Friday, September 25, 2009

Pembajaan Kelapa Sawit

Pendahuluan

Selain bergantung kepada semulajadi biomass, tidak dapat dinafikan keperluan nutrien pokok kelapa sawit yang disumbangkan oleh baja bukanlah bahan organik semata-mata.

Pokok kelapa sawit selalunya memerlukan jumlah baja yang tinggi terutamanya yang ditanam ditanah pamah. Selain daripada kos buruh, kos pembajaan merupakan antara input termahal dalam industri ini (Tayeb et al, 1996). Di dalam menyediakan keperluan baja, jenis tanah, pokok dan alam sekitar adalah faktor yang perlu diambil kira juga. Ini dapat memastikan dos yang
optimum dapat dibekalkan (PORIM, 1998).

Kelapa sawit memerlukan unsur Nitrogen dalam jumlah yag banyak bagi memastikan pertumbuhan yang baik dan kadar penghasilan yang tinggi. Adalah dianggarkan keperluan unsur nitrogen dalam baja di Malaysia berdasarkan keluasan tanaman yang ada adalah sebanyak 130,00 tan setiap tahun (Zin et al, 1989). Ini mewakili 63% daripada jumlah keseluruhan penggunaan baja di Malaysia (Tay, 1985) mendapati penghasilan kelapa sawit di kawasan pendalaman semenanjung Malaysia dengan menggunakan baja Urea hanyalah separuh jika dibandingkan dengan penggunaan Ammonium Sulphate. Bedasarkan maklumat terakhir yang diperolehi dan pengalaman yang dikumpulkan, (Hamdan et al, 1996) mencadangkan penggunaan baja seperti dalam jadual dibawah

Jadual 1.1
Unsur Mikro
Penggunaan
Nitrogen (N)
Tidak melebihi 1 kg baja Urea pokok / tahun di kawasan pokok yang telah mencapai tempoh matang.
Fosforus (P)
Tidak melebihi 1.25 kg baja CIRP pokok / tahun di kawasan pokok yang telah mencapai tempoh matang.
Kalium (K)
5 -6 kg / pokok / tahun Mutriate of Potash dan 6 kg / pokok / tahun Bunch Ash di kawasan pokok yang telah mencapai tempoh matang.
Kapur (Lime / GML)
Gunakan Kalsium Karbonat atau habuk batu kapur (Ground Magnesium Limestone), bagaimana pun penggunaannya tidak disyorkan keatas pokok yang belum matang.
Kuprum dan Zink (Cu) dan (Zn)
15 gm Zink Sulfat dan Kuprum Sulfat dimasukkan ke dalam lubang semasa pokok ditanam ( tambahan kepada 150-200 gm CIRP).
Boron (B)
sekiranya nilai boron pada daun kurang daripada 20 ppm, gunakan 100-150 gm baja borate / pokok / tahun.

Di Malaysia, tanah di kawasan pendalaman mempu menghasilkan 30 tan / hektar / tahun kelapa sawit melalui penggunaan baja yang sesuai. Baja minimum yang diperlukan untuk mencapai jumlah ini adalah sebanyak 4 kg Ammonium Sulfate bersama 4 kg Muriate of Potash di dalam semua keadaan dan paling kurang 3 kg Rock Phosphate untuk setiap pokok / tahun kecuali di kawasan tanah laterit (Hamdan et al, 1999) .

Di Puapua New Guinea, Wilkie dan Foster (1996) telah menyatakan tanpa baja bukan organik (Kimia), pengeluaran kelapa sawit hanya sebanyak 23 tan / hektar di kawasan tanah bernutrien tinggi dibanding dengan 8 tan / hektar di kawasan yang tidak subur, ini tidak bermakna bahawa setiap petani perlu bergantung dengan baja kimia semata- mata ini telah kami terangkan dalam post yang sebelum ini, penggunaan baja organik perlu untuk tanaman kerana ia akan kekal dalam fungsi tanah dan menyuburkan keadaan pH tanah, maka para petani perlu bijak dalam mengatur penggunaan baja yang bersifat domistik.

Pengeluaran berjumlah 34- 38 tan / hektar pula dapat dicapai dengan menggunakan 2.5 kg Potassium Cholire, walaupun begitu baja tersebut tidak boleh dibekalkan bersama Triple Superphosphate atau Kleserite. baja Ammonia membantu meningkatkan bilanggan tandan kelapa sawit, sementara Potassium Kloride pula menmbah berat sebiji kelapa sawit. Pelbagai jenis dan cara pengunaan baja yang disarankan oleh pihak pertanian atau pun pihak yang bertanggunjawab dalam hal ini, maklumat diatas hanya sebagai kita berkongsi ilmu pembajaan sahaja, kerana terdapat produk baja di pasaran yang boleh membantu para petani untuk meningkatkan hasil dengan mudah dan cepat, salah satunya akan kami utarakan dalam post ini.

Maka disini saya cuba dalam beberapa cara pembajaan dalam ketegori organik, kimia dan vitamin semburan
Clinop Zeolite (Baja Lahar Gunung Berapi) ianya mempunyai mikro SiO2 atau pun Silica yang tinggi berfungsi sebagai sistem mikro bertindak untuk menarik zat-zat makanan yang terdapat dalam tanah untuk kegunaan tanaman, kadar Silica yang tinggi dalam baja tersebut malahan ia adalah sejenis pure organik yang tidak akan merosakkan tanaman walaupun terlebih penggunaannya, ia sangat sesuai pada peringkat permulaan tanaman.














Penggunaan Baja Organik (CLinop Zeolite)

Umur Anak Benih (bulan)
Kadar Sukatan Baja
1
7 gm dilarutkan dalam 5 liter air dan disiram setiap minggu untuk 100 anak benih
2
1 gm /pokok pada selang seminggu
3 - 4
5 gm /pokok pada selang seminggu
5 - 6
10 gm /pokok pada selang seminggu
7 - 8
15 gm /pokok pada selang seminggu
9 - 10
20 gm /pokok pada selang seminggu
11 - 12
30 gm /pokok pada selang seminggu
UMUR POKOK ( TAHUN )
Kuantiti Baja (kg) - Di sarankan
Kuantiti Baja (kg) - Minima
0 - 5
1 - 3
1
5 - 15
3 - 4
2
Melebihi 15 tahun
4
3

Bersambung untuk rujukan akan datang, insyallah.......

Thursday, September 24, 2009

Info Kelapa Sawit

Pendahuluan

Kela
pa sawit terdiri daripada dua Spesise Arecacae atau famili palma yang digunakan untuk pertanian komersil dan domestit dalam pengeluaran minyak kelapa sawit. Kelapa sawit Afrika, Elaeis guineensis, berasal dari Afrika barat di antara Angola dan Gambia, manakala kelapa sawit Amerika, Elaeis oleifera, berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

Pokok yang matang mempunyai satu batang pokok yang tunggal dan tumbuh sehingga 20 meter tingginya. Daunnya merupakan daun majmuk yang anak-anak daunnya tersusun lurus pada kedua-dua belah tulang daun utama seolah-olah bulu dan mencapai 3 hingga 5 meter panjangnya. Pokok yang muda menghasilkan lebih kurang 30 daun setiap tahun, dengan pokok yang matang yang melebihi 10 tahun menghasilkan lebih kurang 20 daun. Bunga berbentuk rumpun yang padat. Setiap bunganya kecil sahaja, dengan tiga sepal dan tiga kelopak. Buahnya memakan 5 hingga 6 bulan untuk masak dari masa pendebungaan. Ia terdiri daripada lapisan luar yang berisi dan berminyak (perikarp), dengan biji tunggal (isirung) yang juga kaya dengan minyak. Berbanding dengan saudaranya kelapa, kelapa sawit tidak menghasilkan tunas susur. Pembiakannya adalah melalui penyemaian biji-biji.

Kelapa sawit sesuai ditanam di kawasan tanah yang gembur, tanah liat gembur dan tanah gambut (kurang dari satu meter dalam).

Tanah gambut (lebih satu meter dalam), tanah masam dan tanah paya adalah kurang sesuai bagi tanaman kelapa sawit. Walau bagaimanapun dengan pengurusan sistem pengairan dan pembajaan yang sempurna, jenis-jenis tanah ini boleh juga ditanam dengan kelapa sawit dengan jayanya.

PERLAKSANAAN KERJA

Kerja-kerja pembersihan, pembarisan dan penanaman kacang penutup bumi dikawasan ladang hendaklah disempurnakan sebelum menanam anak-anak pokok kelapa sawit.

Pembersihan: Kerja-kerja membersih ladang hendaklah mengambil kira kos buruh dan jentera, keadaan tanah (curam atau rata), hutan atau kawasan tanam semula.

Adalah penting operasi pembersihan ladang dijalankan serentak dengan masa anak benih dapat diperolehi dari pembekal. Jika mempunyai tapak semaian sendiri, masa penyediaan ladang hendaklah disesuaikan dengan masa mengeluarkan anak benih yang telah cukup matang untuk ditanam diladang. Perancangan jadual kerja adalah amat mustahak untuk kejayaan penanaman diladang.

Pembarisan: Barisan tanaman dibuat mengikut arah Utara-Selatan supaya pokok-pokok mendapat cahaya matahari yang maksima.

Kekacang penutup bumi: Menanam kekacang penutup bumi dilakukan setelah kerja-kerja pembarisan selesai dilaksanakan. (Kawasan gambut tidak perlu tanam kekacang).

Penutup bumi adalah untuk:

  • Mengawal hakisan
  • Memperbaiki status zat pemakanan dalam tanah, khususnya Nitrogen
  • Memelihara kelembapan tanah

Tiga jenis kekacang penutup bumi yang biasa ditanam adalah:

Centrosema pubescens








Pueraria phaseoloides








Calopogonium mucunoides/caeruleum










Benih kekacang boleh dibeli dari pembekal-pembekal swasta manakala kompos rhizobium boleh dibeli di Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM). Kaedah ringkas menanam kekacang penutup bumi adalah seperti berikut:

  • Umumnya campuran 10g kompos rhizobium dengan 10kg biji benih kekacang digunakan.
  • Campuran tersebut ditabur didalam jalur yang selari diantara 2 barisan pokok kelapa sawit.
  • Jarak diantara jalur-jalur adalah 2 meter.
  • Contoh kadar campuran biji benih kekacang adalah seperti berikut:-
Kekacang Kg/ha
Centrocema pubescens 4.0
Pueraria phaseoloides 1.1
Calopogonium caeruleum 0.6
  • Baja campuran N:P:K:Mg (15:15:6:4) digunakan sebagai baja asas dengan kadar 56 kg/hektar.
  • Tabur baja debu Fosfat (seperti CIRP) pada kadar 560 kg sehektar mengikut jadual berikut:
Umur Kekacang Kadar Baja Debu Fosfat (kg/ha)
Semasa menanam (sepanjang jalur-jalur) 112
2 bulan 112
6 bulan 112
8 bulan 112
12 bulan 112
  • Pengawalan rumpai dan serangga perosak diperlukan dengan mengguna racun-racun yang sesuai jika hendak memperolehi tanaman kacang yang baik.

Penanaman

Anak benih sawit yang telah berumur 12-15 bulan ditapak semaian adalah sesuai untuk ditanam. Kaedah ringkas penanaman adalah seperti berikut:-

  • Lubang Tanaman disediakan 2-3 minggu sebelum menanam. Ukuran lubang mesti dilebihkan dari ukuran polibeg supaya penanaman mudah dijalankan. Tanah lapisan bawah dan lapisan atas diasingkan.
  • Taburkan 150g - 200g baja Fosfat didalam lubang.
  • Buangkan/Tanggalkan polibeg sebelum anak benih ditanam. Masukkan anak benih kedalam lubang yang telah disediakan.
  • Lubang dikambus dengan tanah lapisan atas dahulu dan diikuti dengan tanah lapisan bawah supaya buku-pangkal pokok berkeadaan sama rata dengan permukaan tanah.
  • Anak benih hendaklah berkeadaan tegak selepas ditanam.
  • Mampatkan tanah disekeliling pokok dengan tidak merosakan akarnya.
  • Masa menanam hendaklah pada musim hujan dan elakkan dari menanam pada musim kemarau.
  • Lazimnya, jarak tanaman yang dipilih adalah 9 meter tiga segi yang memberi 136 pokok pada 1 hektar. Kepadatan pokok sehektar dengan jarak tanaman yang berbeza adalah seperti jadual dibawah:
Jarak Jumlah Pokok
Meter (Kaki) Hektar (Ekar)
8.5 (28) 160 (65)
8.7 (29) 148 (60)
9.0 (30) 136 (55)
  • Sulam pokok-pokok yang mati apabila menjalani pemeriksaan sekurang-kurangnya 6 bulan selepas menanam.

Tanaman selingan

Kacang tanah, jagong dan lain-lain tanaman kontan atau sayur-sayuran boleh ditanam sebagai selingan dalam masa tiga tahun pertama selepas pokok sawit ditanam.

Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan tanaman selingan ialah:

  • Tanaman itu memberi keuntungan dalam masa tiga tahun.

  • Tanaman itu tidak memberi persaingan yang boleh menjejaskan
  • kesuburan pokok kelapa sawit dari segi zat-zat pemakanan, air dan cahaya matahari.
  • Ada pasaran atau mudah memasarkan hasil tanaman selingan itu

Tanaman Nanas


Pengenalan

Nanas atau nama botaninya Ananas comosus dari keluarga Bromeliaceae adalah tanaman tropika yang dipercayai berasal dari Amerika Selatan, la banyak ditanam di Thailand, Filipine, Amerika Selatan dan Afrika. Di Malaysia, Nanas banyak ditanam di negeri Johor, Selangor, Kelantan, Serawak dan Pulau Pinang.

Antara varieti Nanas yang disyorkan untuk ditanam ialah Sarawak, Gandol, Mauritius (Moris), N36 dan Josapine. Hanya varieti Josapine dan N36 berjaya menembusi pasaran eksport kerana mempunyai daya tahan yang tinggi. Selain daripada mempunyai permintaan yang baik di pasaran, tanaman Nanas juga tergolong dalam kumpulan tanaman yang boleh tahan kepada keadaan kemarau dan dapat hidup dengan baik dalam cuaca dan keadaan tanah di negara ini. Bagi tanaman Nanas ialah pada suhu sekitar 30°C dengan taburan hujan sebanyak 1250 mm setahun.

Penuaian perlu dilakukan pada tahap kematangan yang dikehendaki pasaran yang kebiasaannya 90-120 hari selepas berbunga bergantung kepada varieti. Buah dikutip dengan memotong tangkai menggunakan parang atau pisau yang tajam dan kemudiannya dihantar ke pusat pengumpulan untuk penyediaan. Bagi mengekalkan kualiti dan memanjangkan jangka hayat, buah Nanas boleh disimpan pada suhu 10-13°C untuk buah yang belum masak dan 7-10°C untuk buah masak pada kadar kelembapan relatif 85-90% untuk tempoh sehingga 3 minggu.

Ciri-ciri pokok

Pokok nanas yang matang mempunyai daun yang tirus dengan tompokan merah gelap sepanjang tengah permukaan daun dan berwarna perak kelabu dipermukaan bawah daun. Daun-daun tajam dengan duri-duri di kedua-dua margin. Jambak bunga, berwarna merah jambu dan mengandungi 100-170 kuntum bunga. Daun-daun braktea di pangkal jambak bunga berwarna merah. Mahkota, hijau dan berbentuk kon, 10-15 cm panjang. 3-5 sulur biasanya dikeluarkan oleh setiap pokok nanas.

Ciri-ciri buah

Buah Nanas Pada berbentuk hampir silinder dengan saiz sederhana. Buah yang belum matang berwarna hijau gelap hingga kuning coklat dan akhirnya masak berwarna kecoklat-coklatan merah. Buah boleh dituai apabila 2-3 belah mata mula berwarna kuning kecoklat-coklatan. Buah masak sepenuhnya seberat 1.5 kg - 2.5 kg dengan isi berwarna kuning keemasan, sedikit rangup dan sangat manis (Brix 17-23%).

Pembajaan

Tahun
Kekerapan
Jenis Baja
Jumlah / Pokok / Tahun
(kg)
Kadar Pembajaan
(kg)
0
Semasa tanaman Rock Phosphate
Dolomite
Tahi Ayam
0.20
0.10
5
0.20
0.10
5.0
1
Setiap 3 bulan 15:15:15
0.5
0.13
2
Setiap 3 bulan 15:15:15
1.5
0.38
3
Setiap 3 bulan 12:12:17:2+TE
2.5
0.63
4
Setiap 4 bulan 12:12:17:2:TE
4.0
1.33
5
Setiap 4 bulan 12:12:17:2:TE
5.0
1.67
6 ke atas
Setiap 4 bulan 12:12:17:2:TE
6.0
2.00

Sebagai tambahan, baja tahi ayam 10 - 30 kg/pokok/tahun dan dolomite 0.2-0.3 kg/pokok/tahun adalah disyorkan.

Untuk mendapatkan pengeluaran buah yang seragam, tanaman nanas biasanya diaruh (induced) apabila berumur 9-10 bulan selepas diubah ke ladang. Penyediaan komersial boleh menggunakan AGROTECH Plus Baja Semburan Vitamin untuk menghasilkan buah yang sihat dan berkualiti tinggi.

Jangkamasa Vegetatif: 3 tahun

Jangka hidup ekonomik: 20-25 tahun

Penuaian

Nanas didapati bertindak balas dengan rawatan aruhan bunga. Secara purata, nanas akan berbunga dalam 30 hari selepas rawatan aruhan dilakukan dan buah boleh dituai selepas 125-130 hari. Daripada pemerhatian secara purata, Nanas Pada ditanam di atas tanah gambut adalah lebih besar (2.3 kg) berbanding dengan yang ditanam di atas tanah mineral (1.5 kg). Buah boleh dimakan dalam masa 3 hari selepas dipunggut.

Kawalan Perosak dan Penyakit

Pemeriksaan perosak dan penyakit secara regular amat penting. Perosak biasa ialah koya dan ia boleh dirawat dengan semburan dimethoate. Belum ada rekod penyakit serius tanaman nanas di Malaysia.

Hari Ini Dalam "Pisang"

Assalamualaik,

Maaf kerana lama tak update blog ini sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarakh,
Harap dengan pemulaan info pisang ini dapat membuka lembaran baru dalam consultant pertanian, Dari pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan anda.

Pendahuluan

Pisang adalah daripada keluarga Musaceae dan banyak terdapat dikawasan Tropika. ia ditanam di kebun- kebun kecil sebagai tanaman utama, kontan atau selingan
Pada tahun 1976, dianggarkan seluas 17,710 hekter (43,763 ekar) ditanam disemenanjung Malaysia. Pisang banyak terdapat di negeri Pahang, Perak dan johor.

Jenis

Antara jenis yang digemari ramai ialah Pisang Berangan, Embun (bunga), Raja Restali, Tanduk, Emas dan Kultivar seperti Pisang Nangka, raja, lang, relong, tanduk, nipah dan pisang awak pula sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan. Pisang yang pada mulanya merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini telah dikomersialkan.

Iklim

Iklim tropika amat sesuai untuk tanaman Pisang, iaitu suhu melebihi 210C (700F) dan hujan serata serta tetap, tidak kurang daripada 10 sm (4 inci) purata tiap bulan

Tanah

Tanaman Pisang sesuai ditanam diatas jenis tanah yang dalam, ringan serta rata. Jangan tanam diatas tanah yang bertakung air, walaupun Pisang memerlukan kelembapan tinggi dalam tanah

4. Amalan Kultur

Penyediaan kawasan
  • Pembersihan kawasan menggunakan jentera atau tenaga manusia.
  • Pokok-pokok yang telah ditebang dilonggokkan dan dimusnahkan.
  • Kawasan yang telah dibersih hendaklah dibajak.
  • Pembarisan dan menggali lubang dilakukan selepas penyediaan tanah.


Prasarana tanah
  • Jalan ladang perlu perlu disediakan mengikut kawasan atau blok berdasarkan pada luas ladang, bentuk muka bumi, kedudukan kemudahan pengurusan dan rumah pengendalian.
  • Saliran yang mencukupi adalah penting bagi mengelakkan takungan air.


Penyediaan Benih Tanaman
  • Pengeluaran benih pisang secara sulur
Pembiakan tampang ini adalah satu kaedah mudah dan selalu digunakan dalam penyediaan benih tanaman pisang. Sulur pedang yang berbentuk kon, berdaun tirus dan mempunyai bahagian umbisi besar adalah dipilih untuk dijadikan bahan tanaman. Sulur pedang yang dipilih berukuran 45 - 100cm tinggi dengan berat antara 1 - 1.5 kg sebelum dibersihkan.

Pastikan sulur yang dikorek untuk dijadikan bahan tanaman mempunyai umbisi yang mencukupi bagi menampung bahan makanan untuk pertumbuhan akar sulur. Sulur yang dipilih dibersihkan dan semua akar dan tisu yang rosak serta reput dibuang. Benih tersebut dirawat dengan campuran satu bahagian formaldehid dengan 4000 bahagian air untuk mengawal cacing nematod sebelum ditanam di ladang.

  • Pengeluaran benih menggunakan teknik 'Quartering'
Benih pisang ini dibiakkan melalui umbisi pisang yang mengandungi matatunas. Sulur pisang dibersihkan daripada akar dan kotoran yang terdapat pada bahagian umbisi. Bahagian pangkal sulur pisang diasingkan dari bahagian umbisi. Seterusnya keratan umbisi pisang tersebut dipotong kecil berukuran 4 -5 cm dan dirawat dengan merendam ke dalam campuran berikut selama 30 minit.
-Racun kulat (spt. Benomyl 50% w/w) :50g/4.5 liter air
- Racun serangga ( spt. Cypermethrin 5.5% w/w) : 5ml/4.5 liter air
-Hormon Penggalak akar :50 g/4.5 liter air

Keratan umbisi pisang tersebut disemai di dalm pasir di rumah lindungan dengan kedalaman 5 -6 cm. Seterusnya dikambus dengan pasir supaya tidah terdedah kepada matahari dan ditutup dengan guni jut. Semaian hendaklah disiram 2 kali sehari dan selepas 3 minggu anak pisang yang tumbuh dari umbisi tersebut dipindahkan ke dalam polibeg berukuran 150mm x 230mm. Selepas dua minggu di dalam polibeg anak pisang tersebut boleh ditanam di ladang.
  • Pengeluaran benih tanaman tisu didik
Benih pisang dibiak secara in vitro di antara induk terpilih dan secara pengeluaran yang begitu terkawal menghasilkan anak - anak benih didapati seragam dengan benih sulur.Benih tisu didik setelah berukuran 20 cm atau mempunyai 6 - 7 helai daun selepas mengalami pengubahsuaian cuaca dapat dipindahkan ke ladang.


Sistem penanaman
  • Tanaman tunggal
  • - Tanaman tunggal diusahakan untuk pengeluaran pisang secara komersil dan bekalan berpanjangan. Jarak tanaman ialah 2.5 m x 2.5 m dengan kepadatan 1600 pokok sehektar. Pada jarak 3. x 3m kepadatan mencapai 1100 pokok sehektar.

    - Kultivar Cavendish, berangan dan mas biasanya ditanam sebagai tanaman tunggal secara besar-besaran untuk pasaran eksport. Kultivar pisang lang, nipah dan juga awak ditanam secara tunggal untuk siproses memenuhi pasaran tempatan.Pada amnya pelbagai jarak tanaman ditentukan mengikut status kesuburan tanah atau kemudahan operasi di ladang. Kepadatan tanaman boleh ditingkatkan di tanah yang subur.

  • Tanaman selingan
  • - Pisang ditanam bersama tanaman kekal, seperti getah, kelapa sawit, koko dan durian sebagai tanaman selingan sebelum pengeluaran hasil daripada tanaman utama. Sebaris pisang dengan jarak 3m x3m dengan kepadatan 700 - 900 pokok sehektar dapat ditanam antara barisan kelapa sawit atau pokok getah dan juga pokok buah-buahan yang besesuaian.



Penanaman di Ladang lubang -lubang berukuran 30X 30X 30 cm digali dan diisi dengan campuran 100 g baja fosfat (CIRP), 100 g kapur (Ground Magnesium,Lime GML @ Clinop Zeolite / Lahar Gunung Berapi), 100 g naja NPK 8:8:8, 25 g Carbofuran dan 0.5 kg baja organik sebelum pisang ditanam.



Program Pembajaan Tanaman Pisang


Bulan Selepas Tanam Jenis Baja

Pisang Mas Kadar Perbelanjaan (g/pokok)

Pisang Berangan, Rastali, Cavendish (g/pokok)
Semasa Tanam CIRP 100 100

8:8:8 60 60

GML /CZ 100 60
1 15:15:15 60 100
2 15:15:15 100 150
3 15:15:15 100 150
4 15:15:15 150 150
5 15:15:15 150 150
6 12:12:17:2 100 75

MOP 50 75
9 12:12:17:2 100 250
12 12:12:17:2 150 -

15:15:15 - 250
13 GML / CZ 1000 1000
15 15:15:15 150 200
18 12:12:17:2 180 -

15:15:15 - 250
21 12:12:17:2 180 -

15:15:15 - 300

MOP 50 100
24 12:12:17:2 180 -

15:15:15 - 400

CIRP - Christmas Islands Rock Phosphate

CZ - Clinop Zeolite (Lahar Gunung Berapi)

MOP- Muriate o Potash

GML- Ground Magnesium Limestone




Monday, September 21, 2009

Selamat Menyambut Aidilfitri




















Salam Aidilfitri
pada semua pengunjung Blog Consultant Pertanian, kami susunkan 10 jari memohon maaf atas kekhilafan kami selama ini, dan mengharapkan kebaikan pada bulan ini. Khas Dari Inang Mesra Enterprise Kami mengucapkan Selamat Aidilfitri pada semua rakyat Malaysia dan umat Islam seluruh dunia khususnya.

Semoga Kesempatan bulan Syawal ini kita manfaatkan bersama dengan KeMaAfAn

Wednesday, September 16, 2009

THANK YOU/TERIMA KASIH


Thanks For Subscribe With Us/Terima Kasih Kerana Melanggan Dengan Kami :) 

Saturday, August 22, 2009

Selamat Menjalani Ibadah Puasa
















Salam Ramadhan Al-Mubarak dari kami Inang Mesra Enterprise untuk semua muslimin dan muslimat seluruh dunia dan masyrakat Malaysia khususnya,,

Semoga anda mendapat keberkatan malam
Lailatul Qadar, dan semoga amalan kita menjadi penduan dan bimbingan kita di negeri akhirat kekal abadi, INSYALLAH









Saturday, July 18, 2009

PENYAKIT-PENYAKIT TANAMAN LIMAU

PENYAKIT 'GREENING
  1. Greening Disease (Liberobacter asiaticum)

    Penyakit Grening tanaman limau adalah penyakit yang merbahaya bagi kemajuan industri limau di negara ini dan berasal dari negara China. Penyakit ini disebabkan oleh sejenis hidupan yang sangat kecil dan disebarkan oleh serangga pembawa dari jenis kutu leloncat. Di Malaysia, serangga pembawa yang dikenalpasti ialah Diaphorina citri. Kuw. Penyakit ini boleh mengurangkan jumlah hasil mutu buah. Pada kadar serangan yang teruk, pokok limau boleh mati.

    Cara Kerosakan Berlaku:

    Serangga pembawa Penyakit Greening yang dewasa berukuran 2-3 mm panjang dan berwarna coklat keperangan. Serangga dewasa dan anak akan menghisap cecair daun terutama daun-daun muda. Apabila serangga pembawa menghisap pokok lain, cecair yang telah sedia ada di dalam badan serangga itu akan dipindahkan kepada pokok tersebut. Oleh itu, sekiranya serangga pembawa menghisap cecair daun daripada pokok yang berpenyakit, penyakit greening akan disebarkan dari pokok ke pokok.

    Tanda-tanda Penyakit:

    Penyakit Greening boleh dikenali apabila salah satu atau lebih daripada satu tanda-tanda berikut kelihatan pada pokok limau:-

    1. Warna kekuningan boleh dilihat di antara urat daun.
      Tanda ini bermula dari satu dahan dan merebak ke dahan lain.

    2. Tompok-pokok hijau pada daun.

    3. Pertumbuhan tunas menjadi rapat dan tegak.

    4. Tunas dan ranting layu dan mati.

    5. Buah-buah muda menjadi kuning oren atau merah bertompok.
      Bentuk buah tidak seimbang bulat dan akhirnya gugur.


    Langkah-langkah Pengawalan:

    Program kawalan yang disyorkan adalah berbentuk kawalan bersepadu yang merangkumi tiga aspek penting: iaitu penggunaan bahan tanaman yang bebas daripada penyakit, kawalan punca penyakit dan kawalan serangga pembawa penyakit. Langkah-langkah kawalan adalah seperti berikut:-

    1. Gunakan bahan-bahan tanaman yang bebas daripada penyakit
    2. Pemeriksaan tanda-tanda penyakit

    Perhatikan tanda-tanda penyakit dan tandakan pokok yang berpenyakit serta pokok-pokok di dalam lingkungan 30 meter di sekeliling pokok yang berpenyakit tersebut.

    Kawalan Punca Penyakit:

    Cantas ranting yang menunjukkan tanda penyakit dan rawat bahagian yang dicantas dengan racun kulat yang sesuai. Ranting yang telah dicantas dan semua buah dari pokok yang berpenyakit hendaklah dimusnahkan dengan membakar atau menanam sedalam tidak kurang daripada satu meter. Jika serangan teruk, pokok limau yang berpenyakit hendaklah ditebang dan dibakar atau ditanam. Langkah ini dapat menghalang penyakit daripada merebak ke bahagian atau pokok limau yang lain.

    Kawalan Serangga Pembawa penyakit:

    Sembur pokok-pokok yang telah ditanda dengan racun serangga bagi menghapuskan serangga pembawa. Racun serangga seperti Dimethoate atau Deltamethrine boleh disembur dua minggu sekali terutama semasa pengeluaran pucuk muda kerana pada masa ini populasi Diaphorina citri adalah tinggi. Untuk memastikan program kawalan yang berkenaan, langkah-langkah pengawalan ini perlu diulang setiap dua minggu sekali


  1. PENYAKIT KERUPING

    "Scab" (Elsinoe fawcetti)

    Keruping biasanya kelihatan timbul di permukaan kulit buah dan daun. Bermula dengan luka kecil yang kelihatan seperti titik yang pudar bertukar menjadi kekutil yang mengandungi tisu gabus berwarna perang pucat. Daun akan bertukar menjadi berkerekot dan bertukar bentuk dan akhirnya dahan-dahan muda akan dijangkiti. Penyakit ini merebak dengan cepat di peringkat semaian. Kawalan kultura seperti pengudaraan yang sempurna dan pengairan secara 'overhead sprinkler' pada semaian semasa pokok sedang berpucuk selama 2-3 minggu disyorkan. Gunakan racun kulat, terutamanya pada peringkat semaian ketika pokok sedang berpucuk muda untuk mengelakkan masalah ini.


  1. PENYAKIT VIRUS TRISTEZA
    (Tristeza Virus" (CTV)

    Simptom adalah sama seperti pokok yang diserang pada akar, termasuk terencat pertumbuhan. Pada jenis yang rentan penyakit ini, simptom batang berjalur, kekuningan urat daun dan kematian pucuk dapat dilihat dengan mengupas kulit. Penyebaran virus ini bergantung kepada keadaan iklim. Di tanah rendah di mana suhu panas, virus ini tidak merebak begitu cepat. Anak benih yang ditanam haruslah dibiakkan melalui kaedah cantuman tunas hujung dan mesti rintang kepada virus tristeza. Anak benih yang mula membesar disyorkan diberi rawatan suhu panas dengan meletakkan pokok-pokok tersebut di dalam rumah plastik. Menyembur racun serangga untuk mencegah vektor kutu daun dua kali setahun disyorkan.

  1. PENYAKIT PHYTHOPTHORA
    (Phythopthora Canker" (Phythopthora spp.)

    Cabang-cabang menjadi kering dan tiada pertumbuhan baru. Bila akar reput, seluruh pokok menjadi kering dengan cepat. Simptom adalah daun yang berwarna kuning yang hampir sama dengan simptom kekurangan unsur nitrogen. Pada pangkal batang, luka kecil berwarna hitam muncul kemudian berkembang dengan keluaran gam berwarna coklat menjadi tanda-tanda gummosis. Pengeluaran gam bermula dengan kematian kulat dan menjadi nekrosis pada kayu. Penyakit ini boleh dikawal dengan berkesan melalui kaedah mencantum tunas pada pokok penanti yang rintang. Mencantum mata tunas lebih tinggi ke atas pokok penanti 25-30 cm dan paras tanah supaya pokok baka tidak terkena percikan air. Kawalan rumpai di sekeliling pokok juga perlu bagi memastikan sekitaran sentiasa kering. Sekiranya pokok dijangkiti, semburan racun kulat boleh dilakukan sekurang-kurangnya setiap 3 bulan sekali


  1. PENYAKIT KANKER LIMAU
    "Canker" (Xanthomonas campestgris)

    Simptom kelihatan pada daun, ranting dan buah pada kesemua varieti limau. Kerosakan pada seluruh pokok terutamanya pada daun dan buah. Kanker berasal daripada liang-liang kecil berwarna gelap kemudian coklat dan dikelilingi oleh liang berwarna kuning. Bila besar, ia kelihatan sebagai gabus yang bahagian tengahnya pecah. Luka terjadi pada bahagian gabus dan bawah permukaan daun. Pengusaha boleh menanam pokok-pokok penahan angin untuk mengurangkan kerosakan fizikal pada pokok. Racun kulat hendaklah disembur jika jangkitan agak serius. Langkah-langkah pembasmian bakteria yang berkesan termasuk

  2. (1) mengumpul dan membakar daun-daun berpenyakit yang gugur

  3. (2) merendam mata tunas dalam 1000 ppm streptomycine (antibiotik) selama satu jam sebelum mencantum di peringkat tapak semaian.

  1. PENYAKIT KULAPUK HITAM
    "Sooty Mold" (Capnodium citri)

    Biasanya berlaku di kawasan yang panas dan lembap. Bila kulat tumbuh dengan banyak (berwarna hitam berjelaga pada daun), ia menghalang daun dari menerima cahaya. Kulapuk hitam tidak memberi kesan pada pertumbuhan pokok tetapi ianya menjadi amaran kehadiran serangga-serangga perosak tanaman yang juga membawa penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus. Ianya juga memberi kesan kepada warna kulit buah semasa matang. Ianya disebabkan oleh beberapa jenis kulat, tetapi yang utamanya ialah Capnodium citri. Kulat ini bukanlah parasit tetapi hidup dengan memakan madu di permukaan pokok yang dikeluarkan oleh serangga tertentu terutamanya afid, 'scale insect' dan larva kepada 'Whitefly'. Tiada kawalan perlu dibuat ke atas penyakit ini. Dengan mengawal serangga-serangga pembekal madu atau gula kepada kulat ini, ianya akan terkawal secara tidak langsung. Kulapuk boleh juga dihilangkan dengan menyembur minyak jenis yang tidak merosakkan pokok.

  1. HAMAMA "Mites"
    (Tetranychus spp.)

    Terdapat beberapa jenis hamama yang menyerang limau. Diantaranya Hamama merah (Citrus red mite), Hamama leper (Citrus flat mite), Hamama lebar (Broad mite) dan Hamama perak (Citrus silver mite). Hamama menyerang dengan menghisap cecair daun muda dan putik buah. Kulit buah akan menjadi kasar dan berwarna perang dan berkerutu. Kawalan hendaklah dijalankan dari peringkat putik buah lagi dengan menggunakan racun hamama yang sesuai dan berkesan.

  1. LELOMPAT PSYLID
    "Psylids" (Diaphorina citri)

    Perosak ini adalah serangga vektor penyakit 'greening' limau. Jika serangga ini berada di kawasan yang dijangkiti penyakit 'greening', besar kemungkinan penyakit akan merebak dengan cepat di ladang. Serangga dewasa menghisap cecair dan pucuk dan bertelur di celah-celah daun. Kehadiran perosak boleh dikesan dengan meneliti pucuk limau dan juga menggunakan perangkap pelekat berwarna kuning. Serangga ini boleh dikawal dengan menggunakan racun serangga jenis sistemik yang berkesan dan mempunyai kesan sampingan yang minima terhadap serangga agen kawalan biologikal seperti parasitoid dan pemangsa.


  1. KUTU DAUN
    "Aphids" (Aphis spp.)

    Kutu daun menyerang tunas baru dan daun muda. Serangga ini suka menyerang bahagian pucuk daun muda, peringkat bunga dan putik buah. Bahagian yang diserang akan menjadi cacat dan berkerinting dan terbantut tumbesarannya. Kutu daun merupakan vektor pembawa virus penyakit tristeza limau. Kutu daun boleh dikawal dengan penyemburan racun serangga jenis umum yang tidak toksik pada serangga agen kawalan biologikal seperti kumbang ladybird. Pembiakan kumbang pemangsa dan agen parasit boleh juga mengawal populasi kutu daun.


  1. KUTU TRIP
    "Thrips" (Thrips spp.)

    Menghisap cecair daun, pucuk dan bunga. Tunas daun jadi hitam, kering dan gugur. Bunga menjadi kering dan gugur. Pucuk terbantut. Kulit buah berwarna keperakan terutama di bahagian tangkai buah, daun kelihatan kekuningan, menebal dan kedua sisi tepinya menggulung ke atas. serangan sering berlaku pada musim panas.




  1. LALAT BUAH
    "Fruit fly" (Bactrocera papayae dan Dacus spp.)

    Lalat bertelur pada buah yang hampir masak atau masak. Telur menetas dan larva mengorek masuk ke dalam serta makan isi buah. Terdapat larva lalat di dalam buah bila dikupas. Bahagian yang diserang mudah dijangkiti penyakit kulat atau bakteria. Akhirnya boleh menjadi busuk, reput dan gugur. Sembur dengan bahan penarik seperti umpan protin bercampur racun serangga. Ini amat berkesan kerana ianya membunuh kedua-dua jantina lalat buah.



  1. KOYA
    "Mealy bugs" (Planococcus citri Russo.)

    Serangga ini menyerang pucuk, daun matang, ranting dan buah. Bahagian yang diserang akan mempunyai tompok-tompok putih akibat koya. Kesan sampingan kehadiran koya ialah terdapatnya kulapuk hitam pada bahagian bawah daun dan permukaan buah. Ini adalah hasil dari pertumbuhan kulat keatas embun madu yang dikeluarkan oleh koya. Pokok akan kelihatan seperti berjelaga. Semburan campuran minyak putih dan racun serangga dapat mengawal perosak ini.

  1. PELOMBONG DAUN
    "Leaf Miners" (Phyllocnistis citrella Staint)


    Ulat (warna hijau) mengorek ke dalam daun dan menghisap cecair sap epidermis. Setiap ulat berada dalam satu lombong bersinar keperakan dan berkelok-berkelok. Daun menjadi cacat, berkedut-kedut dan bergulung. Selalunya terdapat kepompong berwarna oren di tepi daun.



  1. KEPINDING
    "Stink Bug" (Rhynchocoris humeralis Thnbg dan R.
    Serratus Don.)>

    Kepinding yang berwa
    rna hijau ini menghisap cecair dari bahagian daun muda, pucuk dan buah. Daun yang dihisap akan menjadi layu dan kering. Sementara itu, buah pula akan berongga di bahagian isinya dan serangan di peringkat putik boleh menggugurkan buah. Serangga ini boleh dikawal dengan membuat tinjauan ladang yang kerap dan memungut peringkat nimfa dan dewasa dengan tangan. Semburan racun serangga jenis umum boleh mengawal prosak ini.

  1. PENGOREK KULIT LIMAU
    "Rind Borer" (Prays endocarpa Meyr.)


    Ulat ini menyerang jenis limau yang mempunyai kulit tebal seperti limau bali. Ulat akan mengorek ke dalam kulit buah dan mengeluarkan serpihan tahinya ke permukaan buah. Buah akan kelihatan buruk dan berbinjul-binjul dan ini akan menurunkan nilai
    komersialnya. Semburan dengan racun serangga di peringkat putik sebelum membalut dapat mengawal perosak ini.


PEROSAK TANAMAN LIMAU

  1. Lalat Buah (Bactrocera dorsalis)
    Lalat bertelur dalam buah-buah yang hampir masak/matang dan selepas telur menetas, larva mengorek dalam buah dan memakan tisu. Balut buah dengan kertas seawal yang boleh. Kutip semua buah-buah yang telah diserang dan tanam. Gunakan bahan penarik jantan untuk mengurangkan populasi serangga jantan.

  2. Pelombong Daun (Phyllocnistis citrella)
    Larva korek dan makan tisu dalam daun. Daun menjadi cacat dan berkedut atau bergulung. Sembur racun hamama dimethoate 0.1% b.a. setiap dua minggu sekali.

  3. Pengorek Buah Limau (Citripestis sagititiferella)
    Larva mengorek dan memakan tisu. Dewasa menghisap cecair dari buah. Timbunan sisa makanan akan kelihatan pada lubang yang dikorek. Kumpul dan musnahkan buah yang diserang. Menggunakan bahan penarik jantan untuk mengurangkan populasi serangga jantan.

  4. Hamama (Panonychus citri Tetranychus spp.)
    Dewasa menghisap cecair dari tangkai, daun dan buah, menjadi tompok kuning. Serangan pada permukaan daun dan ini akan menyebabkan banyak daun gugur terutama pada musim kemarau. Sembur dengan kimia seperti propagite dan amitraz 0.1% bahan aktif pada 3 minggu sekali.

  5. Kutu Thrips (Scirtothrip dorsalis)
    Menyerang pada bahagian tangkai daun muda dan putik buah. Daun yang diserang akan menebal dan kedua-dua sisinya menggulung ke atas. Tunas daun menjadi hitam, kering dan gugur. Sembur dengan racun kimia seperti malathion (0.1% bahan aktif) setiap dua minggu sekali.

  6. Kutu Lompat (Diaphorina citri)
    Menyerang bahagian pucuk dan menghisap cecair. Ia juga menjadi vektor kepada penyakit. Sembur dengan racun seperti imidachloropid (0.005% bahan aktif).

    POKOK PENANTI

    Pemilihan pokok penanti menjadi faktor utama penanaman pokok limau. Pokok penanti diperkenalkan untuk menangani masalah penyakit reput batang phythopthora dan penyakit virus tristeza. Biasanya anak pokok 'mandarin' dan 'sweet orange' yang dibiakkan secara tut tidak dapat dielakkan daripada serangan penyakit tersebut. Oleh yang demikian pokok penanti yang digunakan hendaklah rintang terhadap kedua-dua penyakit ini.

    Varieti Troyer Citrange digunakan sebagai pokok penanti untuk 'sweet orange' manakala varieti Cleoptra digunakan sebagai pokok penanti untuk tanaman limau mandarin. Varieti-varieti seperti Poncisrus trifoliate (L) Raf. Rangpur Line, Cleoptra mandarin dan Citrumelo didapati rintang terhadap kedua-kedua penyakit ini. Namun varieti-varieti ini tidak dapat mengawal penyakit 'greening'.

    Penggunaan P. trifoliata sebagai pokok penanti akan mengakibatkan pertumbuhan awal yang kurang memuaskan di ladang kerana pokoknya kerdil. Banyak varieti limau yang asli seperti limau nipis dan citron didapati kurang tahan terhadap kedua-dua penyakit ini. Oleh yang demikian, jenis-jenis limau dan citroid lain perlulah dinilai sebelum dijadikan sebagai pokok penanti.

    Pemilihan pokok penanti yang baik ditentukan oleh lima kriteria seperti berikut:-

    1. ketahanan terhadap penyakit reput batang phythopthora
    2. bersesuaian dengan iklim dan keadaan tanah di tempat yang ditanam
    3. bersesuaian dengan varieti yang dicantumkan
    4. memberi hasil yang maksima ataupun memuaskan
    5. toleran terhadap penyakit phythopthora dan virus tristeza

    Petani hendaklah mencantum mata tunas lebih tinggi ke atas pokok penanti (25-30 cm dari paras tanah) supaya batang pokok baka tidak kena percikan air dari tanah dan tidak disyorkan mencantum lebih 30 cm kerana masalah pertumbuhan. Terdapat lebih banyak kelebihan daripada masalah yang timbul daripada penggunaan pokok penanti untuk tanaman limau di Malaysia. Kadangkala pokok penanti yang digunakan menghasilkan buah yang berasa masam dan mengambil tempoh yang lebih lama untuk berbuah. Tetapi dengan adanya pokok penanti, petani mampu mengelakkan tanaman limau daripada diserang oleh penyakit phythopthora dan penyakit virus tristeza yang menjadi faktor utama kurangnya hasil tanaman limau. Di samping itu, pokok penanti yang tumbuh biasanya pada paras yang renek dan ia memudahkan pengurusan harian petani-petani tanaman limau.

    Kebanyakan daripada pokok penanti yang berkualiti masih diimport dari negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Australia dan ia juga boleh diperolehi daripada Jabatan Pertanian, MARDI dan daripada nurseri-nurseri yang terpilih. BIji benih untuk vrieti Rangpur Lime boleh didapati dengan mudah tetapi varieti ini kurang tahan terhadap penyakit reput batang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...