Tentang Kami

Foto Saya
Batu 21 Kg. Jelatang, Jln Sg. Petani, 08300 Gurun, Kedah Darul Aman, Malaysia
Syarikat kami telah beroperasi selama tujuh(8) tahun, kami menawarkan pelbagai jualan produk pertanian, perhidmatan consultant pertanian dan penghantaran.

Rabu, 30 Mac 2011

See weed (Spirulina)

AGROTECH Plus + See weed (Spirulina)












Pengenalan

Spirulina/ Rumpai laut adalah alga biru-hijau microscopic dalam bentuk sebuah gumpalan, ia hidup baik dalam habitat laut mahupun air tawar. Spirulina adalah nama umum untuk makanan manusia dan haiwan yang dihasilkan terutama dari dua spesies cyanobacteria, Platen sis Arthrospira dan Maxima Arthrospira. Ianya disebut sebagai 'rumpai' kerana mereka adalah sejenis organisma air akan tetapi ia termasuk dalam jenis organisma air yang mampu melakukan proses fotosintesis.

Kini Arthroscopic (rumpai laut) ditanamkan di seluruh dunia, dan digunakan sebagai supplement diet manusia, serta rantaian makanan secara keseluruhan, dan tersedia dalam tablet, kering dan bentuk serbuk. Hal ini juga digunakan sebagai penggunaan makanan tambahan dalam akuarium, akuakultur dan industri burung.

Aplikasi Pertanian

Rumpai laut bukan sahaja terhad dalam bidang pemakanan kesihatan bagi manusia dan haiwan sahaja, bahkan ia juga amat berkesan dalam penggunaan pertanian juga. ini kerana ia amat kaya dengan pelbagai jenis zat pemakanan untuk tumbuhan, salah satunya ialah PROTEIN, angaran diantara 55% dan 77% dari kandungan kasar (bergantung pada jenis sumbernya) ianya adalah protein lengkap yang mengandungi semua jenis aside amino esensial, meskipun dengan mengurangkan jumlah metionin, sistein dan lisin jika dibandingkan dengan protein daging, telur dan susu. Namun demikian, ia unggul untuk tanaman khas yang mempunyai protein yang tinggi, seperti yang terdapat dari kekacangan.

Daya Tahan Penyakit

Ia juga mempunyai Linolenic acid iaitu Gamma atau GLA, lemak asid ini boleh dijumpai dalam minyak tumbuhan, GLA amat berkesan dalam menjadi salah satu auto-immune (daya tahan kendiri) bagi sebarang penyakit, yang mana kita khususkan pada tanaman, dengan ini para petani tidak perlu risau lagi untuk mencari jalan supaya mengelak dari tanaman mereka terkena serangan penyakit.

Vitamin

Rumpai laut juga diperkayakan dengan pelbagai vitamin tambahan yang diperlukan oleh tumbuhan sebagai contoh, vitamin B1 (tiamin), B2 (riboflavin), B3 (Nicotine mide), B6 ​​(Pyridoxine), B9 (asid folik), vitamin C, vitamin D, vitamin A dan vitamin E. berdasarkan kajian yang dilakukan oleh USDA, National organic standard board pada tahun 2002, mengatakan rumpai laut juga mengandingi pelbagai jenis element micro dan macro yang diperlukan oleh tumbuhan, seperti potassium, dan juga ia mengandungi calcium, chromium, copper, iron, magnesium, manganese, phosphorus, selenium, sodium dan zinc, bayangkan dengan satu sahaja element tamabahan ini anda tidak perlu risaukan tentang keperluan tambahan yang diperlukan oleh tanaman anda.

Produk Kami



















Dengan itu pihak kami amat berkeyakinan dengan mengaplikasikan element Spirulina dalam baja semburan AGROTECH Plus, akan menjadikan tanaman para petani lebih menguntungkan dan hasil yang berlipat kali ganda, kerana dengannya juga anda akan mengurangkan penggunaan racun tanaman yang sedia ada, bahkan akan menjimatkan lagi kos pertanian anda.

Selamat mencuba

Khamis, 18 November 2010

Info Rumpai Laut
















PENGENALAN

Kehidupan manusia pada amnya mempunyai pertalian rapat dengan aktiviti pertanian. Kehadiran sebarang tumbuhan yang boleh menjejaskan penghasilan pertanian akan dikategorikan sebagai rumpai. Di ekosistem daratan misalnya, rumput dan lalang mempunyai peranan dalam ekosistem. Namun disebabkan tumbuhan ini mampu mengurangkan basil pertanian manusia, maka tumbuhan ini ditakrifkan sebagai rumpai. Ini memandangkan rumput dan lalang bersaing dengan tanaman pertanian untuk ruang serta baja dan ini merencat pertumbuhan tanaman pertanian.

Di lautan terdapat satu flora yang turut dikategorikan sebagai rumpai oleh manusia. Flora ini ialah tumbuhan tak vaskular daripada kumpulan alga. Kehadirannya yang begitu banyak di pesisir pantai telah menyebabkan manusia menggolongkannya sebagai rumpai laut, walaupun tumbuhan ini tidak menjejaskan sebarang aktiviti pertanian. Ada kalanya rumpai laut ini dijumpai terapung-apung di permukaan laut sehingga kelihatan seperti pulau-pulau kecil.
Sekali imbas, tumbuhan ini tidak mempunyai sebarang fungsi. Malah kehadirannya menimbulkan masalah kepada manusia. Flora lautan ini akan dihanyutkan ombak dan berkumpul di pantai. Kehadirannya yang banyak di gigi air memburukkan pemandangan. Tumbuhan ini kemudiannya mereput dan meninggalkan kesan busuk di persekitaran.

Dilihat daripada masalah yang ditimbulkannya, maka tumbuhan ini sangat menepati pengertian rumpai yang diketahui umum.
Pengertian rumpai secara negatif timbul apabila sesuatu tumbuhan itu wujud dengan banyak dan seterusnya menjejaskan kesejahteraan manusia sama ada secara langsung atau tidak langsung. Jika diteliti secara lebih mendalam, rumpai ini bukan sahaja penting malah perlu untuk kemandirian sesuatu ekosistem. Bersama-sama komuniti fitoplankton, rumpai laut merupakan penghasil primer di ekosistem samudera. Rumpai laut membentuk hutan belantara di dasar laut. Melalui proses fotosintesis, tumbuhan ini membentuk asas kepada jaringan makanan.

Hidupan laut sangat bergantung secara langsung atau tidak langsung pada bahan organik yang dihasilkan oleh tumbuhan ini.

Persekitaran samudera dikuasai sepenuhnya oleh kumpulan alga. Alga membentuk hampir 94% daripada keseluruhan spesies tumbuhan yang ditemui di laut. Tumbuhan tinggi, yang merupakan kumpulan yang dominan di ekosistem daratan, hanya membentuk 0.5% daripada keseluruhan spesies tumbuhan samudera. Tumbuhan ini
diwakili oleh lebih kurang 50 spesies tumbuhan monokot yang dikenali sebagai rumput laut.

Briofit dan pteridofit tidak mempunyai wakil di persekitaran samudera, Kulat dan liken pula diwakili oleh lebih kuran 500 spesies dan 15 spegsies masing-masing di persekitaran samudera.

Secara teknikal, rumpai laut boleh ditakrifkan sebagai alga samudera daripada divisi Chlorophyta, Phaeophyta dan Rhodophyta yang bersifat makroskopik. Jasadnya atau talus jelas dilihat dengan mata kasar. Pada amnya kita tidaklah perlu menggunakan mikroskop untuk mengecam flora ini sekurang-kurangnya kepada peringkat genus. Di persekitaran samudera, alga merah (Rhodophyta) mempunyai ahli yang terbesar, dianggar terdapat lebih kurang 2500 spesies alga merah.

Ini diikuti pula oleh alga perang (Phaeophyta) yang diwakili oleh lebih kurang 1000 spesies. Walaupun terdapat lebih daripada 7000 spesies alga hijau (Chlorophyta), namun sebahagian besarnya ditemui di persekitaran air tawar. Di laut hanya terdapat 900 spesies alga hijau.
Rumpai laut sangat pelbagai.

Flora ini melihat kerencaman bukan sahaja dari segi saiz dan bentuk malah dari segi warna. Satu perkara yang nyata ialah sebahagian besar rumpai laut bersifat melekap, mencengkam kuat pada substrat dengan bantuan organ pelekap. Tumbuhan ini boleh hidup di atas pelbagai substrat seperti pasir. lumpur. batu. serpihan batu karang atau kerikil. Kadangkala rumpai laut boleh hidup secara epifit pada tumbuhan vaskular atau rumpai laut lain. Ada juga yang menggunakan tubuh haiwan (epizoik) sebagai tempat untuk hidup.

Walaupun sebahagian besar rumpai laut hidup secara bentik, namun terdapat juga tumbuhan ini yang menghabiskan sebahagian atau keseluruhan hidupnya terapung (pelagik). Beberapa spesies Sargassum tergolong dalam kumpulan ini. Di laut Sargasso, wujud kelompok Sargassum natan dan Sargassum fluitans pelagik yang banyak sebagai contoh:

Halimeda (alga hijau)


















Hypnea (alga merah)













Padina (alga perang)
















Sargassum (alga perang)















Bryopsis (alga hijau)















Caulerpa (alga hijau)















Pelbagai lagi bentuk dan warna rumpai laut yang boleh ditemui di perairan Malaysia, selami dan perhatikan penggunaannya yang berkhasiat dalam kehidupan manusia mahupun pertanian.

Khamis, 21 Oktober 2010

Serangga Perosak 2

SERANGGA PEROSAK
Nama Biasa : Ulat Ratus / Cawai
Nama Inggeris : Army Worm
Nama Saintifik : Spodoptera Litura F
Famili : Noctuidea
Order : Lepidoptera

TANAMAN
Sayuran Krusifer / Cruciferae, cili, bendi, bayam, keledek, kekacang dan terung.

BAHAGIAN YANG DISERANG
Daun dan buah

KEROSAKAN
Larva pada peringkat Instar pertamamakan daun secara kelompok dan berselerak. Apabila meningkat ke peringkat Instar kedua dan seterusnya larva makan secara berasingan. Berupaya memusnahkan daun sayur-sayuran hingga tinggal rangka sahaja. Kadang kala menyerang dan memakan sayuran berbuah seperti cili dan kekacang.

BIOLOGI SERANGGA

Telur
Rama-rama dewasa bertelur diatas daun secara berkelompok. Selalunya telur di seliputi bulu-bulu perang yang halus dan pendek.

Larva
Badan larva berwarna hijau dan kepalanya berwarna keperangan. Saiznya kira-kira 9 mm panjang. Larva melalui 4 peringkat instar. tempoh tumbesaran dalam tempoh 12-13 hari di tanah tinggi dan 6-7 hari ditanah rendah.















Pupa
Pupa bewarna hijau dan bertukar menjadi kekuning-kuningan atau keperangan dalam masa 24 jam. Saiz pupa kira-kira 8 mm panjang. Ia di lindungi oleh kokun yang bewarna putih. jangka masa peringkat pupa ialah 7-8 hari di tanah tinggi dan 3-5 hari ditanah rendah.













Rama-rama Dewasa
Bersaiz kecil, berukuran 4.7-6.5 mm panjang dan bukaan kepak selebar 14-17 mm. Kepak hadapan bewarna perang kelabu dengan corak kuning seperti ketulan intan. Purata jangka hayat rama-rama jantan ialah 17.5 hari dan 15.4 hari bagi rama-rama betina.
















KITARAN HIDUP
25-30 hari di tanah tinggi
12-15 hari ditanah rendah.

KAWALAN
Kawalan secara pengurusan perosak bersepadu (PPB). Kawalan dilakukan apabila bilangan larva melebihi aras ambang ekonomi (7 ekor sepokok) dan peratus parasitisme kurang daripada 40%
Musuh semula jadi perosak ini yang dapat membantu mengurangkan bilangan plutella diladang ialah parasit Cotesia plutellae Kurdj dan parasit Diadegma semiclausum Horstmann.
Racun perosak biologi seperti Bacillus thuringiensis boleh digunakan. Keberkesananya bergantung pada jenis (Strain) dan kaedah penyelengaraannya (termasuk penyimpanannya).
Langkah kawalan selanjutnya ialah dengan menggunakan racun seranga. Ia digunakan apabila perlu sahaja. Diantara racun serangga yang berkesan ialah avermectin (7 hst), fipronil (7 hst), diflubenzuran (5 hst), profenofos (10 hst), prothiophos (7 hst) dan deltamethrin (5 hst).















MAKLUMAT TAMBAHAN
S. litura dahulunya dikenali sebagai Prodenia litura. Selain S. litura, terdapat 4 lagi spesies Spodoptera iaitu S. Picta, S. pacten, S. Exigua dan S. mauritia. kesemuanya menyerang sayur-sayuran kecuali S. Mautiria

Serangga Perosak


SERANGGA PEROSAK
Nama Biasa : Rama-rama Intan
Nama Inggeris : Diamondback Moth
Nama Saintifik : Plutella xylostella
Famili : Yponomeutidea
Order : Lepidoptera

TANAMAN
Sayuran Krusifer / Cruciferae

BAHAGIAN YANG DISERANG
Daun

KEROSAKAN
Larva mengikis dan memakan epidermis daun. Akibatnya daun menjadi lut sinar dan berlubang-lubang sehingga tinggal rangka. Serangan yang teruk boleh membunuh pokok yang muda. Serangan boleh bermula dari tapak semaian, terutamanya di tapak semaian terbuka.

BIOLOGI SERANGGA













Telur
Serangga dewasa selalunya bertelur sebiji-sebiji atau berkelompok dibawah permukaan daun. Telur berwarna kekuning-kuningan, berbentuk bujur dan berukuran 0.6 x 0.3 mm. Menetas dalam masa 6-7 hari di tanah tinggi dan 2-3 hari ditanah rendah.














Larva
Badan larva berwarna hijau dan kepalanya berwarna keperangan. Saiznya kira-kira 9 mm panjang. Larva melalui 4 peringkat instar. tempoh tumbesaran dalam tempoh 12-13 hari di tanah tinggi dan 6-7 hari ditanah rendah.















Pupa
Pupa bewarna hijau dan bertukar menjadi kekuning-kuningan atau keperangan dalam masa 24 jam. Saiz pupa kira-kira 8 mm panjang. Ia di lindungi oleh kokun yang bewarna putih. jangka masa peringkat pupa ialah 7-8 hari di tanah tinggi dan 3-5 hari ditanah rendah.

























Rama-rama Dewasa
Bersaiz kecil, berukuran 4.7-6.5 mm panjang dan bukaan kepak selebar 14-17 mm. Kepak hadapan bewarna perang kelabu dengan corak kuning seperti ketulan intan. Purata jangka hayat rama-rama jantan ialah 17.5 hari dan 15.4 hari bagi rama-rama betina.

KITARAN HIDUP
25-30 hari di tanah tinggi
12-15 hari ditanah rendah.

KAWALAN
Kawalan secara pengurusan perosak bersepadu (PPB). Kawalan dilakukan apabila bilangan larva melebihi aras ambang ekonomi (7 ekor sepokok) dan peratus parasitisme kurang daripada 40%
Musuh semula jadi perosak ini yang dapat membantu mengurangkan bilangan plutella diladang ialah parasit Cotesia plutellae Kurdj dan parasit Diadegma semiclausum Horstmann.
Racun perosak biologi seperti Bacillus thuringiensis boleh digunakan. Keberkesananya bergantung pada jenis (Strain) dan kaedah penyelengaraannya (termasuk penyimpanannya).
Langkah kawalan selanjutnya ialah dengan menggunakan racun seranga. Ia digunakan apabila perlu sahaja. Diantara racun serangga yang berkesan ialah avermectin (7 hst), fipronil (7 hst), diflubenzuran (5 hst), profenofos (10 hst), prothiophos (7 hst) dan deltamethrin (5 hst).



















MAKLUMAT TAMBAHAN
Jangka masa kitarana hidup rama-rama ini lebih singkat di kawasan tanah rendah berbanding kawasan tanah tinggi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...