancuh dgn air gula bila air Roselle sudah sejuk.


Berita:
Walaupun sebelum ini, terdapat beberapa masalah berkaitan dengan tanaman roselle, namun penemuan ini memberi sinar baru untuk roselle kembali hangat di pasaran.

PADA awalnya, kajian mengenai Kestabilan Genetik Lili dan Roselle Dengan Sistem Fertigasi adalah untuk menghasilkan beberapa jenis Roselle yang baru, unggul, bermutu dan mampu memberi hasil lumayan kepada petani.

Namun bukan itu sahaja yang terhasil, malah penyelidikan itu turut menemui sesuatu di luar jangkaan apabila sejenis asid organik semula jadi dikenali sebagai Hydroxy Citric Acid (HCA) didapati membantu mengurangkan berat badan.

“HCA diperoleh menerusi satu daripada mutant Roselle berwarna putih setelah benih Roselle dilalukan pada sinaran gama ray.”

“Sinaran tersebut mengganggu gen warna dan bentuk fizikal Roselle serta fungsinya sekali sebelum terhasilnya Roselle berwarna putih,” kata Profesor Madya Dr Ahmed Mahir Mokhtar Bakri, Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Menurut beliau, jenis Roselle putih ini kaya dengan HCA yang hampir sama dengan asid sitrik dalam buah limau gedang dan oren.

HCA didapati secara semula jadi daripada pokok Garcinia Cambogia atau dikenali sebagai Asam Jawa Malabar iaitu bahan paling popular dalam masakan India.



Secara umum, HCA dapat membantu mengurangkan berat badan menerusi dua cara asas.

Pertama, HCA membantu menghalang penghasilan lemak dengan mencegah makanan bergula dan karbohidrat bertukar menjadi lemak.

Kedua, penemuan terkini menunjukkan bahawa dengan meningkatkan paras bahan kimia tertentu di dalam otak seperti serotonin (pengawal selera yang utama), HCA berupaya membendung selera makan.

“Benih Roselle putih itu kemungkinan dikomersialkan pada hujung tahun ini apabila semua proses berkaitan seperti urusan perolehan hak harta intelektual disempurnakan, manakala dalam bentuk pil untuk kesihatan masih dalam proses,” katanya.

Roselle atau nama saintifiknya Hibscus sabdariffa adalah sejenis tanaman tropika dan eksotik yang berpotensi tinggi dalam menghasilkan makanan dan minuman berkhasiat setanding dengan produk buah-buahan tempatan yang lain.

“Roselle juga berpotensi sebagai makanan kesihatan, ubatan dan kosmetik,” katanya.

Berbanding dengan pokok Asam Jawa Malabar, yang hanya boleh hidup di India, tanaman Roselle sesuai ditanam malah lebih mudah diselenggarakan semasa cuaca panas. Namun keadaan yang lembap terutamanya musim hujan boleh menjejaskan hasil tanaman.

“Kajian menunjukkan tanaman Roselle boleh hidup subur di kawasan tanah pasir atau disebut tanah buis yang banyak terdapat di Pantai Timur. Ia sejenis tanaman semusim yang mampu hidup selama lima bulan,” katanya.

Penyelidikan beliau mendapat pengiktirafan antarabangsa dan berjaya memenangi pingat emas (roselle HS03100-29-7-1-6-3-1: Suatu titisan mutan berpotensi dengan kandungan HCA tinggi) dan perak (HCA Dari Roselle: Suatu agen anti-obesiti berpotensi) semasa Pameran Reka Cipta Britain di London pada tahun lalu.

Ahmed Mahir, seorang penyelidik dalam bidang Genetik dan Biakbaka Tumbuhan (Genetic and Plant Breeding), juga mengorak langkah untuk melakar sejarah baru dengan penciptaan kit yang mampu mengesan status halal haram sesuatu produk makanan.

“Kit itu nanti akan berfungsi sebagai alat mengesan sama ada sesuatu produk makanan itu mempunyai bahan campuran babi. Sementara itu, untuk menentukan daging lembu atau ayam disembelih atau pun tidak, satu ukuran kuantiti darah pada daging tersebut akan dilakukan,” katanya.

“Kedengaran macam mustahil tetapi tiada yang mustahil di muka bumi ini. Ini semua boleh ditentukan melalui DNA haiwan tersebut dan diadun dengan kepakaran yang kita miliki untuk menghasilkan alat yang boleh menyelamatkan darah daging umat Islam,” katanya lagi.

Ahmed Mahir mengingatkan agar isu halal haram tidak diambil ringan kerana apa yang dimakan akan menjadi darah daging.

“Kertas cadangan sudah siap dan kini dalam menguruskan proses untuk mendapatkan kelulusan perolehan dana bagi membiayai kos penyelidikan ini,” katanya.- Bernama

Artikel ini disunting dari akhbar kosmo oleh NURULATIQ AHMAD BANDI

Monday, June 15, 2009

Gaharu / Depu





















Pengenalan Pokok Gaharu

Aquilaria spp. adalah pokok dalam family Thymelaecae.
Pokok yang telah matang akan membesar sehingga 40 meter tinggi dan berdiameter 40cm.
Pokok Karas di hutan semulajadi mula mengeluarkan resin gaharu pada usia 20 hingga 45 tahun, bergantung pada ketahanan pokok dan tindakbalas kecederaan pokok.
Terdapat 15 spesis dari genus Aquilaria mempunyai nilai komersil yang tinggi. Malaysia sendiri mempunyai 5 spesis yang amat berkualiti iaitu Aquilaria Hirta, A. Malaccencis, A. Beccariana, A. Rostrata dan A. Microcarpa.
Hidup di kawasan tanah pamah sehingga ketinggian 750 m dari aras laut, dan memerlukan taburan hujan dan kelembapan yang tinggi.
Pokok Karas merupakan spesis di bawah CITES Appendix II, merupakan spesis terancam kerana kepupusan populasinya.
Gaharu digunakan dalam industri minyak wangi, produk perubatan, perubatan Ayurvedic, majlis keagaamaan dan sebagainya.

Senario di dalam Industri Gaharu

Permintaan untuk gaharu semakin tinggi walaupun pengeluaran semakin berkurangan, menyebabkan harganya semakin meningkat setiap tahun. Kebanyakan gaharu dieksport kepada pemborong-pemborong di Singapura, Timur Tengah, Hongkong dan Taiwan. Harganya boleh mencecah sehingga RM 14 - 18 ribu sekilogram untuk gred Double Super. Malahan, harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi iaitu sehingga RM45 ribu / kg. Asia Tenggara mengeksport gaharu bernilai RM48.3 million ke Arab Saudi dan bekalan hanya memenuhi 20% daripada permintaan pasaran.(sumber: TRAFFIC International 2002) Buat masa ini, kebanyakkan gaharu dikeluarkan daripada hasil hutan dan amat terhad. Tanpa penanaman semula, spesis ini akan terus diancam kepupusan disebabkan aktiviti pengambilan gaharu Penanaman gaharu di Malaysia masih baru dan belum popular, tetapi di negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Kemboja sudah lama diusahakan. Malah ia mendapat sokongan yang amat kuat daripada pihak agensi kerajaan mereka dari segi modal dan teknologi.

Penghasilan Gaharu Pada Pokok Aquilaria


Teknik inokulasi merupakan teknik menghasilkan gaharu pada pokok yang berusia 5 tahun ke atas atau diameternya mencapai 8 hingga 10 cm. Keadaan optimal perlu bersesuaian dengan batang dalam sekitar 5 cm. Setiap batang dibuat lubang dengan jarak anatara lubang sekitar 20 cm antara satu sama lain. Lubang disumbat dengan buluh atau poly paip untuk mengelakkan lubang tercantum. Selepas dimasukkan kulat ia ditutup dengan lilin, kayu dan sebagainya untuk mengelakkan air hujan masuk ke dalam lubang. Antara kulat yang digunakan ialah Furasium sp, Phytium sp, Lasiodiplodia sp, Libertela sp, Scytalidium dan Thielaviopsis sp.

1. Pemprosesan Kepingan Gaharu

Teras di dalam pokok akan diambil setelah pokok ditebang dan dipotong mengikut bentuk dan saiz resin yang terjadi. Proses yang dipanggil mencuci biasanya akan dilakukan di rumah atau kilang kerana ia mengambil masa yang agak lama. Ia adalah proses membuang sisa kayu dari resin gaharu sehingga ia bersih dan kering. Gaharu yang siap diproses akan menjadi kepingan dan habuk dan akan digred mengikut saiz, bentuk, warna, bau Gaharu ini akan dijual kepada pekedai atau pengeksport. Kepingan gaharu ini digunakan secara dibakar untuk mendapatkan aromanya.

2. Pemprosesan Minyak Gaharu

Selain gaharu yang dijual secara kepingan dan abu(bukan abu kat ehoza ni), ia juga diproses untuk dijadikan minyak. Menurut data dari Jabatan Perhutanan, terdapat 12 buah kilang di semenanjung Malaysia pada tahun 2007. Ia terbahagi kepada industri berskala kecil dan besar. Kebiasaan skala kecil mempunyai kurang dari 10 unit dapur dan diusahakan sendiri. Manakala, pada skala besar meraka mempunyai anatara 10 – 80 dapur dan akan mengupah pekerja seramai 2 – 3 orang atau lebih. Mereka juga memerlukan kayu gaharu sehingga 500 kg sebulan bagi menampung permintaan minyak gaharu.

Mesin pengisar kayu gaharu Proses memeram sebelum kayu dimasak




Minyak gaharu yang terhasil dari proses penyulingan.

JADUAL GRED DI PASARAN

Berikut adalah gred yang dikeluarkan oleh JPSM dalam Bengkel Penyeragaman Penggredan Gaharu di Semenanjung Malaysia pada awal bulan Jun 2007 yang lalu di Kuala Lipis ,Pahang.

GRED - HARGA ( perkilogram )

Super A - RM25,000 ke atas

Gred A - RM20,000

Gred B - RM18,000

Gred C - RM15,000

Gred D - RM8,000

Gred E - RM3,000

Slide 1

1.PENYEDIAAN TANAH/LADANG

a. Bersihkan kawasan 1 ekar =RM 1000.00
b. Gali lubang (Rm2.00/pokok) x600pk =RM 1200.00
dan tanam
JUMLAH =RM 2200.00

Slide 1

2. ANAK BENIH GRED SUPER A(KRISANA)

600pk x RM 18.00
=RM 10,800.00
** Anak benih ketinggian 4”- 5”
gred Super AA.
a. Jenis Gred anak pokok 4”-5”:
1. Super AA Krisana…..RM 18.20/pokok
2. Sub-Intergra A …..RM 15.30/pokok
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SAYA:
Mohd Saiful Mustafa
019-4100 816

Slide 2

Sunday, June 14, 2009

Info Lintah
















T
erdapat kira-kira 650 spesis lintah di dunia. Kebiasaan saiznya adalah diantara 50 mm dan boleh mencapai 30 cm. Dalam program ternakan lintah ini hanya melibatkan penternakan lintah perut hijau dan perang . Ia juga dikenali di kalangan masyarakat tempatan sebagai lintah kerbau atau nama saintifiknya Hirudo Medicinalis. Spesis ini mempunyai permintaan yang tinggi termasuklah penggunaannya dalam produk kosmetik dan menjadi bahan penting dalam penjagaan kesihatan manusia.
Lintah-lintah adalah annelids mengandungi subkelas Hirudinea. Terdapat air tawar, daratan, dan lintah-lintah laut. Seperti saudara-mara mereka yang dekat, Oligochaeta, mereka berkongsi kehadiran satu klitelum, lintah-lintah adalah khunsa. Lintah Hirudo mempunyai tiga rahang dengan 100 gigi pada masing-masing meleteri - membuat 300 gigi dalam semua. Lintah Medicinal, Hirudo medicinalis, yang adalah berasal dari Eropah, dan nya congeners telah digunakan untuk pertumpahan darah yang klinikal untuk beribu tahun.

ii. STRUKTUR BINAAN DAN BAHAGIAN2 DALAMAN LINTAH

3 lapisan otot yang kuat:

1. Otot Circular

2. Otot Diagonal

3. Otot Longitudinal










iii. CARA MAKAN

a. Lintah dengan rahang bergigi pada penghisap anterior

- melekap pada mangsa dan mengeluarkan bahan anti pembekuan (hirudin)

b. Lintah tanpa rahang bergigi dan tiada penghisap

- Melekap pada mangsa menggunakan jarum kecil untuk menusuk mangsa dan mengeluarkan enzim yang mencairkan darah beku mangsanya. Ia boleh hidup di dalam cecair badan mangsa/perumahnya.










iv. PEMBIAKAN

  • Lintah adalah hermapordit (jantan dan betina dalam satu badan)

  • Walaubagaimanapun lintah perlu ada 2 ekor untuk mengawan

  • Kedua-dua pasangan lintah akan mendermakan sperma ke badan pasangan

  • Telur berada di dalam kokun dan akan melekat dibawah batu atau kiambang dan tumbuhan lain.

  • kokun sangat tahan dalam keadaan sekitar yang ekstrim.

v. RESPIRASI

Mendapat oksigen melalui kulitnya yang lembab dan jika keadaan sekitar dlm air kurang oksigen , lintah akan timbul ke permukaan.

vi. HABITAT HIDUP

  • Lintah hidup di kawasan sejuk, panas yang terlindung dan kurang pengaruh air berarus

  • Kedalaman paling sesuai adalah 2 meter

  • Lintah yang bukan parasit akan mengelak diri daripada cahaya dan bersembunyi di bawah batu, pasu, tumbuhan akuatik atau didalam serpihan sampah.

  • Lintah akan aktif pada waktu malam, senja dan waktu hujan

  • Lintah tdak suka air yang rendah nilai kapur (masam)


Bekam Guna Lintah

Bermula daripada menternak lintah di dalam 15 bekas tangki yang memuatkan lebih 20,000 ekor lintah, kini Arjuna mengembangkan ilmunya kepada perubatan tradisional iaitu berbekam menggunakan lintah yang dipeliharanya.


Baginya, sesuatu ilmu jika dikongsi, dikembangkan ia akan menjadi lebih berkat, lebih berkesan kerana kerap dipraktikkan. Konsep itulah yang diamalkan dalam perniagaannya, mencuba sesuatu yang baru berasaskan produk sedia ada.

"Memang seronok mencuba sesuatu yang baru, kerana ia melalui proses pengamatan, penelitian dan perkembangan minda. Setiap hari saya menghabiskan masa bersama lintah, mengkaji habitat hidup, melihat bagaimana ia membesar.

Lintah menghisap darah di kawasan yang ditandakan.

"Daripada pengamatan itu, saya lakukan apa yang difikirkan sesuai untuk membiakkan lintah dengan cepat. Syukur, semua lintah di dalam tangki membiak dengan baik sebab ada rakan lain yang menghadapi masalah," katanya.

Selain mengusahakan ternakan lintah di Bandar Putra Perdana, Puchong, Selangor sejak setahun lalu, Arjuna juga menjalankan aktiviti ternakan ayam kampung yang kini masih di peringkat awal dan memerlukan banyak pelaburan.

Anak muda masih bujang ini juga mahir dalam bidang urutan tradisional, termasuk menggunakan lintah untuk berbekam yang dijalankan di rumahnya.

Mengulas lanjut proses pembiakan lintah yang diternaknya, Arjuna menjelaskan, lintah peliharaannya diberi makanan sejenis lumut bertujuan membersihkan sistem penghadaman lintah kerana haiwan yang sama akan digunakan untuk perubatan berbekam.

Arjuna Raja Ahmad
"Kebiasaannya lintah akan makanan berdarah, jadi kami berikan belut dan ikan belacak. Kedua-duanya berkhasiat dan berguna dalam perubatan. Jika lintah menghisap darah ikan itu, sudah pasti kandungan darahnya akan bercampur kandungan khasiat berkenaan.

"Lumut itu pula akan membersihkan lintah, jadi gabungan semua elemen itu akan membantu menghasilkan lintah hidup berkualiti," katanya.

Lintah dewasa yang panjangnya kira-kira sejengkal akan dipilih untuk berbekam kerana ia mampu menghisap darah lebih banyak. Lintah yang sudah digunakan untuk berbekam akan diasingkan di tangki khas dan dibiarkan di situ sehingga kembali ke saiz normal dan bertelur.

Ketika aktiviti berbekam dijalankan, Arjuna menggunakan teknik yang sama digunakan pengamal perubatan lain iaitu menggunakan bekas khas untuk menyedut udara. Sebaik saja bekas plastik itu dikeluarkan, lintah akan diletakkan di tapak berkenaan untuk menghisap darah.

"Proses ini mengambil masa kira-kira dua jam. Lintah akan berhenti menghisap dan jatuh sendiri sebab terlalu kenyang menghisap darah kotor. Ada kes lintah menghisap darah sampai mati.

"Menariknya, lintah tidak akan menghisap darah pesakit Aids. Walaupun kita paksa dengan meletakkan lintah di tapak yang disediakan, lintah itu tidak akan menghisap darah. Itulah istimewanya makhluk Tuhan ini," katanya.

Katanya, lintah yang digunakan untuk berbekam akan diasingkan sehingga dua bulan sebelum dibiarkan bertelur dan kembali ke saiz asal. Lintah itu akan digunakan untuk menghasilkan minyak lintah tradisional khasnya bagi tujuan urutan batin serta masalah luka luaran.

Kini, beliau juga turut menghasilkan minyak lintah yang dihasilkan dengan ramuan campuran termasuk minyak kelapa dara, lada hitam, biji sawi, yang dijual pada harga antara RM30 hingga RM130 sebotol mengikut dua saiz botol yang disediakan.

Minyak lintah yang dihasilkan itu akan diproses selama 40 hari termasuk ditapa sebelum diisi ke dalam botol.

Syarikat Kubi turut memperkenalkan sistem pawah iaitu ahli baru yang tidak mempunyai asas dalam bidang itu tetapi berminat untuk menjalankan penternakan lintah. Mereka cuma perlu mengeluarkan modal mana
kala urusan penjagaan, pemasaran dijalankan syarikat.


Perhatian!!!

Kami menyediakan pakej bagi yang hendak mula menternak Lintah seperti dibawah:

PAKEJ LINTAH HANYA RM 2500.00 SAHAJA

Anda tidak perlu bersusah payah untuk membina kolam lintah lagi kerana kami menyediakan semua untuk anda dengan hanya RM 2500.00 sahaja.
1. Dua (2) Tong PE Tank hitam
- 100 Galen / N 70
- Paip Overflow
- Frame / Netting
2. Tanah Liat Putih
3. Pokok Keladi Bunting
4. Makanan (Buster) dua (2) kg / untuk enam (6) bulan
5. Benih Lintah (1000) ekor / umor 4 bulan (saiz besar strew)
Penghantaran Boleh Dirunding
Kontrak pasaran disediakan bagi yang memerlukan (benih akan dibeli kembali ketika matang)

SILA HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT
Mohd Saiful Mustafa
019-410 0816

Buluh Madu















Tanaman pokok buluh tidak susah dijaga kerana ia ditanam sekali saja tanpa memerlukan penanaman semula, dengan dibaja setahun sekali. Ia cuma tidak boleh ditanam di kawasan tanah yang terlalu kering atau tanah yang terendam yang menjejaskan pertumbuhan akar. Tempoh matang pokok buluh untuk penghasilan rebung juga singkat iaitu kira-kira seminimum 8 bulan manakala untuk batang buluh 6 tahun. Ia juga tidak sukar dijaga kerana pokok buluh tidak mempunyai musuh daripada haiwan.

Jarak tanaman antara rumpun adalah antara 15 kaki dan 20 kaki yang membolehkan kira-kira 350 rumpun buluh boleh ditanam bagi keluasan 0.4 hektar. Buluh boleh ditanam melalui keratan dahan yang berakar, keratan batang dan melalui kaedah tisu kultur.

Oleh kerana permintaan yang semakin meningkat dan bekalan rebung yang berkurangan, terdapat pengusaha yang telah mengusahakan pengeluaran rebung secara komersil dengan menanam di ladang.
Bagi satu ekar ( 0.4 hektar ) tanah sebanyak 113 rumpun buluh mampu ditanam dengan jarak 16 kaki x 24 kaki dan rebung mula berhasil setelah 8 bulan ditanam.Pembajaan hanya dilakukan dengan menabur baja organik dua kali setahun. Pada umur 2 tahun setiap rumpun buluh mampu mengeluarkan 3 - 5 kg rebung sebulan. Dengan harga RM5.00 sekilogram pengusaha dapat memperolehi pendapatan lebih RM2,000.00 sebulan bagi keluasan seekar tanaman buluh rebung madu. Oleh yang demikian tanaman buluh rebung madu ini berpotensi diusahakan di kawasan tanah terbiar, selingan tanaman getah, dusun buah-buahan atau keliling rumah sebagai lanskap kerana tanaman ini hanya memerlukan penyelenggaraan yang mudah dan murah.Harga rebung buluh bergantung kepada jenisnya iaitu RM5 bagi rebung jenis Buluh Betung yang belum diproses dan RM8 yang sudah diproses bagi setiap kilogram, manakala rebung Buluh Beting adalah RM3 bagi yang belum diproses dan RM5 untuk yang sudah diproses. Perusahaan rebung mempunyai potensi besar untuk dimajukan kerana permintaan yang banyak ekoran semakin ramai yang menggemari rebung.










R
amai tak tahu rebung boleh digoreng dan paling digemari adalah masak lemak cili api rebung dengan ayam atau daging salai. Selain daripada itu rebung juga boleh di buat kerepek dan juga tepung.










KUALA NERANG 26 Mei - Umum mengetahui pokok buluh mempunyai pelbagai fungsi.

Tumbuhan yang banyak terdapat di merata tempat di negara ini bukan sahaja boleh dijadikan sebagai bahan kraf tangan tetapi batangnya turut digunakan untuk membuat lemang.

Malah masyarakat pada zaman dahulu menggunakan batang buluh untuk membuat rumah atau rakit serta sebagai senjata runcing.

Di sebalik segala kegunaan berkenaan, terdapat juga bahagian pokok tersebut yang boleh diambil untuk dijadikan makanan iaitu pucuk buluh yang muda dan masih lembut atau rebung.

Kebiasaannya rebung buluh digunakan sebagai masakan warisan yang menyelerakan seperti gulai rebung dan sayur lodeh di samping memeramnya untuk dijadikan jeruk.

Bagaimanapun tidak ramai yang menyedari potensi perniagaan yang boleh mendatangkan pulangan lumayan dengan mengusahakan tanaman buluh bagi mengeluarkan rebung.

Seorang pengusaha tanaman buluh madu, Abu Bakar Ismail, 68, dari Kampung Pasir Putih, Tualak di sini boleh tersenyum bangga kerana hasil usahanya menanam tumbuhan itu kini mampu menghasilkan rebung kira-kira 300 kilogram sebulan.

Beliau mengusahakan kebun buluh madu dengan menanam sebanyak 150 pokok bersebelahan rumahnya sejak dua tahun lalu selepas mendapati penduduk tempatan amat menggemari masakan menggunakan rebung.

Jelasnya, dia memilih buluh jenis madu kerana selain boleh menghasilkan rebung yang lebih sedap ia juga sesuai dijadikan tanaman hiasan yang menarik.

"Saya menjual rebung kepada masyarakat setempat dan ada juga peniaga yang mengambilnya dua kali seminggu untuk dijual di pasar-pasar malam.

"Permintaan terhadap bahan makanan ini amat tinggi dan ia berpotensi luas untuk diusahakan secara berskala besar," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini kelmarin.

Abu Bakar yang mengusahakan tanaman berkenaan bersama isterinya, Siti Leha Hashim, 65, dan dibantu tiga anak mereka memberitahu, dia menjual rebung yang belum diproses dengan harga RM3.50 sekilogram manakala yang siap diproses pula RM5 sekilogram.

Katanya, permintaan pasaran untuk rebung yang ditanamnya itu meningkat pada musim cuti sekolah khususnya daripada individu yang ingin mengadakan kenduri.

"Kebiasaannya di majlis-majlis kenduri, rebung ditempah untuk dicampurkan bersama masakan kari yang menambah kelazatannya," jelasnya yang menganggarkan telah meraih pendapatan RM30,000 sejak mengusahakan tanaman berkenaan.

Abu Bakar memberitahu, tanaman buluh tidak sukar dijaga jika mengikut kaedah yang betul kerana ia merupakan tumbuhan yang lasak.

"Ia cuma perlu dibaja selain memastikan aliran air yang sempurna bagi menjaga tahap kelembapannya terutama pada musim kemarau," katanya yang turut menjual benih pokok buluh madu pada harga RM10 sepokok.

Mengenai rancangan masa panjang, Abu Bakar memberitahu dia kini menanam kira-kira 400 pokok buluh madu lagi di belakang rumahnya bagi memenuhi permintaan pasaran.

Katanya, dia juga sedang mencari kawasan yang mungkin boleh disediakan kepadanya oleh kerajaan untuk mengembangkan lagi perniagaannya itu selain menjadi model kepada orang lain untuk sama-sama menceburi tanaman berkenaan.

"Saya berhasrat melangkah setapak lagi dengan mempelbagaikan fungsi pokok buluh madu dengan tidak hanya menumpukan kepada pengeluaran rebung sahaja.

"Mungkin pada masa hadapan saya akan berurusan dengan pihak tertentu untuk menggunakan batang pokok ini sebagai bahan membuat perabot dan penyucuk sate," katanya.

Ubi Gadong









Nama saintifik bagi ubi gadong ialah Dioscorea sp . Di Malaysia , terdapat sebanyak 19 spesies ubi gadong termasuk Dioscodrea hispida , Dioscorea piscatorum dan Dioscorea alata . Setiap spesies ini berbeza dari aspek fizikal dan kimia di antara satu dengan yang lain . Walau bagaimanapun , ubi ini juga dikenali dengan pelbagai nama lain seperti Ubi Nasi , Tuba Ubi , Ubi Cerok , Ubi Merah , Ubi Kendudok dan Ubi Kipas.








Daun pokok ubi gadong ini kelihatan seperti daun sirih . Pokok ubi gadong menjalar batangnya pula mempunyai banyak duri . Ubinya mempunyai saiz yang berbeza-beza , dan ada yang mencapai berat sehingga lima kilogram . Ubi Dioscorea hispida berwarna kemerahan dan ubi Dioscorea alata pula berwarna kuning kemerahan .

Kajian saintifik menunjukkan bahawa ubi ini mengandungi sejenis sebatian yang beracun , dioscorine iaitu sejenis alkaloid yang larut di dalam air . Walaupun beracun , tetapi masyarakat Melayu dan orang asli telah menjumpai cara untuk menghilangkan racunnya . Ubi gadong direndam air yang mengalir , kandungan dioscorine di dalamnya akan dilarutkan oleh air dan lama-kelamaan , ubi ini akan bebas daripada dioscorine .

Ubi gadong mempunyai nilai perubatan . Ubi gadong kaya dengan bahan yang disebut sebagai steroid . Steroid di dalam ubi ini terdapat dalam bentuk yang bergabung dengan gula , iaitu saponin . Steroid ialah sumber asli yang penting dalam penghasilan ubatan dan hormom . Saponin ini bersifat anti agregasi platlet iaitu saponin boleh menghalang pengetulan ( agregasi ) platlet di dalam darah . Secara tidak langsung , saponin dapat menghalang penyakit darah membeku dalam saluran trombosis .

Rujukan

1. Mustafa Ali , Mac 1993 , Dewan Kosmik , Ubat daripada Tumbuhan .

2. Mariani Othman , April 1996 , Dewan Kosmik , Tumbuhan dan Ubatan .

3. Ramli Abdul Samad , Jun 1997 , Dewan Kosmik , Khasiat Petai Dalam Perubatan Tradisional .

KUALA TERENGGANU – Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) akan menerima peruntukkan sebanyak RM2.2 juta dari kerajaan negeri Terengganu bagi membiayai kajian untuk mengkomersialkan produk berasaskan ubi gadong.








Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said mengumumkan demikian selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Iman.

Menurut beliau, peruntukkan itu adalah untuk tempoh dua tahun meliputi kajian dalam tiga bidang iaitu pengeluaran bahan makanan, farmaseutikal dan juga racun serangga perosak.

Kajian yang akan dilakukan oleh UDM ialah mencari kaedah mempercepatkan proses pengeluaran toksid atau racun yang terdapat didalam ubi gadong sebelum boleh dijadikan bahan untuk membuat kuih dan juga makanan lain.

``Jika sekarang proses mengeluarkan toksid mengambil masa tiga hari, saya berharap dengan adanya kajian oleh UDM proses itu dapat dipercepatkan kepada 10 jam sahaja.

``Sekiranya kajian ini berjaya, produk ini berpotensi untuk menjadi pengganti kepada tepung gandum malah kerajaan negerei juga bercadang untuk menjadikan makanan berasaskan ubi gadong menjadi sajian rasmi di negeri ini,’’ ujar beliau.

Sementara itu, UDM akan membuat kajian ini melalui Fakulti Pertanian dan Bioteknologi (FPB), Fakulti Teknologi Makanan (FTM), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan.

Sebanyak 12 orang Ketua Projek dan melibatkan semua kakitangan fakulti telah dilantik untuk menjayakan kajian ini yang diselaras oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UDM, Prof. Dr. Abdul Manaf Ali.

Berita KASWADI YUSOFF UKK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...